Actually waktu awal cuti sem dah buat tapi baru sekarang sempat share. Resepi yang sangat mudah semudah 1,2,3.. Dok rumah goyang-goyang kaki pun boleh buat. Menggunakan bahan yang sangat - sangat sedikit.
Bahan-bahan
- 250g CREAM CHEESE ( brand Tartura) brand lain pun takpa tapi ni paling famous
- 1 PAKET BISKUT DELUXE CRACKER HUP SENG
- 1/2 TIN SUSU PEKAT
- 1 KOTAK FRESH MILK ( tak kisah brand apa Dutch Lady , Marigold, Nestle
- SERBUK MILO, NESTUM, PARUTAN CHEESE(ikut suka)
Steps
1. Aku guna mixer untuk kembangkan creamcheese tu. Guna semua 250g boleh dapat cheesekut lebih kurang dua buah bekas makanan bersaiz sederhana. Mix sampai kembang taw.
2. Masukkan 1/2 tin susu pekat mix kan sekali. Ikut lah nak tahap kemanisan macam mana. Usually orang guna 3/4 tin tapi aku guna half ja. Tu pun manis dah. Pastu masukkan sekali sedikit fresh milk untuk nak cairkan adunan. Jangan terlalu hanya dalam 5-8 sudu shaja. Pandai-pandai lah adjust.
3. Susun biskut dalam bekas makanan atau dalam bekas yang makcik2 panggil tupperware.
4. Letakkan adunan atas susunan biskut pastu susun balik biskut. Buat banyak-banyak layer.
5. Layer atas sekali taburlah nestum atau serbuk milo atau parutan cheese ikut suka hangpa la.
DONE !!!!
SORRY sebab my presentation was so bad sebab tersilap guna biskut sepatutnya ambik yang deluxe yang kecik-kecik tu tapi terambik yang biasa so kena patahkan sedikit untuk bagi muat dalam tupperware. TAk kisah boleh guna yang deluxe yang kecik kecik tu ataupun yang biskut empat segi besar tu.
TOTAL BAJET: (untuk yang teringin nak cuba)
- CREAM CHEESE TARTURA 250g (RM 8.50)
- BISKUT DELUXE CRACKER HUP SENG / CREAM CRACKER(RM4.00)
-SUSU PEKAT ( RM2.50)
-SUSU FRESH MILK (RM4.50)
Total = RM RM19.50.
Jangan lupa try. For another resepi boleh sini RESEPI KEK BATIK.
For puding karamel tanpa telur boleh tengok kat youtube channel aku.
PUDING KARAMEL TANPA TELUR
Jangan lupa try. For another resepi boleh sini RESEPI KEK BATIK.
For puding karamel tanpa telur boleh tengok kat youtube channel aku.
PUDING KARAMEL TANPA TELUR
- HAVE A TRY PEEPS-
Sincerely,
-nhb-
02-08-19