meta name="viewport" content="width=device-width, initial-scale=1” BLOG GADIS TINGGI LAMPAI: 15 Barang yang Wajib Bawak Untuk Newbie yang Akan Daftar Masuk Universiti.

Khamis, 15 Ogos 2019

15 Barang yang Wajib Bawak Untuk Newbie yang Akan Daftar Masuk Universiti.




Assalamualaikum w.b.t.

First of all, entri ini ditulis sebab ada permintaan dari BFF aku yang akan daftar masuk universiti bulan 9 ni.  TAHNIAHHHH UOLSS yang dapat melanjutkan pelajaran ke Menara gading. First sekali kena bersyukur sebab masih ada ramai yang tak dapat permohonan ke universiti tapi hangpa dapat.


Minat tak minat belakang cerita sebab sebenarnya pelajar Malaysia ramai ja yang dapat sambung kos yang depa tak minat langsung atau dapat kos yang minat sikit-sikit .


Nak terima permohonan atau tak tu hangpa sendiri decide sebab aku takmau pandai-pandai tentukan hidup orang. Hanya boleh bangi nasihat ja jika diminta.

Okay berbalik kepada tajuk diatas ya rakan-rakan. Okay benda aku nak highlightkan adalah benda yang perlu beli untuk di hostel.  Terutama orang tak pernah duduk asrama dan tak pernah berjauhan dari family . Okay yang pernah dok hostel boleh skip entri ni.

1 ) Bakul / Raga pakaian  & Baldi

-  Bakul pakaian paling penting sebab nak letak baju yang dah pakai. Ye la takkan nak campak camtu je after pakai . Dah share bilik dengan orang lain. The most important that need to prioritise  are cleanliness and hygienic. 

- Baldi pulak untuk nak rendam baju atau anything yang kita nak basuh tangan. Maybe kadang- kadang guna tapi still penting sebab takkan everything and everytime nak pinjam roommate and housemate mestilah segan kan ???Nanti mesti roommate engkau tu kata dalam hati. Ehh dia ni tak reti nak beli ke asyik meminjam ja.  Pastu nanti mesti akan menimbulkan rasa tak selesa bila dapat roommate yang asyik meminjam ja. Boleh ja hidup saling berkongsi tapi tak semua benda boleh kongsi. INGATTTT.

2) Sabun basuh kain

- Kalau macam aku sabun basuh kain aku beli 2 jenis serbuk and cecair (DETERGENT) sebab kalau guna washing machine mesti pakai detergent sebab kalau pakai serbuk confirm confirm berketul-ketul sabun bila dah habis basuh. So tak bersih and terpaksa cuci balik satu satu. Harap Maklum washing machine di hostel bukan macam di rumah. Ada pulak yan kadang-kadang rosak kadang-kadang bertakung. Nak basuh baju pun stress aku haihhh.

- Untuk sabun serbuk tu beli yang paket yang paling kecik  spare untuk basuh sport shoe  atau telekung atau apa-apa jelah.  Jangan lupa berus kecik.


3) Pakaian yang sesuai dan secukupnya

- SESUAI refer kepada bersesuaian dengan aktiviti dan SECUKUPNYA refer kepada banyak.

- Untuk yang tak gemar pakai baju kurung bawa je la dua tiga helai untuk satu sem tu. Sebab penting juga if ada apa-apa event kan ??? Sebab dekat universiti bukan satu dua event.

- Untuk yang banyak baju kurung dan lebih selesa pakai baju kurung ke kelas boleh bawa banyak-banyak banyak banyak  sebab kalau tinggal kat rumah takda sapa nak pakai. Kalau balik pun belum tentu pakai.

-If ada yang selesa pakai baju t-shirt je bawak ja sebanyak mungkin jangan sampai engkau bawak sekali rumah kau sudah.

-And for attire sebenarnya ikut universiti jugak, as for me uni aku tak pernah tetapkan pakaian just kena sopan dan bersesuaian. Tak kisah nak pakai macam mana pun. Even kasut pun tak kisah pakai selipar ke kelas .  Nak berfesyen ke nak selekeh ke. Ikut suka engkau janji datang kelas pun dah cukup baik. Tapi untuk UITM ada kawan aku cakap ada hari hari tertentu diwajibkan pakai baju kurung so beware. Tapi aku tak tahu the truth.  So kena buat research dulu or tanya senior. Terutamanya yang akan sambung belajar di universiti yang jauh dari rumah dan yang akan balik time cuti sem je.

4) CADAR

- Kalau ada bawak dua set senang nak tukar tukar. Jangan lupa bawak bantal sendiri dan segala bantal busuk and teddy bear sendiri. (tajaan sendiri)

5) TELEKUNG

-Bawak dua set jugak senang nak basuh untuk ganti-ganti.

6) PAD LOCK

- Benda ni yang aku tak ingat everytime masuk asrama . Selalunya dah masuk  baru ya Allah aku tak beli. Pastu baru kelam kabut cari kedai. Untuk security locker. Mesti ada bawak barang berharga so jaga-jaga sebab tak semua bole percaya. And jangan pernah percaya orang 100% sebaik mana pun dia depan kita. RAMBUT SAMA HITAM TAPI HATI LAIN LAIN. Termasuklah rambut jingga, rambut karat dan juga  rambut putih. Kadang yang lama kenal pun boleh tipu kita inikan pulak yang baru kenal.


7) BAKUL KECIL TOILETRIES

- Untuk letak barang mandian so senang nak mandi angkat satu bakul tu bawak masuk bilik mandi. Dan juga untuk mengelakkan barang-barang kecil misplaced.


8) PAD ( GIRL ONLY)

-Untuk perempuan sahaja untuk lelaki engkau tak payah sibuk nak beli jugak. Beli banyak terus untuk buat bekalan. Dalam 60 pcs pun dah okay.

9)BAG

-Beg yang bersesuaian. Contoh if ada kelas sikit je boleh bawak beg kecil and untuk hari yang pack bole bawak beg galas belakang. Depend kat hangpa selesa macam mana. Ada yang taknak tukar tukar beg sebab nanti ada misplaced barang. Benda simple tapi bila dah sampai sana baru macam ya Allah aku tak bawak beg untuk nak pergi kelas . Jangan jadi macam aku. 


10) KASUT

-Sport shoe / Sandal / Kasut jamban / Kasut flat or casual / Sneakers yang bersesuaian ye. 

11) CLOTHES RACK

-Macam penyidai baju kecil untuk dalam bilik.  So far setahun aku kat uni memang sidai baju dalam bilik je sebab dapat direct cahaya matahari. . Sebab tempat sidai baju kat hostel aku tak kena cahaya matahari dan kadang-kadang tu 2 hari pun belum tentu kering kalau pakaian tebal. Hujan pun tak effect sebab tak kena hujan. Depend dekat hostel masing-masing macam mana tempat penyidai dia buat. 

So if hostel hangpa ada penyidai yang dapat direct cahaya matahari pun bila hujan mesti tak boleh sidai. Tambah-tambah pulak bila musim hujan memanjang.  So bila ada clothes rack ni hangpa boleh sidai dalam bilik tak kira panas ka hujan ka. Tapi depend la kepada saiz bilik. So better masuk dulu tengok keadaan kat sana dulu then kalau rasa tak cukup baru beli. Sebab lain uni lain dia punya keluasan bilik.

- First clothes rack beli dekat MYDIN je dalam RM20 +++ tapi tahan dalam 3 @4  bulan camtu ja.

-lepas patah tu terus aku order online clothes rack dari IKEA tak sampai RM40. (pasang sendiri DIY). 

Banyak jenis clothes rack dekat IKEA tapi IKEA MULIG Clothes Rack (white) paling recommended .  (macam gambar kat bawah  )                                                                                                                         
 *sekali lagi jadi duta tak berbayar IKEA.

Image result for mulig ikea rack clothes

12) ALAT TULIS

-bawak la alat tulis yang penting and buku nota kecil sebagai persediaan. And bawak newspaper sikit untuk nak lapik kat mana2. 

13) PRINTER

-Tak bawak pun takpa tapi kalau ada and nak senang baik bawak sebab tak yah susah gi beratur Panjang- Panjang nak print apa2 . Tambah lagi if nak print something tgh2 malam.

14) TORCHLIGHT

-if ada emergency blackout kalau malas guna lampu fon je.

15) MAKANAN

-paling paling penting especially time minggu orientasi memang takde makna sempat pergi beli makanan dengan tak tahu tempat tambah-tambah universiti yang besar.

-Bekalkan air kotak/ roti/ biskut / jajan . Letakkan dalam beg siap2 sebab once dah keluar bili lepas subuh belum tentu Maghrib sampai bilik ke belum kalau time time  minggu orientasi. 

- Beli makanan lebih untuk dijadikan stok dibilik.

So far ni jelah yang aku ingat nanti kalau ada tambahan aku update. But ada a few yang tak yah beli pun before masuk. List out apa yang hangpa rasa perlu dan susun ikut bajet yang termampu. Kalau rasa tak cukup bajet bawak je yang mana ada dulu. Yang lain nanti boleh beli . Biasalah waktu mula-mula banyak nak guna duit. 


Thanks for this visit . See again . 




-GOOD LUCK FOR YOUR ANOTHER FIRST STEP IN DEGREE LIFE AND MAY SUCCESS BELONG TO ALL OF YOU AND ME -

Sincerely, 
-nhb-                                        
                                                                                                                             16-08-19