meta name="viewport" content="width=device-width, initial-scale=1” BLOG GADIS TINGGI LAMPAI: April 2019

Selasa, 30 April 2019

Spaghetti Bolognese Mudah Ala Ala duduk Hostel

Assalamualaikum w.b.t

Minggu lepas tiba-tiba teringin gila nak makan spaghetti. Pastu mulalah merempit pi Mydin Bukit Jambul cari barang-barang. Pastu pergi dekat bahagian Sos Spaghetti mulalah mencari Sos Spaghetti Kimball sebab si Umai cadangkan suruh beli yang ni. Biasanya aku guna yang Prego punya, Pastu bila sampai kat bahagian ni gigih cari yang kimball punya tapi rasa tak yakin betul ke sos spaghetti yang Kimball and Prego ni sama. And dengan muka tak malunya dan dengan sopan santunnya tanya mak cik sebelah tu. "Akak, yang Kimball ni sama ke dengan Prego ni " Pastu dia pun jawab aah sama je. And dia suggestkan ambik pack yang 2 Sos Spaghetti + free 1 Spaghetti sebab lagi jimat .  Tapi masalahnya yang dia cakap tu takde kat kawasan tu. Dia cakap ada kat bahagian yang promosi. Aku pun gigih la cari 4 kali pusing first floor cari benda ni. Kali ke 5 baru jumpa dah nak terlucut kaki aku.


                   RM9.20 waktu aku beli. Kalau beli satu-satu 1 bekas tu harga RM4.++.


Akhirnya dapat semua bahan yang dicari :

Sos Spaghetti 
Spaghetti
Sosej ayam 
1 biji Bawang merah
1 tomato
1 biji lobak merah 
( ni Umai suruh sebab dia baca kat blog ada orang masukkan lobak merah. Aku pun ikutkan je)

BUDGET
RM13
(Boleh makan sampai malam yang pasti  sampai kenyang)


Yang lawaknya time nak timbang barang tu aku dengan menahan malu pi timbang sebiji tomato, sebiji lobak , dan sebiji bawang merah. Yang pak cik mak cik belakang aku semua satu troli sayur sahaja. 



Balik tu terus masak. Ni inovasi masak spaghetti dalam heater sebab takdak periuk.



Ni hasilnya bila 3 kali tukar air sampai dia lembut . Spaghetti rebus pun tanpa minyak + garam. Habislah heater mak aku. 


Bahan-bahannya


Tadaa. hasilnya.  Periuk pun atas belas ihsan si Tasnim. Thanks nimmm.

Cara masak kuah spaghetti adalah dengan mencampakkan semua benda yang telah dipotong + sos spaghetti + air. Tunggu sampai masak. Taraa dah siap.

Dengan ini spaghetti bolognese siap untuk dihidang. Thanks Umai mai tolong masak,


See ya in my next writing. 

Sincerely,
-nhb-
                                                                                                                                             30-04-19










Khamis, 25 April 2019

Tuesday Love Letter from aidaazlin

Assalamualaikum w.b.t

In the name of Allah, the most Gracious the most Merciful. Today it just a short sharing, I want to share to all women out day about Tuesday Love Letter from aidaazlin. Come can join AA Sisterhood that have almost 52,000 community of women from all over the world. We also have facebook page that we can share  what we want to share there.

Since I join this group by subscribing Tuesday Love Letter , every Tuesday I got my Tuesday Love Letter. The letter is write  by her experience( Aida Azlin) . I want to say that every of her word give me strength and make me reflect in whatever happnr in our life.It just like everything happen for a reason. And most of the her word make me return to my Creator. When you already read the letter you  will know what I mean. Besides, you can also watch her interesting videos in Youtube .




This is the pretty girl that I'm talk about. She Singaporean but lived in Morocco now.



If you are interested, kindly drop your email at aidaazlin.com . And InshaAllah she will reach you by email.  See you there .

THIS IS SPECIALLY CREATED FOR A WOMAN . DO JOIN OUR 52,0000 COMMMUNITY FROM ALL AROUND THE WORLD.


Meet you in my next writing . 


Sincerely,
-nhb-

                                                                                                                                             26-04-2019

Ijazah Sarjana Muda Sains Kimia USM

Assalamualaikum w.b.t

Sebenarnya taknak pun tulis pasal ni tapi sebab ada junior yang tanya pasal kos Kimia di USM. So meh nak terangkan sikit. Nak terang banyak tak berapa tahu sangat sebab aku tahun pertama pun habis lagi. Dekat Universiti Sains Malaysia Kampus Induk ada menawarkan tiga kursus Kimia di bawah Pusat Pengajian Sains Kimia ( School of Chemical SCiences)

So ada 3 jenis kursus yang boleh pilih iaitu Kimia Tulen (Pure Chemistry), Kimia Analisis (Analytical Chemistry) dan Kimia Industri ( Industrial Chemistry ). So korang pilih ja yang mana berkenan di hati. Tapi make sure minat kalau tak mau merana 4 tahun. Persamaan ketiga-tiga ni adalah once graduate you are graduating as a chemist. So takde beza pun sebenarnya just ada certain subjek yang diambil berbeza . Yang sama mostly 50%. Start tahun 3 rasanya baru macam banyak tak sama.



Bachelor in Industrial Chemistry


Bachelor in Pure Chemistry

Bachelor in Analytical Chemistry


*Aku dah bagi panduan pandai pandai la engko baca.



Ini pulak total credit/ unit yang perlu (wajib) ambik untuk graduate bagi pelajar kimia.
 Kalau nak lebih ikut suka engko.



Ni je yang share. Tengok betul-betul subjek yang perlu diambil. Kang tak pasal menyesal 4 tahun. And untuk setiap universiti subjek yang perlu diambil lain walaupun graduate dalam bidang yang sama.


Image result for school chemical sciences usm

Nah lanje gambar school jap.

KALAU NAK TENGOK SHORT CAMPUS TOUR klik sini

KALAU NAK TENGOK SHORT VLOG USM PENANG MAIN CAMPUS TOUR.

KALAU NAK TENGOK SEMUA SCHOOL DI USM PENANG klik sini

Till meet again in my next writing.


YOU GIVE EFFORT TODAY FOR THE SUCCESS IN THE FUTURE.

Soncerely,
-nhb- 


                                                                                                                                             25-04-2019


Selasa, 23 April 2019

Jalan Jalan Penang

Assalamualaikum w.b.t.

Sabtu lepas aku pergi jalan-jalan Penang dengan kawan- kawan . Tujuan utama kami bukan untuk jalan-jalan pun tapi untuk shoot video untuk assignment titas (Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara ). so group aku memilih lokasi Masjid Terapung Tanjung Bungah Pulau Pinang sebagai tempat shooting.Acah sangat taw. So sewa je  kereta 12 jam sebab nak pergi jalan-jalan sekali sebab jarang keluar berjalan sejak dok Penang selalu naik bas CAT.Haha. Kami gerak awal pagi dalam 8 pagi since aku yang drive so aku yang request nak keluar awal supaya tak jammed sangat. Hmm rupanya jammed gak pagi-pagi camtu. Hampeh..

Dengan semua tak sempat breakfast pergi shooting dulu before panas terik .Dalam 40 minit jugak dari USM sebab jalan agak sesak. Then sampailah Masjid Terapung Tanjung Bungah . Acah jer kami nak buat situ padahal kat USM pun boleh.



Mosque structure. Buiding kat luar nampak biasa ja tapi dalam a quite conducive.


Gigih weh set up camera nak shoot. Nampak tak berpayung bagai kita punya pengarah. Tong sampah pun boleh jadi base tripod.

 Tangga ke tempat solat wanita ada ukiran kayu 


SubhanAllah cantik sangat. Ni ruang solat wanita tingkat atas.

Tapi kita just guna view luar sahaja untuk shoot . Selepas 2 jam settle sebab semua dah hafal skrip. Perut pun berkeroncong .





Sempat snap air je sebab bila makan sampai semua serbu makan. 


The view. The calmness . But still takleh lawan ombak kat Pantai Terengganu. Ombak dia kuat gila. Aku kalau lagi kuat ombak tu lagi tenang weh. Acah-acah menikmati makanan di tepi pantai.



Our next stop is Taman Negara Pulau Pinang ( National Park Penang ). Alang-alang dah dekat. Dan semua ni tak dirancang main redah je. Sebab kami tak rancang nak pergi berjalan memana pun . After upgrading my driving skill dengan selekoh di Batu Ferringhi . Fuhh feel gila drive jalan belok belok macam tu. Kat Perlis tak jumpalah jalan macam ni. Kami just datang je tapi takde tujuan. Sebenarnya semua datang nak cari air terjun sebab semua panas. 

Fee untuk masuk tempat ni free of charge (FOC) so no need to worry. Ada banyak destinasi just pilih je nak pergi mana. Tapi kalau nak naik boat ke pulau-pulau boleh ambil package kat luar tempat ni.  Ada booth untuk naik boat. Tak sure berapa harga sebab kami tak naik. Tak bajet untuk naik boat pun.(Bajet Student) . 


Entrance National Park Penang (Sebelum pintu masuk ni ada banyak kedai-kedai kecik buat package as tour guide termasuk naik boat)


Just need to register and can ask at the counter if any inquiry. Everything is guided with board. Just look at the arrow. 

At this moment Monkey Beach and Canopy Walk is closed.

dekat atas ada  guide untuk kita nak pergi mana. So sebab kami nak pergi waterfall and lepas tanya kat kaunter pak cik tu cakap jalan je sebelum Canopy Walk nanti jumpa air terjun. 


CHECKED IN 




Perjalanan sebelum sampai Sungai TUKUN which is first stop ada laluan yang elok .
Kiranya takde pun naik turun .


After Sungai Tukun akan ada 2 laluan kiri dan kanan. Lepas belok ni jalan dah tak macam tadi. Naik turun macam hiking.  So according to this board we should take right to arrive the waterfall. So continue with this one tapi dah jalan dekat sejam tak jumpa-jumpa lagi . Aah sudah semua dah pakat penat ,berpeluh habis . Sebab dekat map tulis dalam 35 minit sampai. And dah takde direction lepas tu  . Lastly semua macam jom patah balik mandi dekat masjid je la..


Lepas sungai Tukun tu semua jalan turun naik. Last last semua give up patah balik.


Dan macam biasa penat ka tak penat gambar wajib ada. Ni jambatan gantung dekat Sungai Tukun.
Gigih taw semua pakat tukar baju nak mandi air terjun. Last-last. Hmm



Macam biasa si Pijah ngan si Umai tak pernah penat untuk bergambar biar berpeluh satu badan. 


Acah feeling sangat Umai oii. Manakala si Mira dan si Put sudah give up balik ke entrance. Dan akhirnya photoshoot kami berdua terhenti apabila baru perasan monyet (monkey monkey ) sedang menggeledah beg si Umai.


InshaAllah will come again to hike here.


Sis panas.



Kalau naik boat ni bolehlah pergi ke Pantai Kerachut. Refer dekat map aku bagi kat atas.Ada banyak pulau-pulau termasuk Monkey Beach but this one closed temporarily. Kalau nak jalan pun boleh tapi dalam satu  jam setengah jugak.

Tengah hangat lit-lit, kami pun pulang and pegi masjid untuk mandi dan solat. Masing-masing dah macam belacan. 


Ada je ni teman si Umai beli barang dapur. Ehekss dekat Tesco Tanjung Pinang. 

Pastu dah kul 5.40 petang misi  menghantar si Put balik USM sebab dia ada meeting. So disebabkan tak mau rugi duit sewa kereta kami pun keluar balik berbaki masa 1 jam 30 minit.  Cer teka kami pi mana ? 



Ni semua sebab aku teringin nak pegi rooftop Setia Spice Penang. Angkut sekali dengan depa depa ni. Tempat ni dekat ja dengan USM dalam 10 minit. Tu yang gigih drive walaupun taw dekat pukul 7  malam dah.


SPICE Arena
108, Jalan Tun Dr Awang, Bayan Baru, 11900 Bayan Lepas, Penang



Ni rooftop Garden Setia Spice ye kawan-kawan. Level R1. Boleh berjoging atas ni. Boleh feeling-feeling. Boleh menenangkan kalau ada masalah. Pastu ada kawasan taman permainan untuk budak-budak. Haa kalau tak malu boleh pi main sekali. Tapi kalau ada masalah jangan dok mai terjun bangunan kat sini pulak. 


Nak acah sweet pulak si Umai ni.


From Sem 1 


Seluar track pun boleh .


Presenting our official unpaid photographer yang jarang nak behave bila bergambar.


Dah tu bila dah maghrib baru kalut nak balik USM. Thanks semua for this 12 hours.


Budget for this trip
Sewa kereta + minyak -- RM20 seorang 
Makan --- RM20 
Barang2 beli di Tesco-- RM10
TOTAL : RM50




Thanks Mira & Umai for this 20th birthday present. Patut aku perasan Umai selalu menghilang dalam Tesco tadi.



Thanks for this long writing meh. See ya in my next writing.


Sincerely.
-nhb-   
                                                                                                                                               23-4-2019









 . 












Selasa, 16 April 2019

FIRST EXPERIENCE WITH WATERFALL ABSEILING, GOPENG PERAK

Assalamualaikum w.b.t

So harini nak cite sikit la pasal yang aku join program Waterfall Abseiling under Kelab Unisains dan rekreasi USM. Hah ?? Waterfall Abseiling. Apa tu? Waterfall Abseiling sebenarnya aktiviti menuruni cerun air terjun guna tali.  Waterfall Abseiling yang aku join ni dekat Ulu Geruntum Gopeng Perak . Waterfall Abseiling bukan ada kat sini sahaja. Ada banyak lagi tempat lain yang lebih challenging and best. Tempat kiranya tak jauh sangat dari Gua Tempurung.

 First of all pada yang bertanya aku join ni kena bayar berapa apa semua ?? Aku  hanya bayar RM95 kiranya termasuk semua transport, makanan dan water abseiling tu and kena beli kasut getah . Aku just grab kasut getah kat Mydin Bukit Jambul dalam RM19 macam tu.Boleh jugak beli tempat lain harga boleh dapat RM10 ja. Tapi sebab nak yang lawa mahal sikit takpa. And harga sebenar  untuk beginner level waterfall abseiling  RM100++. Tapi sebab kami pi bawah program universiti mungkin dapat murah sikit.


First tu ,nampak kawan up poster pasal program. Terus macam search kat pak cik google apa ni ?? Pastu nampak macam best. Lepas tu terus register  nak join tanpa pikir panjang walaupun harga dia boleh buat duit poket dekat 2 minggu sebab aku paling tak kisah kena bayar mahal janji benda tu aku enjoy dan yang paling penting puas hati. Ni semuanya sebab takut seat habis punya pasal sebab buka limited seat ja.   Program ni 16 Mac 2019, Sabtu which is sebulan yang lepas .

                                                      Gambar before bertolak


Pastu lepas 2 jam lebih perjalanan sampailah kami di kawasan parking bas dekat pusat rekreasi Gua Tempurung. Kat situ ada surau, tandas, bilik mandi dan mak cik pak cik jual makanan. Ingatkan sampai-sampai terus buat aktiviti. Rupanyerr..??



Rupanya kena naik lori masuk ke kawasan pedalaman. Naiklah kami semua atas lori macam lembu nak kena korban. Dah naik tu ingatkan dekat ja rupanya jauh bebenor. Ada dekat 50 minit. Setelah 40 minit berdiri akhirnya kami tewas. Last last semua duduk.


Aku pun terpaksa menempuh onak dan duri mengelak pokok pokok kat tepi jalan untuk mengelakkan daripada dilibas oleh ranting-ranting pokok kepala , muka , badan semuanya. Tambah-tambah aku  tinggi pulak ranting pokok memang bedal aku dulu la. 




Dah sampai berjalan sikit ke kawasan waterfall. 



Ada sedikit explaination daripada instructor. 


Waterfall Ulu Geruntum ,Gopeng , Perak


Waktu baru sampai ni sapa ja tak happy. Tengok air terjun tinggi. Tenang ja rasa. Setelah lama tak mengadakan bonding dengan alam. Cewahh.   Yelah bukan selalu nak jumpa air terjun. Sempat jugak buat terapi air.

* yang aku peluk tu aku tak kenai pun . 


Waktu ni 12 tengah hari taw tapi dia punya air tu sejuk dik dik . 

Nak mula tu pun kena ikut turn sebab kami kan pi ramai. Alatan- alatan tu limited ja. So macam tukar-tukar la. 




Tibalah kegiliran aku untuk turun. Hooray..Turun benda ni sekejap ja. Nak start tu gerun weh dengan air laju. Pastu pikir antara hidup dan mati ja bila tengok bawah.  Tapi sumpah senang ja just ikut arahan macam instructor ajar. Tup tup dah sampai bawah.




Time ni aku dengan Hazira jatuh macam kerang busuk at the same time. Waktu ni macam ahh sudah nak bangun cemana nih. Tapi orang kata perjuangan harus diteruskan. Kan instructor dah pesan kat cerun tu hati-hati sikit. Kan dah jatuh. Dia kalau tersalah pijak ja memang akan jatuh. Before bangun tu sempat jugak feeling feeling tidur kat air. Sempat la sapu muka dengan air sejuk. Kalau nak bukak mulut minum air pun sempat sebab air memang jatuh betul betul kat muka. Nikmat Tuhan yang manakah yang engkau dustakan .


Menyempat je senyum bila ada camera. 



Meraikan kejayaan berjaya sampai kat bawah. Uwuuu..

And lepas makan nasi bungkus aku repeat kali kedua. Yang ni ikut suka la kalau sapa nak repeat ke tak . Ofkos la repeat best gila kot . Gagah hike pi kat atas balik. Baru berbaloi bayar mahal-mahal. Duit bukan jatuh dari langit taw. Entah bila masa pulak aku boleh join . 


Lepas settle aku pun turun kat tempat letak-letak beg.  Ada orang masakkan maggi. Siap bawak dapur lagi kot untuk masak maggi dalam hutan. Dengan perut lapar memang bedal la woii. 



Thank you Ventrex Outdoor for the best service. 


 Dah settle semua nak balik ke tempat parking bas.Time ni dah pukul 4 petang cam tu. Semua happy walaupun dah macam lembu nak kena korban atas lori.


Btw. Thanks Hazira and Izzah sudi terima ajakan I. 

*Before balik ada sembang-sembang sikit dengan instructor pasal harga. So dia cakap min pax dia terima 20 org . Dapat la dalam harga Rm100++. Pastu aku ada jugak tanya dia kalau macam tak datang dalam team kira macam mana harga sebab dekat sana ada nampak foreigner yang datang berdua macam tu. Dia kata boleh tapi harga sangat mahal .And Venture Outdoor ni ada jugak buat waterfall abseiling dekat Sg. Siput tapi yang ni lagi advance sebab 60 meter. Aku punya ni dekat Ulu Geruntum hanya 15 meter so memang sesuai untuk sapa yang pertama kali nak cuba.. And harga untuk dekat Sg. Siput ofkos lah lagi mahal dalam RM200 macam tu. So pray for me and pray for my wallet untuk the next level.  


Eventhough waterfall abseiling tak pernah ada pun dalam bucketlist aku tahun ni sebab tak pernah tahu pun tapi alhamdulillah dah merasa. My next bucketlist hiking G7 Mountain .Mudah- mudahan diberikan kelapangan masa dan kecukupan bajet .. hahaha. sebab costly sikit untuk hiking G7 sebab kena bermalam. 
Kasut getah yang kena pakai waktu buat aktiviti ni. Search je kasut getah hiking kat google.


 So kalau ada orang anjurkan program macam ni joinlah. Dapat murah + tak payah pikir pasal transport apa semua. And thank you pengarah program sebab buat program ni. 


MOVE ON PLISS 

There are things that chances come many times but there are also things that chances once. 
Choose what you want because life has many options. 


-HAVE A NICE DAY PEEPS AND HOPEFULLY ALL YOUR DREAMS COME TRUE -

What you want to be yours InshaAllah will be yours in one fine day. Just keep your praying because "Doa Senjata Mukmin"

See ya in my next writing. 
Sincerely, 
-nhb-



                                                                                                                                             17-04-2019