Weh sumpah lama gila tak menulis. Aceyy acah busy sikit masuk sem baru. Entahlaaa aku tak teringat lak nak bukak blog aku nihh. So sekarang free sikit nak share Escape Theme Park Penang sebab aku baru je menjengah ke sana minggu lepas. Sebab pergi weekend so cam biasa orang pun bersepah-sepah. SO LET GET STARTED. Btw untuk orang luar boleh stay dekat Hard Rock Hotel Penang atau any hotel yang berdekat Batu Ferringhi so senang boleh datang awal pagi sebab dekat je dengan Escape Park ni.
So basically dekat entrance berlambak benda ni ( ESCAPE PARK MAP ) so boleh ambik siap-siap untuk merancang perjalanan engkau dengan lebih selamat. Aku pun tak sempat tengok sebab terkoyak disebabkan air hujan. SEDIHHH
Okay jap lupa nak tunjuk harga masuk escape. Engkau tunggu jap.
Aku dapat yang RM80 tu sebab booked online awal. So yeahhhh. Tapi before buat payment wajib top-up e-wallet minimum RM20 sebab kat sana semua cashless. RM20 tu untuk sewa loker, sewa swimsuit and makan. And kalau tak guna habis e-Wallet tu boleh refund before balik. Tapi serius Rm20 tak cukup beb but kat sana still boleh top-up . Makanan dia pun cekik darah. Can you imagine 3 biji karipap size sederhana RM5. Tapi who care siapa suruh kau beli. Sewa loker pun dah RM10 kalau tak silap.
Selepas entrance akan ada dua bahagian which is adventureplay and waterplay. Tapi kalau main dekat kawasan waterplay wajib sewa swimsuit. Tak wajib sewa tapi wajib in swimsuit so for those yang ada, boleh bawa if nak main kat waterplay.
So disebabkan aku memang niat nak main adventure so aku habiskan masa di adventureplay dari pagi sampai petang . Tapi disebabkan hujan lebat so before main dah lencun. Sebab time merempit along the way hujan.
Weh aku baru perasan yang aku takda pun snap gambar sebab mostly rakam video.
Dalam masa 7 jam lebih aku tak sempat habiskan semua and ada beberapa station ditutup sebab time aku pi hari hujan lebat. Tapi kisah apa main gak benda lain yang boleh main. Satu lagi sebab weekend ramai orang so every station kena beratur. Station = game
First aku main Monkey Business. Benda ni ada 3 level so boleh pilih nak main level berapa atau nak main semua pun boleh . Tapi aku main sampai level 2 ja. Sebab banyak lagi benda yang main. Dekat Monkey Business ni ada flying fox tapi yang pendek pendek punya la. Tapi yang level 2 panjang sikit . Pastu aku dah first time main flying fox and sudahhhh penamat flying fox tu dalam hutan yang takdak orang jaga. Scary nak mampus sebab kalau nak minta tolong sumpah takdak orang.
Second naik slingshot. Sumpah aku rasa time aku dilepaskan ke atas rasa cam weh hidup lagi ke japgi. Memang menjerit tak berhenti.
This one called slingshot.
Pastu , aku tak tahu game seterusnya aku main entahla nama apa tapi yang pasti aku gayut dekat tali then dia akan buai kita ke atas dan ke belakang. Aku tak sure tapi nama dia Tarzan Rope kalau tak silap.
Next wall climbing. Ni pun aku punya first time gak try and not so hard tapi guna tenaga banyak.
Okay masa untuk makan. Tempat jual makanan ada 2 section, 1 bahagian waterplay and satu bahagian adventureplay. Dekat bahagian waterplay macam macam gak jual, ada nasi, pizza n macam macam lagi. Perghh bau pizza dia menggoda terukss. Tapi kat bahagian adventureplay ada jual jajan camtu ja.
Then surau pun ada dekat dua-dua section.
Pastu continue aktiviti dekat Gecko Tower iaitu bungee jumping. Ni pun first time. Dia lepaskan dari 20 meter. Ni sumpah tak rasa apa tengok tengok dah sampai bawah.
Second last activity aku "kite flying" . Bagi aku ni paling best and yang ni aku kena naik partner so aku naik dengan Aida.Dia cam buaian. Dia akan lepaskan kita dari atas pokok . Time first dia lepaskan memang menjerit tapi lepastu okay and rasa takmau turun. Rasa cam woahhh indahnya dunia aku.
Flying fox yang paling panjang ni last sekali aku try. And nak sampai turn aku 45 minit kena tunggu. Tapi antara semua ni paling mencabar sebab flying ni panjang gila. Fyi semua tempat aku menjerit, aku menjerit, tapi last one aku menjerit gak tapi bukan sebab takut tapi sebab cam YES aku berjaya. Memang dekat tengah tengah alam aku menjerit sebab happy. And this penamat and paling adventure dekat sini. And lebam dekat kaki aku tak hilang lagi dah seminggu sebab benda ni. But okay la at least aku enjoy the game.
Disclamer: A few gambar aktiviti aku curi dekat GOOGLE sebab time main tak tangkap gambar and yang ada pun video ja. Aku habis flying fox pun betul betul pukul 6 so JOM BALIK.
Last but not least RM80 yang aku bakar tak rasa rugi langsung sebab dapat try macam-macam.
Untuk tengok tip sebelum beli tiket escape boleh click link ni. TIP SEBELUM BELI TIKET ESCAPE
Btw uodated boleh refer sini untuk harga tiket escape park 2022. HARGA TIKET ESCAPE PARK
ESCAPE THEME PARK TELUK BAHANG PENANG OPERATION HOUR
10AM-6PM.
Ok done aku mereput dalam library ni sementara tunggu 3 hours class gap. Sanggup heret lappy harini masuk kampus. See u when I see u.
-IF YOU ARE BEING IN THE STRESS OR SAD CONDITION DONT LET IT TO CONTROL YOURSELF, PLAN SOMETHING THAT WILL HEAL YOUR INSIDE AND YOUR SOUL-
Sincerely,
-nhb-
19-09-19