meta name="viewport" content="width=device-width, initial-scale=1” BLOG GADIS TINGGI LAMPAI: FAMILY TIME DI GUNUNG LANG IPOH

Selasa, 24 Disember 2019

FAMILY TIME DI GUNUNG LANG IPOH

Assalamualaikum wbt.

Okay aku tipu haritu kata nak start menulis after exam. Haha sebenarnya tengah reward diri sendiri sebab berjaya habiskan revision satu bab subjek physics walaupun tengah demam.

Without further a due , let get started.

First attraction kat sini.


Btw Taman Ekreasi Gunung Lang / Gunung Lang Recreation Park ni terletak dalam bandar Ipoh. Kami sampai betul betul pukul 12 tengah hari. so memang panas terik matahari memancar dengan heloknya. Time ni memang dah ramai gila. Masuk sini free ja kalau nak naik bot baru kena bayar. Sampai sampai terus pergi dekat air terjun yang tinggi. Lepak tepi tu dulu sampai kena percikan air terjun tu. Rasa cam dok dalam aircond. 


Harga tiket gunung Lang Ipoh : Bayaran untuk naik bot RM3 untuk dewasa dan Rm1.50 untuk kanak-kanak. Berbaloi lahhh walaupun sekejap je naik bot. Bot akan bawak ke satu tempat dan tinggalkan penumpang untuk jalan jalan kat sekitar situ.



Operasi bot Isnin - Khamis 8 pagi- 6ptg.
Jumaat 8pagi- 12 thg hari 3ptg-6ptg
Sabtu & Ahad 8.30 pagi-6ptg


Kesimpulannya datanglah awal supaya cuaca tak panas sangat dan tak ramai sangat sebab makin lewat makin ramai. 

Bot dia tak delah besar sangat so kena tunggu turn nak naik kalau time ramai orang. 

Pastu yang kat tempat yang bot turunkan penumpang ada macam mini zoo, rumah Perak , rumah tinjau dan macam2. Takdelahh ada apa apa sangat tapi kat tepi tasik tu view dia lawa. Tambah tambah tangkap gambar time matahari terik pehhhh serius lawa gambar.


Nice background ni.



 Ni rumah tinjau kalau nak naik boleh ja tak kena bayaran.


Time kat tasik ni aku tanya abah ni tasik buatan ka?? Abah cakap ni tempat perlombongan dulu dulu. Abah aku apa ja tak tahu..

Done short escape di Gunung Lang Recreational Park sebelum aku gerak ke Cyberjaya. 


Okay ni  last. Kita sambung after final exam taw. 


Sincerely, 
-nhb-
                                                                                                                                            25-12-19






Tiada ulasan:

Catat Ulasan