meta name="viewport" content="width=device-width, initial-scale=1” BLOG GADIS TINGGI LAMPAI: LARKIN SENTRAL , JOHOR

Isnin, 5 Ogos 2019

LARKIN SENTRAL , JOHOR

Assalamualaikum w.b.t

Sebab aku goyang kaki ja kat rumah dua bulan cuti sem ni so banyak benda boleh post. Benda boleh share buat apa simpan sorang-sorang.


Ni stesen bas namanya Larkin Sentral.
Bagi aku sistem stesen bas di Larkin agak sistematik sebab dia lebih kurang TBS (Terminal Bersepadu Selatan ). Cumanya dia dia kecil daripada TBS. 


Image result for larkin sentral
 NI aku curi gambar google ( Ni dekat luar gate.macam-macam ada)
 McD, Dunkin Donut , kedai-kedai kecil dll. Bahagian atas ada kedai tudung-tudung dan baju tapi senja haritu aku pi dah tutup.


First dia sistematik sebab semua orang akan tukar tiket yang sama. Sebab nak masuk gate kena ada barcode untuk scan di pintu masuk gate. Second, Setiap bas yang sampai dan akan berlepas dia akan announce dan bagitahu bas kita ada di platform mana.  Ingatkan TBS je ada sistem ni. Tapi TBS sangat besar so kalau terlambat sampai atau sampai 10 minit sebelum bas bertolak confirm confirm kena tinggal sebab nak turun gate saja dah kena beratur bukan main panjang pastu dia punya gate besar dari gate Airport Penang.



Untuk balik aku balik Perlis aku naik bas.And aku pilih bas MAYANG SARI. NI first time jugak aku naik bas mayang sari ( Larkin-Kangar). Aku pilih bas ni sebab dia agak famous dan manjadi pilihan ramai so takde la risau sangat untuk perjalanan. Dan aku sangat recommend sangat bas ni sebab seat dia besar dan selesa.


Seat dia besar gedabak. Aku terpaksa ambik seat double sebab single seat habis tapi sebelah aku takde orang. Maka berhuhulah aku. Perjalanan aku ambil masa 12 jam dari Larkin ke Perlis.Tapi sebab ambik bas malam so cam tekde hal sebab malam memang bas aku tidur pastu aku jenis tidur mati. Lagipun perjalanan 12 jam ni macam celah gigi aku je sebab dah selalu berjalan jauh. 8-9 jam dah biasa sebab selalu berjalan jauh. Tapi 12 jam ni pernah cuma jarang. Disebabkan bas malam maka aku pun tidur tak sedar diri diatas bas. Sedar-sedar aku dekat Penang dah.


Tiket bas RM85.00  mahal dari tiket flight aku. 



Point utama nak share dalam post ni adalah kalau dari selatan ke utara aku recommend bas MAYANG SARI.
Untuk utara ke zon tengah (KL) aku recommend bas Cosmic express (ni paling suka sebab aku selalu ambik bas ni kalau nak balik asrama dulu) . Selain Cosmic Express boleh jugak try Pancaran Matahari, dan Intercity. Semua bas ni tiptop dia punya servis.
Untuk utara ke pantai timur ( Kelantan) je try bas Perdana dan Mutiara. Dua bas ni memang route dia ke pantai timur dan very recommended. Kakak aku waktu zaman study dulu kalau balik Kelantan mesti naik dua bas ni je. Kalau tak silap bas ni ada WI-Fi.

#donepromotebas. Lepas ni dah boleh jadi duta bas express Malaysia. 


Alhamdulillah Semenanjung dah habis jalan. Terima kasih jugak kepada abah aku sebab bawa aku dan family pergi merata. Lepas ni boleh la pergi Sabah Sarawak . Hikss 


Sincerely,
-nhb-
                                                                                                                                            05-08--19