meta name="viewport" content="width=device-width, initial-scale=1” BLOG GADIS TINGGI LAMPAI: FIRST EXPERIENCE WITH WATERFALL ABSEILING, GOPENG PERAK

Selasa, 16 April 2019

FIRST EXPERIENCE WITH WATERFALL ABSEILING, GOPENG PERAK

Assalamualaikum w.b.t

So harini nak cite sikit la pasal yang aku join program Waterfall Abseiling under Kelab Unisains dan rekreasi USM. Hah ?? Waterfall Abseiling. Apa tu? Waterfall Abseiling sebenarnya aktiviti menuruni cerun air terjun guna tali.  Waterfall Abseiling yang aku join ni dekat Ulu Geruntum Gopeng Perak . Waterfall Abseiling bukan ada kat sini sahaja. Ada banyak lagi tempat lain yang lebih challenging and best. Tempat kiranya tak jauh sangat dari Gua Tempurung.

 First of all pada yang bertanya aku join ni kena bayar berapa apa semua ?? Aku  hanya bayar RM95 kiranya termasuk semua transport, makanan dan water abseiling tu and kena beli kasut getah . Aku just grab kasut getah kat Mydin Bukit Jambul dalam RM19 macam tu.Boleh jugak beli tempat lain harga boleh dapat RM10 ja. Tapi sebab nak yang lawa mahal sikit takpa. And harga sebenar  untuk beginner level waterfall abseiling  RM100++. Tapi sebab kami pi bawah program universiti mungkin dapat murah sikit.


First tu ,nampak kawan up poster pasal program. Terus macam search kat pak cik google apa ni ?? Pastu nampak macam best. Lepas tu terus register  nak join tanpa pikir panjang walaupun harga dia boleh buat duit poket dekat 2 minggu sebab aku paling tak kisah kena bayar mahal janji benda tu aku enjoy dan yang paling penting puas hati. Ni semuanya sebab takut seat habis punya pasal sebab buka limited seat ja.   Program ni 16 Mac 2019, Sabtu which is sebulan yang lepas .

                                                      Gambar before bertolak


Pastu lepas 2 jam lebih perjalanan sampailah kami di kawasan parking bas dekat pusat rekreasi Gua Tempurung. Kat situ ada surau, tandas, bilik mandi dan mak cik pak cik jual makanan. Ingatkan sampai-sampai terus buat aktiviti. Rupanyerr..??



Rupanya kena naik lori masuk ke kawasan pedalaman. Naiklah kami semua atas lori macam lembu nak kena korban. Dah naik tu ingatkan dekat ja rupanya jauh bebenor. Ada dekat 50 minit. Setelah 40 minit berdiri akhirnya kami tewas. Last last semua duduk.


Aku pun terpaksa menempuh onak dan duri mengelak pokok pokok kat tepi jalan untuk mengelakkan daripada dilibas oleh ranting-ranting pokok kepala , muka , badan semuanya. Tambah-tambah aku  tinggi pulak ranting pokok memang bedal aku dulu la. 




Dah sampai berjalan sikit ke kawasan waterfall. 



Ada sedikit explaination daripada instructor. 


Waterfall Ulu Geruntum ,Gopeng , Perak


Waktu baru sampai ni sapa ja tak happy. Tengok air terjun tinggi. Tenang ja rasa. Setelah lama tak mengadakan bonding dengan alam. Cewahh.   Yelah bukan selalu nak jumpa air terjun. Sempat jugak buat terapi air.

* yang aku peluk tu aku tak kenai pun . 


Waktu ni 12 tengah hari taw tapi dia punya air tu sejuk dik dik . 

Nak mula tu pun kena ikut turn sebab kami kan pi ramai. Alatan- alatan tu limited ja. So macam tukar-tukar la. 




Tibalah kegiliran aku untuk turun. Hooray..Turun benda ni sekejap ja. Nak start tu gerun weh dengan air laju. Pastu pikir antara hidup dan mati ja bila tengok bawah.  Tapi sumpah senang ja just ikut arahan macam instructor ajar. Tup tup dah sampai bawah.




Time ni aku dengan Hazira jatuh macam kerang busuk at the same time. Waktu ni macam ahh sudah nak bangun cemana nih. Tapi orang kata perjuangan harus diteruskan. Kan instructor dah pesan kat cerun tu hati-hati sikit. Kan dah jatuh. Dia kalau tersalah pijak ja memang akan jatuh. Before bangun tu sempat jugak feeling feeling tidur kat air. Sempat la sapu muka dengan air sejuk. Kalau nak bukak mulut minum air pun sempat sebab air memang jatuh betul betul kat muka. Nikmat Tuhan yang manakah yang engkau dustakan .


Menyempat je senyum bila ada camera. 



Meraikan kejayaan berjaya sampai kat bawah. Uwuuu..

And lepas makan nasi bungkus aku repeat kali kedua. Yang ni ikut suka la kalau sapa nak repeat ke tak . Ofkos la repeat best gila kot . Gagah hike pi kat atas balik. Baru berbaloi bayar mahal-mahal. Duit bukan jatuh dari langit taw. Entah bila masa pulak aku boleh join . 


Lepas settle aku pun turun kat tempat letak-letak beg.  Ada orang masakkan maggi. Siap bawak dapur lagi kot untuk masak maggi dalam hutan. Dengan perut lapar memang bedal la woii. 



Thank you Ventrex Outdoor for the best service. 


 Dah settle semua nak balik ke tempat parking bas.Time ni dah pukul 4 petang cam tu. Semua happy walaupun dah macam lembu nak kena korban atas lori.


Btw. Thanks Hazira and Izzah sudi terima ajakan I. 

*Before balik ada sembang-sembang sikit dengan instructor pasal harga. So dia cakap min pax dia terima 20 org . Dapat la dalam harga Rm100++. Pastu aku ada jugak tanya dia kalau macam tak datang dalam team kira macam mana harga sebab dekat sana ada nampak foreigner yang datang berdua macam tu. Dia kata boleh tapi harga sangat mahal .And Venture Outdoor ni ada jugak buat waterfall abseiling dekat Sg. Siput tapi yang ni lagi advance sebab 60 meter. Aku punya ni dekat Ulu Geruntum hanya 15 meter so memang sesuai untuk sapa yang pertama kali nak cuba.. And harga untuk dekat Sg. Siput ofkos lah lagi mahal dalam RM200 macam tu. So pray for me and pray for my wallet untuk the next level.  


Eventhough waterfall abseiling tak pernah ada pun dalam bucketlist aku tahun ni sebab tak pernah tahu pun tapi alhamdulillah dah merasa. My next bucketlist hiking G7 Mountain .Mudah- mudahan diberikan kelapangan masa dan kecukupan bajet .. hahaha. sebab costly sikit untuk hiking G7 sebab kena bermalam. 
Kasut getah yang kena pakai waktu buat aktiviti ni. Search je kasut getah hiking kat google.


 So kalau ada orang anjurkan program macam ni joinlah. Dapat murah + tak payah pikir pasal transport apa semua. And thank you pengarah program sebab buat program ni. 


MOVE ON PLISS 

There are things that chances come many times but there are also things that chances once. 
Choose what you want because life has many options. 


-HAVE A NICE DAY PEEPS AND HOPEFULLY ALL YOUR DREAMS COME TRUE -

What you want to be yours InshaAllah will be yours in one fine day. Just keep your praying because "Doa Senjata Mukmin"

See ya in my next writing. 
Sincerely, 
-nhb-



                                                                                                                                             17-04-2019






Tiada ulasan:

Catat Ulasan