meta name="viewport" content="width=device-width, initial-scale=1” BLOG GADIS TINGGI LAMPAI: YAYYY FINALLY MY FIRST BAKTISISWA WITH FELDA SUNGAI BEHRANG PERAK.

Khamis, 14 November 2019

YAYYY FINALLY MY FIRST BAKTISISWA WITH FELDA SUNGAI BEHRANG PERAK.

Assalamualaikum w.b.t

Halooo lama gila tak menulis. Sebenarnya ada satu lagi post pending hahaha tapi still nak post yang ni dulu. As you can see from the title. Weh tak sangka aku join program baktisiswa. Memang teringin dari sem lepas tapi mesti minggu tu busy so tak join. Program ni pun aku ganti orang sebab Rabu malam ada orang cari orang unuk gantikan. So aku dengan sukarelanya menggantikannya dengan orang itu tanpa bayaran. Sebab orang tu tolong bayarkan dan kebetulan minggu tu takdak apa-apa dan free. In the other side, aku macam baiknya Allah beri aku peluang untuk aku join program pada masa yang aku betul betul lapang. Betullah kalau kita minta tak semestinya Allah bagi pada waktu itu jugak sebab Allah akan bagi pada masa terbaik. Thank you YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM.

So kiranya aku join program ini pun dengan tiada apa persiapan sebab aku confirm nak join hari Khamis dan Jumaat pagi dah pergi. Si yeahhh 5 hours journey from Penang to Behrang. Time sampai kat sana terus jumpa mak angkat and balik rumah. Aku bersyukur gila sebab dapat adik-beradik angkat yang sporting dan masuk air. Seorang daripada USM dan 2 orang  daripada UPSI. Program ini kolaborasi antara universiti di utara which is USM UPSI dan UUM. So basically kami 4 orang tinggal serumah untuk 3 hari 2 malam . Pastu untuk pergi program abah angkat bagi moto sebab dewan tempat berkumpul tu jauh. So berhuhu lahhh kami .

For second day, kebetulan haritu maulidur Rasul so kami ada buat perarakan dari masjid ke dewan.
After sarapan pagi tu ada aktiviti melawat ladang kelapa sawit. So marilah naik HILUX masuk ladang. Ada yang kena naik jeep.


Time masuk ladang kelapa sawit ini aku teringat time pergi waterfall abseiling. Sebab jalan dia macam ni jugak. 



Ya anak anak ini buah kelapa sawit. First time tengok okay dan pegang. Kat sana depa briefing pasal buah ni pastu tunjuk cara nak ambik dari pokok. Susah gila wehhh. 

After habis sesi kami balik semula ke dewan and dibahagi kumpulan untuk ziarah kasih melawat rumah orang-orang tua untuk bagi sedikit sumbangan. Time ni aku dapat naik cam jeep lama. 

So 1 group kena pergi 3 buah rumah. Yang paling aku ingat dan takkan lupa time melawat rumah kedua tu. Seorang pak cik ni mak dia dah sakit  terlantar lebih  4 tahun dah . Time first tu pak cik ni cam bagi tazkirah dulu kat kami . Ayat pak cik ni yang aku tak leh lupa sampai bila-bila. "Tinggi mana pun kelulusan kita, Tinggi mana pun pangkat kita, jangan lupa yang kita adalah seorang anak". Time ni memang kami semua dah banjir mata dah rabak masing-masing. Amazed gila sebab pak cik ni sayang gila kat mak dia. Pergi usap-usap kepala mak dia.Every word yang keluar dari mulut dia ya Allah sentap gila. Aku rasa cam nak balik rumah time tu jugak. And dia cakap call la mak setiap hari walaupun untuk tanya sihat ke tak  sebab nanti bila mak dah tak da kita tak dak sapa dah nak call tanya khabar.  Time tu baru rasa kehilangan.


Ohh jap malam kedua ada malam kebudayaan, setiap kumpulan kena prepare persembahan ikut tajuk yang dapat. 


So here is my group. Mostly spontan ja malam tu sebab takdak masa nak practice. Tapi apapun enjoy je malam tu. 

So for last day pagi tu still bergerak ikut group masing-masing ke tempat yang ditetapkan . So group aku dapat buat gotong royong dekat Kg Klinik. 



Sis function bab bab mengecat nihhh.. HAHAHA riak sikit.


Memandangkan orang nak belanja kita onzzz ja.






Then petang dah acara penutup, rasa macam sekejap gila weh masa. Time penutup ni banyaklah yang berjujuran air mata. 



So here is my family......

Overall program ni best sebab dapat duduk kampung, rasa macam okay taknak balik uni, pastu dia punya environment dia tenang ja, dapat pulak kakak2 yang sporting, mak abah baik gila, dapat kenal orang-orang baru dan paling takleh lupa makanan semua sedap2. Sehari berkali kali makan.  Kalau seminggu kat sini confirm ahh berat aku naik. Pastu malam malam sembang before tidur ada sesi bercerita (sharing session) gitchuu  padahal kena bangun awal. 





ITS WRAP 


-THE PRECIOUS EXPERIENCE COMES AND GO , SO YOU GO AND GRAB IT-



Sincerely,
-nhb- 

                                                                                                                                       15-11-19