meta name="viewport" content="width=device-width, initial-scale=1” BLOG GADIS TINGGI LAMPAI: 2019

Selasa, 24 Disember 2019

FAMILY TIME DI GUNUNG LANG IPOH

Assalamualaikum wbt.

Okay aku tipu haritu kata nak start menulis after exam. Haha sebenarnya tengah reward diri sendiri sebab berjaya habiskan revision satu bab subjek physics walaupun tengah demam.

Without further a due , let get started.

First attraction kat sini.


Btw Taman Ekreasi Gunung Lang / Gunung Lang Recreation Park ni terletak dalam bandar Ipoh. Kami sampai betul betul pukul 12 tengah hari. so memang panas terik matahari memancar dengan heloknya. Time ni memang dah ramai gila. Masuk sini free ja kalau nak naik bot baru kena bayar. Sampai sampai terus pergi dekat air terjun yang tinggi. Lepak tepi tu dulu sampai kena percikan air terjun tu. Rasa cam dok dalam aircond. 


Harga tiket gunung Lang Ipoh : Bayaran untuk naik bot RM3 untuk dewasa dan Rm1.50 untuk kanak-kanak. Berbaloi lahhh walaupun sekejap je naik bot. Bot akan bawak ke satu tempat dan tinggalkan penumpang untuk jalan jalan kat sekitar situ.



Operasi bot Isnin - Khamis 8 pagi- 6ptg.
Jumaat 8pagi- 12 thg hari 3ptg-6ptg
Sabtu & Ahad 8.30 pagi-6ptg


Kesimpulannya datanglah awal supaya cuaca tak panas sangat dan tak ramai sangat sebab makin lewat makin ramai. 

Bot dia tak delah besar sangat so kena tunggu turn nak naik kalau time ramai orang. 

Pastu yang kat tempat yang bot turunkan penumpang ada macam mini zoo, rumah Perak , rumah tinjau dan macam2. Takdelahh ada apa apa sangat tapi kat tepi tasik tu view dia lawa. Tambah tambah tangkap gambar time matahari terik pehhhh serius lawa gambar.


Nice background ni.



 Ni rumah tinjau kalau nak naik boleh ja tak kena bayaran.


Time kat tasik ni aku tanya abah ni tasik buatan ka?? Abah cakap ni tempat perlombongan dulu dulu. Abah aku apa ja tak tahu..

Done short escape di Gunung Lang Recreational Park sebelum aku gerak ke Cyberjaya. 


Okay ni  last. Kita sambung after final exam taw. 


Sincerely, 
-nhb-
                                                                                                                                            25-12-19






Rabu, 11 Disember 2019

Still in WEEK 13 and APPROACHING WEEK 14 soon.

Assalamualaikum w.b.t

First of all, this would be very short post. This post just to thanks all of the reader that willingly to read all of my post. I dont know who you are but the viewers that visited my page is the amount that I have never expect. After about 2-3 week not open the dashboard , I was really shocked that pageview already reach 700 because it just 500 something two weeks ago. I dont have  any idea where are you coming from but I really want to say thank you so much for been here. So far post resepi cheesekut meleleh got the highest view.Btw this is the direct link RESEPI CHEESKUT MELELEH..  Hihihi sorry currently in the mood of writing in English. Ignore my broken English. Cannot update so much for now because busy in Week 13 and the most hectic week that  will approaching soon. New content will be here when the semester break start . InshaAllah.


Last but not least, I just wanna share one ayat from Quran that someone had share through her Twitter. It just the short ayat but I think the meaning was good from Surah Qasas ayat 24.

Image result for Surah Qasas ayat 24 goodness rabbi inni lima anzalta ilayya



Sincerely, 
-nhb-
                                                                                                                                                   11-12-19

Jumaat, 22 November 2019

TRIP WITH SISTER TO BUKIT BENDERA PENANG

Assalamualaikum w.b.t

Let get started. Sabtu pagi tu aku keluar bapak awal dari hostel. 7.30 pagi beb. Kelas pun tak pegi awal camni. Aku pergi jeti jemput akak aku. Menyampah betul kak aku mana penah awal. Memang aku tercogok sejam tunggu dia sampai.



So kami ambik bas route 204 Jeti direct to Bukit Bendera .


Demi memecahkan kesunyian dalam bas kami dua acah share earphone dengar lagu. 


Setelah 1 jam setengah berdiri baru dapat naik train. Aduhhh ni yang lemah kena tungu tunggu. And before terlupa harga dua hala train di Bukit Bendera ialah  RM12 untuk normal lane. Fast lane rasanya RM40 kot . Both price for Malaysian. 


Dengan ini saya melaporkan hujan rintik-rintik  time kami sampai puncak. 



View dari atas. 




After Zohor pergi try ice cream  Bukit Bendera dia. For me not recommended at all. Sebab nampak je sedap tapi tak and tak berbaloi. Better pergi makan ais kacang tepi jalan . 

Pukul 5 kami dah turun train. Ni pun selepas 1 jam setengah gak tunggu naik train. 
Dalam pukul 5 lebih direct naik bas turun Padang Kota. 


after lepak tepi pantai tu sambil dengar busking . Yay this is my first time try Pasembor Penang. This one from Pasembor Ghani kalau tak silap. I give 4/ 5 stars  and should try this. RM20  total portion untuk 3-4 orang tapi kami makan dua orang ja. Memang penuh perut la cite dia. 




My reaction bila kena jalan 1 kilometer dari Padang Kota ke terminal bas. Macam nak terlucut kaki dah oii. 


Okay done bebel seharian aku keluar. 7.30 pagi keluar 9.30 malam baru sampai bilik. Btw thanks to my only kakak. Actually post dah lama tersimpan rapi dalam draft sebab tak sempat habiskan. Terpaksa post baktisiswa punya program dulu kes takleh move on. 


-LIVE YOUR LIFE THE WAY YOU ARE-

Sincerely.
-nhb-
                                                                                                                                             22-11-19












Khamis, 14 November 2019

YAYYY FINALLY MY FIRST BAKTISISWA WITH FELDA SUNGAI BEHRANG PERAK.

Assalamualaikum w.b.t

Halooo lama gila tak menulis. Sebenarnya ada satu lagi post pending hahaha tapi still nak post yang ni dulu. As you can see from the title. Weh tak sangka aku join program baktisiswa. Memang teringin dari sem lepas tapi mesti minggu tu busy so tak join. Program ni pun aku ganti orang sebab Rabu malam ada orang cari orang unuk gantikan. So aku dengan sukarelanya menggantikannya dengan orang itu tanpa bayaran. Sebab orang tu tolong bayarkan dan kebetulan minggu tu takdak apa-apa dan free. In the other side, aku macam baiknya Allah beri aku peluang untuk aku join program pada masa yang aku betul betul lapang. Betullah kalau kita minta tak semestinya Allah bagi pada waktu itu jugak sebab Allah akan bagi pada masa terbaik. Thank you YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM.

So kiranya aku join program ini pun dengan tiada apa persiapan sebab aku confirm nak join hari Khamis dan Jumaat pagi dah pergi. Si yeahhh 5 hours journey from Penang to Behrang. Time sampai kat sana terus jumpa mak angkat and balik rumah. Aku bersyukur gila sebab dapat adik-beradik angkat yang sporting dan masuk air. Seorang daripada USM dan 2 orang  daripada UPSI. Program ini kolaborasi antara universiti di utara which is USM UPSI dan UUM. So basically kami 4 orang tinggal serumah untuk 3 hari 2 malam . Pastu untuk pergi program abah angkat bagi moto sebab dewan tempat berkumpul tu jauh. So berhuhu lahhh kami .

For second day, kebetulan haritu maulidur Rasul so kami ada buat perarakan dari masjid ke dewan.
After sarapan pagi tu ada aktiviti melawat ladang kelapa sawit. So marilah naik HILUX masuk ladang. Ada yang kena naik jeep.


Time masuk ladang kelapa sawit ini aku teringat time pergi waterfall abseiling. Sebab jalan dia macam ni jugak. 



Ya anak anak ini buah kelapa sawit. First time tengok okay dan pegang. Kat sana depa briefing pasal buah ni pastu tunjuk cara nak ambik dari pokok. Susah gila wehhh. 

After habis sesi kami balik semula ke dewan and dibahagi kumpulan untuk ziarah kasih melawat rumah orang-orang tua untuk bagi sedikit sumbangan. Time ni aku dapat naik cam jeep lama. 

So 1 group kena pergi 3 buah rumah. Yang paling aku ingat dan takkan lupa time melawat rumah kedua tu. Seorang pak cik ni mak dia dah sakit  terlantar lebih  4 tahun dah . Time first tu pak cik ni cam bagi tazkirah dulu kat kami . Ayat pak cik ni yang aku tak leh lupa sampai bila-bila. "Tinggi mana pun kelulusan kita, Tinggi mana pun pangkat kita, jangan lupa yang kita adalah seorang anak". Time ni memang kami semua dah banjir mata dah rabak masing-masing. Amazed gila sebab pak cik ni sayang gila kat mak dia. Pergi usap-usap kepala mak dia.Every word yang keluar dari mulut dia ya Allah sentap gila. Aku rasa cam nak balik rumah time tu jugak. And dia cakap call la mak setiap hari walaupun untuk tanya sihat ke tak  sebab nanti bila mak dah tak da kita tak dak sapa dah nak call tanya khabar.  Time tu baru rasa kehilangan.


Ohh jap malam kedua ada malam kebudayaan, setiap kumpulan kena prepare persembahan ikut tajuk yang dapat. 


So here is my group. Mostly spontan ja malam tu sebab takdak masa nak practice. Tapi apapun enjoy je malam tu. 

So for last day pagi tu still bergerak ikut group masing-masing ke tempat yang ditetapkan . So group aku dapat buat gotong royong dekat Kg Klinik. 



Sis function bab bab mengecat nihhh.. HAHAHA riak sikit.


Memandangkan orang nak belanja kita onzzz ja.






Then petang dah acara penutup, rasa macam sekejap gila weh masa. Time penutup ni banyaklah yang berjujuran air mata. 



So here is my family......

Overall program ni best sebab dapat duduk kampung, rasa macam okay taknak balik uni, pastu dia punya environment dia tenang ja, dapat pulak kakak2 yang sporting, mak abah baik gila, dapat kenal orang-orang baru dan paling takleh lupa makanan semua sedap2. Sehari berkali kali makan.  Kalau seminggu kat sini confirm ahh berat aku naik. Pastu malam malam sembang before tidur ada sesi bercerita (sharing session) gitchuu  padahal kena bangun awal. 





ITS WRAP 


-THE PRECIOUS EXPERIENCE COMES AND GO , SO YOU GO AND GRAB IT-



Sincerely,
-nhb- 

                                                                                                                                       15-11-19




Khamis, 10 Oktober 2019

AKHIRNYA SABTU PAGI DI HIKING TRAIL BUKIT JAMBUL

Assalamualaikum w.b.t

So yeahhh aku tulis petang ni sebab free tak tahu nak buat apa tapi petang ni malas nak turun jogging. So aku termereput di katil bersama lappyku.

Ayat pertama aku chat Jiah ialah Assalamualaikum Jiah free dak sabtu pagi ?? Minat hiking dak? Kalau minat nak ajak pi hiking kat Bukit Jambul. Pastu dia blas kata  kalau kat KL selalu ja hiking. Pastu dia onzzzz. Aku tak sangka akhirnya jumpa gak kawan yang minat hiking. Bukan senang nak cari kawan yang minat hiking. Gila tak best sebab aku teringin nak hiking kat situ dari sem lepas lagi.


Aku ni sejenis yang mai redah ja. Walaupun tak tahu track gedik nak pegi gak. Sebab aku yakin mesti jumpa punya orang yang tahu jalan. Ikut je la orang apa susahnya. And disebabkan Hiking Trail entrance tu 2.7km ja dari tempat aku lagi aku tergedik nak pegi. Sumpah dekat. Satu lagi sebab Hiking trail Bukit Jambul tak tinggi sangat pun. Dalam 241m saja dari aras laut. 


Pastu bila dah start naik bukit kena ada jalan masuk ke hutan. PAstu dua dua cam nak ikut yang mana. Tetiba haaa ada sekumpulan geng hiking mak cik dan pak cik tu ajak ikut depa. Kami pun ikut ja la sebab tak tau track. Pastu akan jumpa 2 cabang trek 300m dan 500m. Aku dah cam bapak penat.  Pastu boleh pulak depa pilih nak ikut 500m. Mula-mula tu nak ikut 300m tapi Aku cam papepun takpa janji aku tak sesat. OMG pak cik mak cik tu memang jalan laju nak mampus sebab depa memang kaki hiking. Aku yang muda yang tercungap cungap. Cam tak caya mak cik umur 50 lebih hiking lagi laju daripada aku.



Lebih kurang 1 jam lebih sampai la puncak. Kan aku cakap tak tinggi sangat tapi semput gak dekat 2 bulan tak hiking. Ovrall view dia tak de la lawa gila. Tapi okay la untuk melepaskan penat dan stress. 



View kat atas akan nampak bahagian Pulau dan Jambatan Pulau Pinang. Nice gak ahhh. Contoh kalau petang petang stress pastu hiking sampai sini memang ONZZ sangat.
Tapi katanya ambil gambar petang baru lawa dari atas nihh


Aku pergi berdua ja dengan Jiah. Aku sebenarnya baru ja kenal Jiah ni and berapa kali ja having conversation dengan dia tapi macam mana tah aku rasa selesa berkawan dengan dia. Sebab tu aku ajak dia.  Dia dah baik dan sopan-sopan  gitchu. Aku ni jenis yang tak berapa nak sopan. Aku dan dia sebenaranya jarang jumpa dekat kampus pastu chat pun jarang. 


Kat atas tu kami borak dekat sejam lebih gak pastu kul 10 lebih kami pun turun. Track turun ni sumpah dekat gila . Yang naik tu ya Allah cam bila nak sampai nihhh. 


-NEED MORE TIME TO BLENDING WITH NATURE-

Sincerely,
nhb                                                                                                                                         10.10.19





Rabu, 18 September 2019

ESCAPE THEME PARK PENANG SUMPAH TAK RUGI PERGI

Assalamualaikum wbt.

Weh sumpah lama gila tak menulis. Aceyy acah busy sikit  masuk sem baru. Entahlaaa aku tak teringat lak nak bukak blog aku nihh. So sekarang free sikit nak share Escape Theme Park Penang sebab aku baru je menjengah ke sana minggu lepas. Sebab pergi weekend so cam biasa orang pun bersepah-sepah. SO LET GET STARTED. Btw untuk orang luar boleh stay dekat Hard Rock Hotel Penang atau any hotel yang berdekat Batu Ferringhi so senang boleh datang awal pagi sebab dekat je dengan Escape Park ni. 


Image result for adventureplay di escape brochure

So basically dekat entrance berlambak benda  ni ( ESCAPE PARK MAP ) so boleh ambik siap-siap untuk merancang perjalanan engkau dengan lebih selamat. Aku pun tak sempat tengok sebab terkoyak disebabkan air hujan. SEDIHHH



Okay jap lupa nak tunjuk harga masuk escape. Engkau tunggu jap. 

Image result for harga tiket escape


Aku dapat yang RM80 tu sebab booked online awal. So yeahhhh. Tapi before buat payment wajib top-up e-wallet minimum RM20 sebab kat sana semua cashless. RM20 tu untuk sewa loker, sewa swimsuit and makan. And kalau tak guna habis e-Wallet tu boleh refund before balik. Tapi serius Rm20 tak cukup beb but kat sana still boleh top-up . Makanan dia pun cekik darah. Can you imagine 3 biji karipap size sederhana RM5. Tapi who care siapa suruh kau beli.  Sewa loker pun dah RM10 kalau tak silap.


Selepas entrance akan ada dua bahagian which is adventureplay and waterplay. Tapi kalau main dekat kawasan waterplay wajib sewa swimsuit. Tak  wajib sewa tapi wajib in swimsuit so for those yang ada,  boleh bawa if nak main kat waterplay. 


So disebabkan aku memang niat nak main adventure so aku habiskan masa di adventureplay dari pagi sampai petang . Tapi disebabkan hujan lebat so before main dah lencun. Sebab time merempit  along the way hujan. 

Weh  aku baru perasan yang aku takda pun snap gambar sebab mostly rakam video. 
Dalam masa 7 jam lebih aku tak sempat habiskan semua and ada beberapa station ditutup sebab time aku pi hari hujan lebat. Tapi kisah apa main gak benda lain yang boleh main. Satu lagi sebab weekend ramai orang so every station kena beratur. Station = game
First aku main Monkey Business. Benda ni ada 3 level so boleh pilih nak main level berapa atau nak main semua pun boleh . Tapi aku main sampai level 2 ja. Sebab banyak lagi benda yang main. Dekat Monkey Business ni ada flying fox tapi yang pendek pendek punya la. Tapi yang level 2 panjang sikit . Pastu aku dah first time main flying fox and sudahhhh penamat flying fox tu dalam hutan yang takdak orang jaga. Scary nak mampus sebab kalau nak minta tolong sumpah takdak orang.
Second naik slingshot. Sumpah aku rasa time aku dilepaskan ke atas rasa cam weh hidup lagi ke japgi. Memang menjerit tak berhenti.





This one called slingshot. 

Pastu , aku tak tahu game seterusnya aku main entahla nama apa tapi yang pasti  aku gayut dekat tali then dia akan buai kita ke atas dan ke belakang. Aku tak sure tapi nama dia Tarzan Rope kalau tak silap. 

Next wall climbing. Ni pun aku punya first time gak try and not so hard tapi guna tenaga banyak.


Okay masa untuk makan. Tempat jual makanan ada 2 section, 1 bahagian waterplay and satu bahagian adventureplay. Dekat bahagian waterplay macam macam gak jual, ada nasi, pizza n macam macam lagi. Perghh bau pizza dia menggoda terukss. Tapi kat bahagian adventureplay ada jual jajan camtu ja. 


Then surau pun ada dekat dua-dua section. 


Image result for escape park map bungee jumping

Pastu continue aktiviti dekat Gecko Tower iaitu bungee jumping. Ni pun first time. Dia lepaskan dari 20 meter. Ni sumpah tak rasa apa tengok tengok dah sampai bawah. 




Image result for escape park map kite flying

Second last activity aku "kite flying" . Bagi aku ni paling best and yang ni aku kena naik partner so aku naik dengan Aida.Dia cam buaian. Dia akan lepaskan kita dari atas pokok . Time first dia lepaskan memang menjerit tapi lepastu okay and rasa takmau turun. Rasa cam woahhh indahnya dunia aku. 



Image result for escape park  flying fox

Flying fox yang paling panjang ni last sekali aku try. And nak sampai turn aku 45 minit kena tunggu. Tapi antara semua ni paling mencabar sebab flying ni panjang gila. Fyi semua tempat aku menjerit, aku menjerit, tapi last one aku menjerit gak tapi bukan sebab takut tapi sebab cam YES aku berjaya. Memang dekat tengah tengah alam aku menjerit sebab happy. And this penamat and paling adventure dekat sini. And lebam dekat kaki aku tak hilang lagi dah seminggu sebab benda ni. But okay la at least aku enjoy the game. 

Disclamer: A few gambar aktiviti aku curi dekat GOOGLE sebab time main tak tangkap gambar and yang ada pun video ja. Aku  habis flying fox pun betul betul pukul 6 so JOM  BALIK.


Last but not least RM80 yang aku bakar tak rasa rugi langsung sebab dapat try macam-macam. 
Untuk tengok tip sebelum beli tiket escape boleh click link ni. TIP SEBELUM BELI TIKET ESCAPE

Btw  uodated boleh refer sini untuk  harga tiket escape park 2022. HARGA TIKET ESCAPE PARK

ESCAPE THEME PARK TELUK BAHANG PENANG OPERATION HOUR
10AM-6PM.


Ok done aku mereput dalam library ni sementara tunggu 3 hours class gap. Sanggup heret lappy harini masuk kampus. See u when I see u. 


-IF YOU ARE BEING IN THE STRESS OR SAD CONDITION DONT LET IT TO CONTROL YOURSELF, PLAN SOMETHING THAT WILL HEAL YOUR INSIDE AND YOUR SOUL- 


Sincerely, 
-nhb-
                                                                                                                                     19-09-19






































Ahad, 25 Ogos 2019

BOBA FRESHMILK HOMEMADE VERSI MASYA MASYITAH

Assalamualaikum w.b.t.

Hai uolllsssss sis cuti lama sangat sampai tak larat nak cuti dah aihhhh. Ni yang tak habis dok merapu kat blog. Kiranya macam tulis diari sebab sekarang aku dah tak dak diari tulisan tangan dah. Diari tulisan tangan penah ada time form 4 and aku akan tulis setiap hari jadi apa pada hari tu. Huwaaaa sejenis yang suka menulis katakan. Sebab kadang-kadang kalau cerita problem kat orang pun bukan boleh selesai. I REPEAT KADANG-KADANG .


Sebenarnya dah lama gila teringin nak buat sendiri pearl sendiri tapi biasalah malas nak gentel bulat bulat kecik tu. Pastu petang Ahad haritu kak aku cakap "WEH TENGOK NI MASYA MASYITAH BUAT BOBA SENDIRI" Aku macam aihh takleh jadi nihhh kena buat jugak nihhh. Dalam hati " Ishhh apalah artis pun rajin dok gentel-gentel pearl tu yang aku dok saja boleh pulak malas. Time tu jugak cakap kat adik and kakak weh jom buat share duit beli barang . Pastu kak aku cakap "Nuh pi amik RM10 dlam purse aku. Alhamdulillah selamat duit aku. Terus bersiap pakai tudung start moto pi beli fresh milk dan tepung ubi kayu.


MENGGUNAKAN BAHAN-BAHAN YANG CUKUP MUDAH TETAPI MEMERLUKAN KERAJINAN YANG JITU.

BAHAN UNTUK BOBA
  • 200g tepung ubi kayu
  • 80g brown sugar 
  • 130ml air 
  • 200g brown sugar (step ke-8 )
1) Didihkan air pastu masukkan brown sugar then masukkan tepung sedikit demi sedikit.
2) gaul sampai jadi macam doh 
3) keluarkan dan sejukkan sebentar pastu uli macam uli doh.
4) Then boleh gentel-gentel bulat-bulat.
5 )dah siap gentel semua gaulkan dengan sedikt tepung supaya tak melekat .
6) Rebus boba selama setengah jam. 
7) Pastu keluarkan dan rendam dalam air sejuk sebentar.
8) Pastu boleh masak dengan 200g brown sugar sampai likat. 
9) Setelah disejukkan masukkan dalam cawan dan tuangkan freshmilk.



*KALAU  NAK TENGOK DETAIL BOLEH PERGI TENGOK DEKAT YOUTUBE CHANNEL MASYA MASYITAH 




                                                               Nah setelah dibalun 



Boba homemade dapat dalam satu periuk kecil cukup untuk satu family.


Done takde la lawa macam kedai tapi satu family dapat sorang satu.


MODAL BUAT BOBA BAWAH RM10 TAPI SATU FAMILY DAPAT RASA

MODAL
-tepung ubi kayu RM1.70
-Susu kotak fresh milk RM5.40 
-sebenarnya aku ingatkan brown sugar tu sama dengan gula melaka aku pun pi bantai guna gula melaka memang manis melecas wehhh


TOTAL RM7.10


Pastu baru-baru ni aku pi beli boba tepi jalan #bobakangaq yang perisa coklat punya . Sedap tapi bekas dia kecik sangat tak puas. RM5 ja la … 





Warga Perlis boleh pi try dekat tapak pasar tani sebelah roundabout Kangar. 



Sincerely,
-nhb-
                                                                                                                                             27-08-19






Khamis, 15 Ogos 2019

15 Barang yang Wajib Bawak Untuk Newbie yang Akan Daftar Masuk Universiti.




Assalamualaikum w.b.t.

First of all, entri ini ditulis sebab ada permintaan dari BFF aku yang akan daftar masuk universiti bulan 9 ni.  TAHNIAHHHH UOLSS yang dapat melanjutkan pelajaran ke Menara gading. First sekali kena bersyukur sebab masih ada ramai yang tak dapat permohonan ke universiti tapi hangpa dapat.


Minat tak minat belakang cerita sebab sebenarnya pelajar Malaysia ramai ja yang dapat sambung kos yang depa tak minat langsung atau dapat kos yang minat sikit-sikit .


Nak terima permohonan atau tak tu hangpa sendiri decide sebab aku takmau pandai-pandai tentukan hidup orang. Hanya boleh bangi nasihat ja jika diminta.

Okay berbalik kepada tajuk diatas ya rakan-rakan. Okay benda aku nak highlightkan adalah benda yang perlu beli untuk di hostel.  Terutama orang tak pernah duduk asrama dan tak pernah berjauhan dari family . Okay yang pernah dok hostel boleh skip entri ni.

1 ) Bakul / Raga pakaian  & Baldi

-  Bakul pakaian paling penting sebab nak letak baju yang dah pakai. Ye la takkan nak campak camtu je after pakai . Dah share bilik dengan orang lain. The most important that need to prioritise  are cleanliness and hygienic. 

- Baldi pulak untuk nak rendam baju atau anything yang kita nak basuh tangan. Maybe kadang- kadang guna tapi still penting sebab takkan everything and everytime nak pinjam roommate and housemate mestilah segan kan ???Nanti mesti roommate engkau tu kata dalam hati. Ehh dia ni tak reti nak beli ke asyik meminjam ja.  Pastu nanti mesti akan menimbulkan rasa tak selesa bila dapat roommate yang asyik meminjam ja. Boleh ja hidup saling berkongsi tapi tak semua benda boleh kongsi. INGATTTT.

2) Sabun basuh kain

- Kalau macam aku sabun basuh kain aku beli 2 jenis serbuk and cecair (DETERGENT) sebab kalau guna washing machine mesti pakai detergent sebab kalau pakai serbuk confirm confirm berketul-ketul sabun bila dah habis basuh. So tak bersih and terpaksa cuci balik satu satu. Harap Maklum washing machine di hostel bukan macam di rumah. Ada pulak yan kadang-kadang rosak kadang-kadang bertakung. Nak basuh baju pun stress aku haihhh.

- Untuk sabun serbuk tu beli yang paket yang paling kecik  spare untuk basuh sport shoe  atau telekung atau apa-apa jelah.  Jangan lupa berus kecik.


3) Pakaian yang sesuai dan secukupnya

- SESUAI refer kepada bersesuaian dengan aktiviti dan SECUKUPNYA refer kepada banyak.

- Untuk yang tak gemar pakai baju kurung bawa je la dua tiga helai untuk satu sem tu. Sebab penting juga if ada apa-apa event kan ??? Sebab dekat universiti bukan satu dua event.

- Untuk yang banyak baju kurung dan lebih selesa pakai baju kurung ke kelas boleh bawa banyak-banyak banyak banyak  sebab kalau tinggal kat rumah takda sapa nak pakai. Kalau balik pun belum tentu pakai.

-If ada yang selesa pakai baju t-shirt je bawak ja sebanyak mungkin jangan sampai engkau bawak sekali rumah kau sudah.

-And for attire sebenarnya ikut universiti jugak, as for me uni aku tak pernah tetapkan pakaian just kena sopan dan bersesuaian. Tak kisah nak pakai macam mana pun. Even kasut pun tak kisah pakai selipar ke kelas .  Nak berfesyen ke nak selekeh ke. Ikut suka engkau janji datang kelas pun dah cukup baik. Tapi untuk UITM ada kawan aku cakap ada hari hari tertentu diwajibkan pakai baju kurung so beware. Tapi aku tak tahu the truth.  So kena buat research dulu or tanya senior. Terutamanya yang akan sambung belajar di universiti yang jauh dari rumah dan yang akan balik time cuti sem je.

4) CADAR

- Kalau ada bawak dua set senang nak tukar tukar. Jangan lupa bawak bantal sendiri dan segala bantal busuk and teddy bear sendiri. (tajaan sendiri)

5) TELEKUNG

-Bawak dua set jugak senang nak basuh untuk ganti-ganti.

6) PAD LOCK

- Benda ni yang aku tak ingat everytime masuk asrama . Selalunya dah masuk  baru ya Allah aku tak beli. Pastu baru kelam kabut cari kedai. Untuk security locker. Mesti ada bawak barang berharga so jaga-jaga sebab tak semua bole percaya. And jangan pernah percaya orang 100% sebaik mana pun dia depan kita. RAMBUT SAMA HITAM TAPI HATI LAIN LAIN. Termasuklah rambut jingga, rambut karat dan juga  rambut putih. Kadang yang lama kenal pun boleh tipu kita inikan pulak yang baru kenal.


7) BAKUL KECIL TOILETRIES

- Untuk letak barang mandian so senang nak mandi angkat satu bakul tu bawak masuk bilik mandi. Dan juga untuk mengelakkan barang-barang kecil misplaced.


8) PAD ( GIRL ONLY)

-Untuk perempuan sahaja untuk lelaki engkau tak payah sibuk nak beli jugak. Beli banyak terus untuk buat bekalan. Dalam 60 pcs pun dah okay.

9)BAG

-Beg yang bersesuaian. Contoh if ada kelas sikit je boleh bawak beg kecil and untuk hari yang pack bole bawak beg galas belakang. Depend kat hangpa selesa macam mana. Ada yang taknak tukar tukar beg sebab nanti ada misplaced barang. Benda simple tapi bila dah sampai sana baru macam ya Allah aku tak bawak beg untuk nak pergi kelas . Jangan jadi macam aku. 


10) KASUT

-Sport shoe / Sandal / Kasut jamban / Kasut flat or casual / Sneakers yang bersesuaian ye. 

11) CLOTHES RACK

-Macam penyidai baju kecil untuk dalam bilik.  So far setahun aku kat uni memang sidai baju dalam bilik je sebab dapat direct cahaya matahari. . Sebab tempat sidai baju kat hostel aku tak kena cahaya matahari dan kadang-kadang tu 2 hari pun belum tentu kering kalau pakaian tebal. Hujan pun tak effect sebab tak kena hujan. Depend dekat hostel masing-masing macam mana tempat penyidai dia buat. 

So if hostel hangpa ada penyidai yang dapat direct cahaya matahari pun bila hujan mesti tak boleh sidai. Tambah-tambah pulak bila musim hujan memanjang.  So bila ada clothes rack ni hangpa boleh sidai dalam bilik tak kira panas ka hujan ka. Tapi depend la kepada saiz bilik. So better masuk dulu tengok keadaan kat sana dulu then kalau rasa tak cukup baru beli. Sebab lain uni lain dia punya keluasan bilik.

- First clothes rack beli dekat MYDIN je dalam RM20 +++ tapi tahan dalam 3 @4  bulan camtu ja.

-lepas patah tu terus aku order online clothes rack dari IKEA tak sampai RM40. (pasang sendiri DIY). 

Banyak jenis clothes rack dekat IKEA tapi IKEA MULIG Clothes Rack (white) paling recommended .  (macam gambar kat bawah  )                                                                                                                         
 *sekali lagi jadi duta tak berbayar IKEA.

Image result for mulig ikea rack clothes

12) ALAT TULIS

-bawak la alat tulis yang penting and buku nota kecil sebagai persediaan. And bawak newspaper sikit untuk nak lapik kat mana2. 

13) PRINTER

-Tak bawak pun takpa tapi kalau ada and nak senang baik bawak sebab tak yah susah gi beratur Panjang- Panjang nak print apa2 . Tambah lagi if nak print something tgh2 malam.

14) TORCHLIGHT

-if ada emergency blackout kalau malas guna lampu fon je.

15) MAKANAN

-paling paling penting especially time minggu orientasi memang takde makna sempat pergi beli makanan dengan tak tahu tempat tambah-tambah universiti yang besar.

-Bekalkan air kotak/ roti/ biskut / jajan . Letakkan dalam beg siap2 sebab once dah keluar bili lepas subuh belum tentu Maghrib sampai bilik ke belum kalau time time  minggu orientasi. 

- Beli makanan lebih untuk dijadikan stok dibilik.

So far ni jelah yang aku ingat nanti kalau ada tambahan aku update. But ada a few yang tak yah beli pun before masuk. List out apa yang hangpa rasa perlu dan susun ikut bajet yang termampu. Kalau rasa tak cukup bajet bawak je yang mana ada dulu. Yang lain nanti boleh beli . Biasalah waktu mula-mula banyak nak guna duit. 


Thanks for this visit . See again . 




-GOOD LUCK FOR YOUR ANOTHER FIRST STEP IN DEGREE LIFE AND MAY SUCCESS BELONG TO ALL OF YOU AND ME -

Sincerely, 
-nhb-                                        
                                                                                                                             16-08-19