meta name="viewport" content="width=device-width, initial-scale=1” BLOG GADIS TINGGI LAMPAI: Spaghetti Bolognese Mudah Ala Ala duduk Hostel

Selasa, 30 April 2019

Spaghetti Bolognese Mudah Ala Ala duduk Hostel

Assalamualaikum w.b.t

Minggu lepas tiba-tiba teringin gila nak makan spaghetti. Pastu mulalah merempit pi Mydin Bukit Jambul cari barang-barang. Pastu pergi dekat bahagian Sos Spaghetti mulalah mencari Sos Spaghetti Kimball sebab si Umai cadangkan suruh beli yang ni. Biasanya aku guna yang Prego punya, Pastu bila sampai kat bahagian ni gigih cari yang kimball punya tapi rasa tak yakin betul ke sos spaghetti yang Kimball and Prego ni sama. And dengan muka tak malunya dan dengan sopan santunnya tanya mak cik sebelah tu. "Akak, yang Kimball ni sama ke dengan Prego ni " Pastu dia pun jawab aah sama je. And dia suggestkan ambik pack yang 2 Sos Spaghetti + free 1 Spaghetti sebab lagi jimat .  Tapi masalahnya yang dia cakap tu takde kat kawasan tu. Dia cakap ada kat bahagian yang promosi. Aku pun gigih la cari 4 kali pusing first floor cari benda ni. Kali ke 5 baru jumpa dah nak terlucut kaki aku.


                   RM9.20 waktu aku beli. Kalau beli satu-satu 1 bekas tu harga RM4.++.


Akhirnya dapat semua bahan yang dicari :

Sos Spaghetti 
Spaghetti
Sosej ayam 
1 biji Bawang merah
1 tomato
1 biji lobak merah 
( ni Umai suruh sebab dia baca kat blog ada orang masukkan lobak merah. Aku pun ikutkan je)

BUDGET
RM13
(Boleh makan sampai malam yang pasti  sampai kenyang)


Yang lawaknya time nak timbang barang tu aku dengan menahan malu pi timbang sebiji tomato, sebiji lobak , dan sebiji bawang merah. Yang pak cik mak cik belakang aku semua satu troli sayur sahaja. 



Balik tu terus masak. Ni inovasi masak spaghetti dalam heater sebab takdak periuk.



Ni hasilnya bila 3 kali tukar air sampai dia lembut . Spaghetti rebus pun tanpa minyak + garam. Habislah heater mak aku. 


Bahan-bahannya


Tadaa. hasilnya.  Periuk pun atas belas ihsan si Tasnim. Thanks nimmm.

Cara masak kuah spaghetti adalah dengan mencampakkan semua benda yang telah dipotong + sos spaghetti + air. Tunggu sampai masak. Taraa dah siap.

Dengan ini spaghetti bolognese siap untuk dihidang. Thanks Umai mai tolong masak,


See ya in my next writing. 

Sincerely,
-nhb-
                                                                                                                                             30-04-19










Tiada ulasan:

Catat Ulasan