Let get started. Sabtu pagi tu aku keluar bapak awal dari hostel. 7.30 pagi beb. Kelas pun tak pegi awal camni. Aku pergi jeti jemput akak aku. Menyampah betul kak aku mana penah awal. Memang aku tercogok sejam tunggu dia sampai.
So kami ambik bas route 204 Jeti direct to Bukit Bendera .
Demi memecahkan kesunyian dalam bas kami dua acah share earphone dengar lagu.
Setelah 1 jam setengah berdiri baru dapat naik train. Aduhhh ni yang lemah kena tungu tunggu. And before terlupa harga dua hala train di Bukit Bendera ialah RM12 untuk normal lane. Fast lane rasanya RM40 kot . Both price for Malaysian.
Dengan ini saya melaporkan hujan rintik-rintik time kami sampai puncak.
View dari atas.
After Zohor pergi try ice cream Bukit Bendera dia. For me not recommended at all. Sebab nampak je sedap tapi tak and tak berbaloi. Better pergi makan ais kacang tepi jalan .
Pukul 5 kami dah turun train. Ni pun selepas 1 jam setengah gak tunggu naik train.
Dalam pukul 5 lebih direct naik bas turun Padang Kota.
after lepak tepi pantai tu sambil dengar busking . Yay this is my first time try Pasembor Penang. This one from Pasembor Ghani kalau tak silap. I give 4/ 5 stars and should try this. RM20 total portion untuk 3-4 orang tapi kami makan dua orang ja. Memang penuh perut la cite dia.
My reaction bila kena jalan 1 kilometer dari Padang Kota ke terminal bas. Macam nak terlucut kaki dah oii.
Okay done bebel seharian aku keluar. 7.30 pagi keluar 9.30 malam baru sampai bilik. Btw thanks to my only kakak. Actually post dah lama tersimpan rapi dalam draft sebab tak sempat habiskan. Terpaksa post baktisiswa punya program dulu kes takleh move on.
-LIVE YOUR LIFE THE WAY YOU ARE-
Sincerely.
-nhb-
22-11-19