Sabtu lepas aku pergi jalan-jalan Penang dengan kawan- kawan . Tujuan utama kami bukan untuk jalan-jalan pun tapi untuk shoot video untuk assignment titas (Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara ). so group aku memilih lokasi Masjid Terapung Tanjung Bungah Pulau Pinang sebagai tempat shooting.Acah sangat taw. So sewa je kereta 12 jam sebab nak pergi jalan-jalan sekali sebab jarang keluar berjalan sejak dok Penang selalu naik bas CAT.Haha. Kami gerak awal pagi dalam 8 pagi since aku yang drive so aku yang request nak keluar awal supaya tak jammed sangat. Hmm rupanya jammed gak pagi-pagi camtu. Hampeh..
Dengan semua tak sempat breakfast pergi shooting dulu before panas terik .Dalam 40 minit jugak dari USM sebab jalan agak sesak. Then sampailah Masjid Terapung Tanjung Bungah . Acah jer kami nak buat situ padahal kat USM pun boleh.
Mosque structure. Buiding kat luar nampak biasa ja tapi dalam a quite conducive.
Gigih weh set up camera nak shoot. Nampak tak berpayung bagai kita punya pengarah. Tong sampah pun boleh jadi base tripod.
Tangga ke tempat solat wanita ada ukiran kayu
SubhanAllah cantik sangat. Ni ruang solat wanita tingkat atas.
Tapi kita just guna view luar sahaja untuk shoot . Selepas 2 jam settle sebab semua dah hafal skrip. Perut pun berkeroncong .
Sempat snap air je sebab bila makan sampai semua serbu makan.
The view. The calmness . But still takleh lawan ombak kat Pantai Terengganu. Ombak dia kuat gila. Aku kalau lagi kuat ombak tu lagi tenang weh. Acah-acah menikmati makanan di tepi pantai.
Our next stop is Taman Negara Pulau Pinang ( National Park Penang ). Alang-alang dah dekat. Dan semua ni tak dirancang main redah je. Sebab kami tak rancang nak pergi berjalan memana pun . After upgrading my driving skill dengan selekoh di Batu Ferringhi . Fuhh feel gila drive jalan belok belok macam tu. Kat Perlis tak jumpalah jalan macam ni. Kami just datang je tapi takde tujuan. Sebenarnya semua datang nak cari air terjun sebab semua panas.
Fee untuk masuk tempat ni free of charge (FOC) so no need to worry. Ada banyak destinasi just pilih je nak pergi mana. Tapi kalau nak naik boat ke pulau-pulau boleh ambil package kat luar tempat ni. Ada booth untuk naik boat. Tak sure berapa harga sebab kami tak naik. Tak bajet untuk naik boat pun.(Bajet Student) .
Entrance National Park Penang (Sebelum pintu masuk ni ada banyak kedai-kedai kecik buat package as tour guide termasuk naik boat)
Just need to register and can ask at the counter if any inquiry. Everything is guided with board. Just look at the arrow.
At this moment Monkey Beach and Canopy Walk is closed.
dekat atas ada guide untuk kita nak pergi mana. So sebab kami nak pergi waterfall and lepas tanya kat kaunter pak cik tu cakap jalan je sebelum Canopy Walk nanti jumpa air terjun.
CHECKED IN
Perjalanan sebelum sampai Sungai TUKUN which is first stop ada laluan yang elok .
Kiranya takde pun naik turun .
After Sungai Tukun akan ada 2 laluan kiri dan kanan. Lepas belok ni jalan dah tak macam tadi. Naik turun macam hiking. So according to this board we should take right to arrive the waterfall. So continue with this one tapi dah jalan dekat sejam tak jumpa-jumpa lagi . Aah sudah semua dah pakat penat ,berpeluh habis . Sebab dekat map tulis dalam 35 minit sampai. And dah takde direction lepas tu . Lastly semua macam jom patah balik mandi dekat masjid je la..
Lepas sungai Tukun tu semua jalan turun naik. Last last semua give up patah balik.
Dan macam biasa penat ka tak penat gambar wajib ada. Ni jambatan gantung dekat Sungai Tukun.
Gigih taw semua pakat tukar baju nak mandi air terjun. Last-last. Hmm
Macam biasa si Pijah ngan si Umai tak pernah penat untuk bergambar biar berpeluh satu badan.
Acah feeling sangat Umai oii. Manakala si Mira dan si Put sudah give up balik ke entrance. Dan akhirnya photoshoot kami berdua terhenti apabila baru perasan monyet (monkey monkey ) sedang menggeledah beg si Umai.
InshaAllah will come again to hike here.
Sis panas.
Kalau naik boat ni bolehlah pergi ke Pantai Kerachut. Refer dekat map aku bagi kat atas.Ada banyak pulau-pulau termasuk Monkey Beach but this one closed temporarily. Kalau nak jalan pun boleh tapi dalam satu jam setengah jugak.
Tengah hangat lit-lit, kami pun pulang and pegi masjid untuk mandi dan solat. Masing-masing dah macam belacan.
Ada je ni teman si Umai beli barang dapur. Ehekss dekat Tesco Tanjung Pinang.
Pastu dah kul 5.40 petang misi menghantar si Put balik USM sebab dia ada meeting. So disebabkan tak mau rugi duit sewa kereta kami pun keluar balik berbaki masa 1 jam 30 minit. Cer teka kami pi mana ?
Ni semua sebab aku teringin nak pegi rooftop Setia Spice Penang. Angkut sekali dengan depa depa ni. Tempat ni dekat ja dengan USM dalam 10 minit. Tu yang gigih drive walaupun taw dekat pukul 7 malam dah.
SPICE Arena
108, Jalan Tun Dr Awang, Bayan Baru, 11900 Bayan Lepas, Penang
Ni rooftop Garden Setia Spice ye kawan-kawan. Level R1. Boleh berjoging atas ni. Boleh feeling-feeling. Boleh menenangkan kalau ada masalah. Pastu ada kawasan taman permainan untuk budak-budak. Haa kalau tak malu boleh pi main sekali. Tapi kalau ada masalah jangan dok mai terjun bangunan kat sini pulak.
Nak acah sweet pulak si Umai ni.
From Sem 1
Seluar track pun boleh .
Presenting our official unpaid photographer yang jarang nak behave bila bergambar.
Dah tu bila dah maghrib baru kalut nak balik USM. Thanks semua for this 12 hours.
Budget for this trip
Sewa kereta + minyak -- RM20 seorang
Makan --- RM20
Barang2 beli di Tesco-- RM10
TOTAL : RM50
Thanks Mira & Umai for this 20th birthday present. Patut aku perasan Umai selalu menghilang dalam Tesco tadi.
Thanks for this long writing meh. See ya in my next writing.
Sincerely.
-nhb-
23-4-2019
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan