meta name="viewport" content="width=device-width, initial-scale=1” BLOG GADIS TINGGI LAMPAI: Resepi Sagu Melaka Simple Dimple

Isnin, 15 April 2019

Resepi Sagu Melaka Simple Dimple

Assalamualaikum w.b.t

so yeah this is my first blogging after almost 5 year left it.

Sebenarnya start nak menulis balik sebab dah lama gila tak menulis gian pulak dan terpanggil nak share resepi yang mudah gila  ni sebab still ada kawan yang tak tahu . So harini nak share satu resepi simple yang aku rasa semua orang tahu buat tapi sebenarnya tak iaitu resepi "Sagu Gula Melaka Simple Dimple". Tambah tambah nak dekat bulan puasa ni so yeah jom pakat try resepi mudah ni. Senang ja resepi dia campak-campak dalam 10 minit terus siap.

Bahan untuk Sagu :
  • 1 bungkus bersaiz sederhana sagu 
( ikut la nak buat banyak mana. kalau aku buat setengah bungkus ja)
  • 1-2 helai  daun pandan disimpul
  • Air
Bahan untuk air Gula Melaka :
  • beberapa ketul gula melaka 
(ikut nak buat banyak mana air gula melaka)
  • 1 cawan air
  • 2-3 sudu gula pasir @ 4 sudu gula perang
(kalau guna gula perang letak banyak sikit sebab dia kurang manis berbanding gula pasir. dia manis-  manis buah gitchu)
  • 1-2 helai daun pandan disimpul
  • perisa sirap

Bahan untuk Santan :
  • 2 cawan santan pekat 
  • 1/3 cawan air 
  • Secubit garam (nak bagi rasa lemak-lemak sikit)

*Tapi aku tak guna santan just guna susu sejat Marigold ( ikut la nak guna brand apa pun tak kisah semua rasa sama ja). Beli ja kat kedai tak yah susah susah prepare santan. Bukan malas tapi kalau guna santan jadi loya.


Step by Step

1)  Letakkan sagu banyak mana yang kita nak dalam penapis santan. Alirkan dengan air paip untuk basuh . Pastu jangan pegang dah sagu tu sebab satgi hancur.

2) Didihkan air bagi betul betul panas dalam periuk. Air ni ikut la nak letak setengah periuk ka macam mana. Agak -agak ja. Senang ja resepi ni semua agak-agak ja.

3)  Bila dah didih masukkan terus sagu dalam air tengah didih dan gaulkan guna senduk kayu seeloknya. Gaulkan sampai dia masak sebati.Masukkan sedikit perisa sirap untuk nak bagi warna. Nanti lama-lama dia akan macam melekat sagu- sagu tu. Masak sampai sagu tu tukar jernih dah takde putih putih.

4) Dah siap tu terus masukkan dalam bekas yang ampa nak. Tak kisah la bentuk apa pun takpa. Kalau aku terus masukkan dalam bekas aiskrim yang besar tu terus senang. Nanti nak makan pandai-pandai cedok sendiri.

5) Then, ketepikan sagu tu . Sementara tunggu dia sejuk boleh terus sediakan air gula melaka.

6)Didihkan air dan masukkan gula melaka bagi dia larut pastu masukkan gula pasir dan pandan. Tunggu bagi semua larut then tutup api. Boleh sambung masak santan pula yang memilih untuk gunakan santan. Bagi dia masak then tutup api

7) Setelah sagu tadi sejuk masukkan dalam peti sejuk . Jangan lupa masukkan sekali susu sejat dalam peti sejuk. barulah syok sikit nak makan. Nanti 2-3 jam bawak keluar la nak makan. Ataupun tunggu waktu berbuka masuk dulu baru keluarkan.

8) Boleh juga tambah ais kiub untuk yang suka makan sejuk sejuk.




              Gambar ni curi pak cik gooogle ja sebab tak pernah snap gambar pun waktu buat.


P/s : Kalau untuk first timer yang buat jangan risau kalau terlembik ka apa biasalah sebab kita tak pandai agak lagi. Nanti bila dah banyak kali buat main campak-campak ja terus siap.  Keep trying and trying because practice makes perfect . So yeahh go girl and try yours.

*SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT MAJU JAYA*

May all of us will given another breathe and chances for this upcoming Ramadhan 1440 Hijr.

Hope to see you again in my next writing.


Sincerely,
-nhb-


                                                                                                                                            15-4-2019




Tiada ulasan:

Catat Ulasan