meta name="viewport" content="width=device-width, initial-scale=1” BLOG GADIS TINGGI LAMPAI

Sabtu, 14 Oktober 2023

3 HARI 2 MALAM DIY TRIP HATYAI

 Assalaumualaikum. 

Finally selepas setahun tak menulis ye. So sharing kalini kita straight forward cerita pasal trip DIY Hatyai. Of course aku lah yang kena plan itinerari since aku orang Perlis dan biasa ke sana. Awalnya 4 orang sahaja termasuk aku pastu tetiba sorang ex-dormmmate aku nak ikut so jadi 5 orang. 

Semua dah settle iaitu tiket bas TBS-Perlis-TBS dan duit hotel 3 hari 2 malam. Memang plan untuk pergi 31hb Ogos since semua orang cuti hari Merdeka. Aku memang confirm cuti sebab baru resign hahahaha. 

Kami try untuk ambik ETS dari KL Sentral ke Padang Besar tapi tiket habis pastu bas direct TBS-Hatyai-TBS pun habis. Tiket memang selalu sold out walaupun kita dah stand by awal so ini adalah pilihan terakhir. So tiket TBS-kangar-TBS total RM115. Naik bas malam time Subuh sampai Perlis.


Day 1 Hatyai 

 Abah aku datang pickup di Stesen bas Kangar, pastu berhenti solat di masjid then trus hantar ke KTM Arau. Dari KTM Arau ambik train ke KTM Padang Besar. Disinilah kami akan naik train ke Hatyai. So KTM Arau-Pdg Besar RM3.20 rasanya. 

    Dari TBS

Pagi tu, mak aku memang dah bekalkan bihun goreng so tak perlu susah cari breakfast. Tunggu pukul 9 baru kaunter train ke Hatyai akan buka. Seorang RM8 @ 50 bath. Train dijadualkan 9.55 pagi tpi time kami pergi pukul 12 baru jalan and time kawan aku pergi pun memang 12 tgh hari baru jalan . Perjalanan ambik masa selama 1 jam sahaja. Nak settle urusan immigration agak lama jugak sebab ramai sangat sangat time tu cuti Merdeka . Pukul 11 lebih baru dapat masuk train. Kaunter tiket still tutup awal walaupun train tak berjalan lagi. Sehari hanya 2 train sahaja akan ke Hatyai iaitu 9.55 pagi dan 4.55 ptg . So kalau let say tertinggal train ke apa just naik van sahaja masuk ke Hatyai seorang RM30 still sejam perjalanan. Van akan berhenti di area Lee Garden. 


Di kawasan kaunter beli tiket train memang ada banyak peniaga jual simkad dan agensi untuk sesiapa nak naik van masuk ke Hatyai. Aku ambik simkad RM28 untuk 7 hari walaupun hanya pergi 3 hari sebab itu pakej paling murah yang ada . RM28 unlimited data boleh share hotspot juga unlimited. Kalau tak silap brand DTAC. Orang kedai tu memang pasang siap siap dan terus boleh guna line Thai di KTM Padang Besar tu jugak . Since kami semua 5 orang jadi kami beli 2 incase nak berpisah bila cari barang . So RM56/5 =RM11

After sejam dah sampai di Hatyai railway Station kami terus berjalan ke Kaitod Decha . Malas ambil grab or tuktuk sebab macam nak spend on benda lain so berjalanlah 800 m tengah hangat rembang dan bergalas beg. Sampai di Kaitod Decha orang memang ramai ahh so kena ambik no tunggu giliran nak masuk. So kawan aku beli buah di depan kedai kaitod decha dulu. 

            Kedai buah depan Kaitod Decha

Selepas sejam macamtu la baru dapat masuk dan order. Tak berapa lama tunggu makanan rasanya dalam 20-40 minit. Kami tak order banyak since nanti tempat lain memang nak makan lagi sebab hatyai ni memang datang nak makan je la. 

Total 777 bath dalam RM103 since time aku tukar tu rate 7.52 . Kami order thai tea yang berbuih 2, green tea 1, sup 1, tomyam 1, nasi khao mok 1, pulut ayam 1 , nasi putih 1 dan  satu set ayam 5 ketul 1. 2-3 ketul bawak balik hotel ayam tu sebab kenyang sangat. Sorang dalam RM 20 . 

Makanan review : nasi khao mok (nasi terlalu manis), pulut ayam ( pulut keras sikit) yang lain just nice. Next kami ambil grab tuktuk since kami 5 orang so dalam 200 bath since hotel kami luar dari pekan. Kami terpilih hotel yang jauh dari city which is 6 km macamtu dari pekan so memang nak balik hotel kena naik grab/maxim. So peringatan untuk yang datang hatyai guna train better ambik di kawasan pekan contohnya area lee garden.  

Tapi kami okay sahaja sebab aku puas hati dengan service dan hotel kami pilih. Hotel agak baru, murah dan puas hati la. Kebanyakan yang stay situ yang masuk Hatyai dengan kereta. Untuk family sangat recommended sebab parking luas dan kawasan jauh sikit dari pekan. Ada kawasan swimming pool jugak untuk adults and kids. 2 malam RM360 so sorang hanya bayar RM72. Kami ambil dua bilik. Dah sampai hotel semua berehat dan solat semua dulu since semua memang barai balik kerja Rabu petang terus rushing pergi TBS hahahaha. Pukul 4.30 petang Thailand macamtu keluar balik.

 Thailand lambat sejam sahaja dari Malaysia so rasa macam masa panjang lagi la. Every time nak book transport better check both grab and maxim untuk compare harga .  Then kami ambil maxim ke Central Festival Mall kena dalam 200 bath jugak. Pergi situ sebab kawan aku nak cari skincare dekat Boots and makeup dekat Beautirium. Ronda jugak area food court di bawah tu tpi beli sikit sahaja since memang nak pergi makan di Asean Night Market. Pukul 7.50 malam macam tu kami berjalan keluar ke Asean Night Market. Kat sini memang banyak spend  untuk makanan. Kami beli and makan share sama sama pastu balik balik hotel buat kira-kira bahagi sama rata. Rasanya total dalam RM150 jugak untuk 5 orang. So sorang dalam RM30. Yang sempat rasa ialah nutella pancake ( this one famous di Thailand terutamanya tapi maybe sebab tak terus makan time panas panas so liat dan keras dah), pad thai ( first time aku nak try pad thai tapi bagi aku meh), Udang besar 100 bath ( buat ghaso ghaso), kerabu maggi ( yang ni cukup rasa beb mantap), maggi sup ( ni marvellous jugak), pulut mangga ( aku tak makan ), dan air. 


                   

Then , jalan jalan area bawah tu dan terus ke Greenway Night Market. Dekat Greenway Night Market tu banyak jual baju, jean mostly pakaianlah. Macam pakaian bundle pun banyak kat sini.  Dekat situ pun ada foodcourt rasanya lagi teratur tapi aku suggest dekat depa suruh makan banyak dekat Asean Night Market since ramai kata price disitu paling murah. Tak overprice la. So memang tak masuk Greenway punya food court sebab situ ada sistem kena beli kad untuk beli makanan. So malas dan memang dah kenyang sangat .  

Selepas selesai order Maxim sekali van toyota HIACE sampai memang rasa macam nak pergi rombongan weh hahahhaa. Dalam 200 bath juga untuk balik ke hotel. Dalam pukul 10 malam kami bertolak balik ke hotel.


Day 2 Hatyai 

Aku dah book siap siap dari Malaysia dengan pak cik Tuktuk sebab malas nak cari dekat sana since hotel kami luar pekan. So decide ambik je la pakcik ni since dia fasih bahasa Melayu. Book pak cik ni tapi tak perlu bayar apa apa lagi sampai habis trip. Pak Cik tu bagi rate 1800 bath dalam RM239 untuk 12 jam. Aku tak nego pun sebab nak demand hantar pi mana mana senang hahahaha. Orang dalam Tiktok kata boleh nego lagi tu sampai 1400-1500 bath . Okay next time aku try nego. Tapi alhamdulillah pak cik ni Islam dan fasih melayu so senang sangat sangat . Aku anggap rezeki kami dapat pak cik ni. 

Deal dengan pak cik tu ambil depan hotel kami 8.30 pagi. 8.15 dia sampai dah. So harini hari yang panjang la kiranya keluar pagi balik malam. Since dah book tuktuk so boleh mintak dia bawak pi mana mana saja. Since aku book utk cover area Hatyai and Songkhla so memang kena guna semaksimanya. 

Terus gerak ke Kimyong Market since plan untuk breakfast nasi khao mok Kaitod Meena yang Khairul Aming pi. Tapi kami sampai awai pukul 9 so masuk dulu pasar Kimyong untuk kawan aku beli kacang kacang dan pes tomyam situ. Total 5 orang beli barang habis RM900++ . As aku compare dengan harga di Padang Waremart Padang Besar Malaysia most of barang dekat Malaysia murah lagi. Tapi aku bagi je la kawan aku beli situ since aku tak masukkan dalam plan untuk bawa depa pi Padang Besar.

Kaitod Meena tu buka pukul 10 pagi so after dah habis membeli baru pergi Kaitod Meena ya Allah panjang betul barisan and kami dapat no giliran 74. Since macam lama lagi kami call pak cik tu suruh hantar ke Lee Garden area . Walaupun dekat ja tapi sebab dah bayar so tiberr malas jalan kaki. Pastu memang kebetulan sangat pak cik tu drop kami dekat outlet Toro Fries yang baru buka. Rezeki sangat weh buy 1 free 1 sebab nak launch outlet baru. Sebab semalam macam nak beli di Central Festival Mall tapi panjang gilosss beratur so cancel. Tapi bagi aku memang sedap makan panas panas fuh. Terliur teringat yang flavour wasabi. Satu kalau tak silap 139 bath. 

Area Lee Garden dan green tea Kaitod Meena. Green tea dia kaw sedapppp

Kami jalan jalan area lee garden, ada 7E , money changer , kedai jual cenderamata so beli siap siap lahh untuk adik adik aku. Pukul 11.50 pagi terus call pak cik tuktuk suruh ambik kami bawak pergi semula ke Kaitod Meena. Time sampai tu baru no 45 so memang no kita kena cancel plan kita. Nasib ada makanan 7E kami beli boleh la breakfast atas tuktuk tu. Terus ke Masjid Central Songkhla tempat orang Malaysia selalu mai menikah di Siam. Dulu aku pernah mai tapi time tu tak siap sepenuhnya lagi. Kebetulan orang solat Jumaat so kami bergambar gambar dulu sementara tunggu pak cik tu gi solat Jumaat. 

Songkhla Central Mosque

Pukul 1.30 tengah hari macam tu terus ke Samila Beach Songkhla. Rasanya macam ada sport day songkhla minggu tu ramai orang dan ada event dekat tepi pantai memang meriah la. Sebelum naik van ke lokasi seterusnya kami beli makanan untuk isi perut dulu. Bagi aku tak banyak berubah Samila Beach sangat macm aku mai 2019 dulu. Lama sangat weh aku tak masuk sana. 

  

Lepas tu pergi ke Songkhla Old Town dia macam ala ala Street Art Penang macm tu . Bagi aku cantik dan ni first time aku datang. And I wish I can spend more time kat sini. Tak sempat jalan banyak sebab nak pergi ke floating Market pulak lepas tu. Kami pula tak makan yang heavy lagi so memang kena cepat cepat sebab semua dah kebulur. 

Sebelum tu suruh pacik tu berhenti dekat mana mana ada cafe Amazon . Pak cik tu berhenti dekat stesen minyak yang ada 7 E jugak so yang coffee dekat cafe amazon tak beli pun semua pergi serbu 7E. Harga cafe amazon sangat sangat murah berbanding Starbuck dan outlet dia pun merata rata di Thailand. 

Plannya nak solat di floating market tapi ramai bebenor . So take note better elakkan tempatpelancongan kalau nak solat. So decide untuk beli makanan pastu suruh pak cik tu bawak ke masjid or surau berdekatan. Dekat sini aku tak ingat beli makanan apa sebab kali ni semua beli sendiri sendiri pastu pakat pakat rasa. Bagi aku disini makanan dia takdak la sedap mana buat ghaso ghaso je la. Aku bawak je la kawan aku kesini since depa tak pernah sampai. 

Since next destination adalah Bingsu Nom6 yang baru viral di tiktok so pak cik tu bagitau situ ada surau jadi terus ke situ lahhh. Agak lama juga menunggu dekat sejam. Kami hanya order satu sahaja since semua pakat kenyang lagi. Harga dalam 139 bath kami ambik thai tea punya flavour. Mantap beb. Harga dalam 139 bath . 


Pak cik tu ada singgah 7E kebetulan kawan aku nak borong burger banyak banyak. Terlalu banyak dah 7E kami masuk mostly burger tak banyak tapi dekat sini banyak stok weh . Rezeki.  


Burger CP dan pelam yang vendor Malaysia jual RM10 kat sana baru RM3+. Tak dilupakan air Meiji. 


Since dah dekat pukul 8 malam kami suruh pak cik hantar balik hotel terus. Memang barai semua. 
Kami tak pergi ke Chang Puak Camp sebab tak berminat dan Chabura Dimsum since ada kata biasa sahaja. 


Tengok lah depa borong yang pada mulanya takmau apa sangat. 

Day 3 Hatyai

Breakfast di bilik sahaja but decide untuk lunch awal sebab nak terus gerak ke Hatyai Railway Station. Train ke Padang Besar Malaysia hanya pada pukul 7 pagi dan 2 petang Thailand. Mula tu nak pergi Rusdee Boat Noodle tapi sebab dia akan makan kos transport so kami decide makan di depan hotel sahaja. Kebetulan sangat pernah nampak influencer pernah singgah kedai ni pastu dia betul betul depan hotel so jalan kaki sahaja lah. Kalau tidak tak tahu pun kewujudan kedai ni sebab kedai ni tak famous dalam kalangan rakyat Malaysia. Maybe sebab luar pekan. 

Kedai dia nama Por Prateep Ayutthaya lebih kurang macamtu la. Tak crowded, sedap dan murah . Mantap. Kami allocatekan total makan tak boleh lebih dari 600 bath since semua dah kehabisan cash. 


Lepas tu naik hotel terus gerak ke Hatyai Railway Station also 200 bath jugak. Disebabkan sampai awal dan sudah beli tiket. Jalan jalan dulu dekat Robinson Mall berdekatan Hatyai Railway Station tu untuk menghabiskan masa. Train sampai awal sharp 2 petang terus jalan. Mantap. 

Itu sahaja 3 hari 2 malam kami disana. 











Jumaat, 9 September 2022

FINALLY COMPLETE MY DEGREE

 Assalamulaikum w.b.t 


Alhamdulillah I finally finish my degree and dah dapat result and it mean I unofficially graduated. Waiting for the convocation this upcoming December. Okay akan sambung esok this post kena tunggu upload gambar dulu. 


Update : Sorry tak dapat sambung post because aku memang busy gila nak prepare for something. But alhamdulillah finish Degree in Bachelor of Applied Science (Hons) Analytical Chemistry. But will keep on update lepas dah settle a few things. 

Jumaat, 3 Jun 2022

UPDATE KEHIDUPAN AKU

 Assalamulaikum wahai diari alam mayaku.

Weh terlalu lama tak menulis, ada banyak sangat benda nak share tapi sekarang terlampau busy lagi dua bulan nak habis degree huwaaa so memang tak sempat la cerita dia untuk menaip properly. Once habis final aku akan start tulis sikit taw nanti. Rasa rindu sangat dah nak menulis. Ni pun sempat menulis sebab baru habis test. I literally non-stop ada task and test direct dua minggu ni pun baru lepas test baru boleh rehat ni. Midsem last week memang sumpah tak cuti langsung siang bangun tidur hadap thesis smpai ke malam. Malam sebelum tidur pun memang merenung thesis je lahh. Tapi inilah yang akan jadi kenangan as student bila habis belajar nanti.  Nak sambung master and phD memang tak dah kot. Aku ada goal yang lain dah. Semua impian dulu dah tak sama dengan impian sekarang. Apapun semoga semua akan baik baik sahaja dan dapat lulus dengan cemerlang semua paper paper terakhir. Ya Allah rasa best sangat menulis ni ko tengok la last date bila aku menulis. hahahha weh gerak lu pape roger lepas habis degree. 


                                                                                                                                                   3/6/2022

Jumaat, 10 Disember 2021

BERKAYAK DI TIMAH TASOH, PERLIS SELEPAS PKP YANG TAK HABIS HABIS

Assalamulaikum w.b.t 

Wuuuuuuuuu lama gila weh aku tak menulis terhenti semua sebab PKP kan tak gi mana pun so cam tak tahu nak share apa. Dia punya lama berehat macam dah tak mau start balik. 

Setahun gak berehat sakan aku. Okay straight tu the point. Haritu ada la pergi berkayak dekat Timah Tasoh after kes dekat Perlis ni macam reda sikit dalam awal bulan 10 haritu. Actually tempat berkayak ni baru diusahakan selepas PKP first tahun lepas 2020. Sebelum ni mana penah ada berkayak kat Perlis. So after PKP first tahun lepas tu lahhh baru Perlis macam membangun sikit dia punya tourism dekat bahagian Timah Tasoh tu sebab sebelum ni kawasan Timah Tasoh tempat orang pegi memancing ja dan ada satu resort situ tapi tak lahhh jadi tumpuan sangat.

So aku ajak je lahh Farhani dan Zue pastu depa terus onz walaupun depa dah pernah try. Aku sangat teruja lahh sebab memang dah lama teringin nak berkayak. Anything boleh check dekat
 ig: fourdude.sport.  So bagi aku sangat berpatutan harga dia. Satu kayak RM10 tak kisah la naik sorg atau berdua sebab dia kira per kayak. Ada jugak paddle boat yang macam surfing tu. InshaAllah next time nak try yang tu pulak. Tempat ni cuti hari Isnin kalau tak silap. Untuk kayak dan paddle boat pagi weekdays kena booking dulu. Petang baru walk in. Kalau weekend boleh walk in terus. 

Untuk orang luar Perlis highly recommended untuk pergi situ sebab ada tempat untuk bercamping jugak. Boleh sewa tapak sahaja atau sewa sekali khemah. Tempat mandi apa semua ada disediakan. 
Dekat situ boleh jugak naik boat pusing tasik RM50 satu boat maximum 6 orang. Berbaloi la bagi aku.
Kalau nak pergi sini boleh search Pusat Ikan Santuari Timah Tasoh. 

Tada itu ja post untuk kali ini setelah setahun lamanya aku berehat. 


Jumaat, 20 November 2020

After months of not writing.

 Assalamulaikum w.b.t .

Sumpah lama gila aku tak menulis macam dah takde blog. Hahahaha blog ni kan sekadar tempat sharing aku . Tu laaaa sejak PKP tak pegi jalan mana. Keluar rumah pun haritu sempat pergi Langkawi dan Damansara kejap. Itu pun dah PKPB balik sampai takleh rentas negeri. So takde apa yang nak share sebab tak pegi jalan memana pun. Entahlah malam ni tetiba teringat blog tengok tengok dah 6000+ views haritu baru 4000. Aku cek rank paling ialah pasal Ijazah aku. Maybe sebab banyak freshie yang cari blog pasal uni dan kos aku kot haritu dan kebetulan tak banyak orang share. Satu post tu saja dah 1300 viewers. Saya ni bukan sesiapa. Saya kan cuma ikan.   Ni je weh nak tulis sumpah takde idea. K bye for now nanti aku buat sharing apa apa ya . Stay safe everyone.


- EVERYTHING HAPPEN FOR REASON -


sincerely,

-nhb-                                                                                                                                   

                                                                                                                                        20-11-2020

Selasa, 30 Jun 2020

TIPS SEBELUM BELI TIKET ESCAPE THEME PARK PENANG

Assalamualaikum  w.b.t

Disebabkan antara semua post aku,post Escape Theme Park Penang  reach view paling  tinggi so aku pun decide nak buat post ini. So sekarang ni sebab lama dekat rumah mesti ramai pegi jenjalan kan?? 
But I dont know sama ada Escape Theme Park fully operate ke tak sebab masih dalam fasa PKPP. 

But this  post aku just nak share tip to those yang teringin nak masuk Escape tapi rasa mahal sangat so boleh la baca tip ni. Untuk orang poket tebal  boleh terus beli di website okay tanpa berpikir panjang.This post is not for you.




So basically ni adalah senarai harga dia memang fixed kalau beli through dia punya website.

TIP: (cth:for 13-60 years old)

1. Beli 61+ days before pergi. Which  is 2 bulan dan ke atas dari tarikh yang confirm kita free dan boleh pergi. So kita akan dapat harga sama ada RM80.90 (weekend) dan RM73.50(weekdays). And tak perlu beratur nak beli tiket dah pada hari kejadian sebab ramai jugak beli on the spot. Buang masa dan buang duit.

2. Kalau boleh please beli tiket untuk masuk weekdays. SEBAB ???? 
- Lagi murah daripada weekend of coz.
- Kalau weekend ramai orang so takut tak sempat nak cover banyak benda nak main. Sebab each aktiviti kena beratur. Nasib la kalau beratur dekat aktiviti yang satu group datang serentak. Mahu sejam tunggu 20 orang habis main untuk satu aktiviti.Sebab weekend banyak sangat company datang yang bawak kumpulan. Bayangkan tu baru satu company, kalau banyak lagi lah lama. Ada jugak yang datang dengan family ramai-ramai. 

3. Bawak makanan ringan dan minuman sendiri. Kalau ikutkan tak boleh tapi dia tak check pun. Sebab kat sana makanan dan minuman mahal gila. Air mineral botol kecil rm3. Kalau tak dahaga memang tobat tak beli. Tapi standard la tempat pelancongan.

4. Rancang masa untuk nak cover which one adventure park or waterpark. Kalau macam aku memang target nak adventure park. Hahaha tak kuasa nak seksi depan khayalak ramai.Untuk waterpark wajib pakai swimsuit. Boleh bawak sendiri atau sewa rm9 satu set.

5. Datang awal untuk nak cover banyak aktiviti. 

*rasanya ni je tip bajet dari aku. Hekhek.*

Boleh visit page ni untuk aktiviti aku buat kat escape theme park Penang. Sumpah best things to do in Penang. 


             -APPRECIATE YOURSELF BY GIVING YOURSELF TO THINK AND BE GRATEFUL                                    FOR WHATEVER YOU ALREADY ACHIEVE IN YOUR LIFE-


Sincerely,
-nhb-
                                                                                                                                           30-06-2020





Rabu, 3 Jun 2020

RESULT UPU 2020

Assalamualaikum w.b.t.

Hi semua yang sudi baca blog saya. Hihihi dengar cerita result UPU keluar harini. But I'm not really sure tapi rasa macam betul sebab dekat twitter macam kecoh. Just to tell you guys if dapat course yang ampa betul betul minat dan nak syukur Alhamdulillah. Tapi possibilty tak ramai kan dapat apa yang kita nak. Sama jugak macam aku dulu . Lepas ja result keluar tak berhenti henti nangis. 2 jam non stop smpai mata bengkak. Sampai la ada seorang kawan call dan pujuk. 

Btw tahniah kepada semua yang dapat tawaran sebab anda adalah insan yang terpilih untuk sambung belajar walaupun tak dapat apa yang kita nak kann. Jangan sedih sedih okay. Good luck for your first chapter one the new journey. 

p/s : I need to study for the upcoming test. Stay tuned and be happy okay.

-LOTS OF LOVE -

Sincerely,
-nhb- 
                                                                                                                                           3-06-2020 

-

Ahad, 31 Mei 2020

PUDING KARAMEL TANPA TELUR 5 MINIT SIAP

Assalamualaikum .


Weh lama gila aku tak menulis . Sebelum tu aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.
Walaupun tak boleh raya macam biasa sebab dalam PKP ni tapi yang penting enjoy je jangan stress stress.  So sebelum start busy balik besok class online dah start so meh nak share resepi Puding Karamel Tanpa Telur yang aku buat kemarin. Memang senang sangat - sangat. Dah berpuluh kali dah buat.

BAHAN- BAHAN
10 gram agar agar kering / serbuk agar- agar
4 cawan air
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
3 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan gula

CARA-CARA
1. First boleh buat topping dulu. Cairkan gula dalam loyang bagi dapat satu layer. Hanguskan gula putih atas api. Jangan sampai rentung pulak .
2. Didihkan agar agar dengan 4 cawan air.
3. Sementara tunggu mixkan tepung kastard dengan susu cair.
4. Bila agar- agar dah masak masukkan mixture tadi.
5. Masukkan 1/2 tin susu pekat. Dan 1/2 cawan gula. Tunggu seminit dan tutup api.
6. Tuangkan atas layer kat kita buat time first step tadi.
7. Sejukkan kat luar  dan masukkan dalam peti sejuk
8. Tadaaa lepas 3-4 jam dah boleh makan.




Sincerely,
-nhb-

                                                                                                                                     31-05-2020







Sabtu, 4 April 2020

AIRLINES DI DUNIA : ECONOMY CLASS SEAT VS BUSINESS CLASS SEAT

Assalamualaikum w.b.t.


Hello. Ini merupakan post terakhir sebelum semester bermula atau lebih tepat online class bermula  Isnin depan (6/4/2020). Nanti kalau dah start busy maybe dah jarang update. Saja je aku buat post ni sebab gambar gambar post kali ni memang aku dah kumpul masa cuti sebulan cuti sem lepas. Best sebab buat aku jadi motivate untuk lebih berjaya. Aku ada impian untuk naik semua jenis airlines at least sekali nanti once dah ada duit sendiri @ kerja. Impian aku semua pelik pelik. Sebab tu aku dok usha pasal airlines.




Garuda Indonesia Airlines. Ni antara airlines yang aku pernah teringin gila nak naik sebab pernah nampak depan mata. Sumpah besar gila. Macam MAS airlines yang Boeing punya. Time tu baru umur 15 tahun aku nampak Garuda airline ni landed . Time tu dekat gate Penang Airport. Pastu terus macam ya Allah besar gila flight ni. Haha waktu tu aku first time pergi airport dan naik flight.





Ni gambar economy class seat  GARUDA AIRLINES yang aku search.



Business class seat GARUDA AIRLINES.




ETIHAD AIRLINES BODY

  ECONOMY CLASS SEAT ETIHAD AIRLINES



BUSINESS CLASS SEAT ETIHAD CLASS


KOREAN AIRLINES BODY

 ECOMONY CLASS SEAT KOREAN AIRLINES

BUSINESS CLASS SEAT KOREAN AIRLINES



EMIRATES AIRLINES


ECONOMY CLASS SEAT EMIRATES AIRLINES ( Cantiknya colour seat dia)


BUSINESS CLASS SEAT EMIRATES AIRLINES.


QATAR AIRWAYS BODY


ECONOMY CLASS SEAT QATAR AIRWAYS


BUSINESS CLASS SEAT QATAR AIRWAYS




SINGAPORE AIRLINES BODY


ECONOMY CLASS SEAT SINGAPORE AIRLINES


BUSINESS CLASS SEAT SINGAPORE AIRLINES


CATHAY PACIFIC AIRLINES BODY

ECONOMY CLASS SEAT CATHAY PACIFIC AIRLINES

BUSINESS CLASS SEAT CATHAY PACIFIC AIRLINES.


SAUDI ARABIAN AIRLINES BODY 


ECONOMY CLASS SEAT SAUDI ARABIAN AIRLINES


BUSINESS CLASS SEAT SAUDI ARABIAN AIRLINES


*Dislaimer : Semua gambar ni aku ambil dekat Google je taw.


Antara semua airlines aku paling teringin nak naik Qatar Airways, Emirates dan Etihad. InshaAllah doakan one fine day impian aku tercapai. 

-KEEP FLYING HIGH GIRL-

Sincerely,
-nhb-
                                                                                                                                             04-04-2020


Jumaat, 27 Mac 2020

IMPIANKU UNTUK PANJAT GUNUNG YONG BELAR TAK KESAMPAIAN

Assalamualaikum w.b.t

Alang-alang dok kat rumah goyang kaki kelas online pun batal so akhirnya aku pun menulis di blog balik di blog ini walaupun takde idea yang menarik. Blog ni kira macam diari. Sukahati nak tulis apa.Memandangkan sekarang aku takdak diari sendiri.

Cerita dia macam ni aku nak join satu kelab universiti pergi Panjat Gunung Yong Belar  (Mount Yong Belar) di Perak cuti midsem awal bulan April ni. Aku macam excited gila nak join. Minggu lepas balik rumah dan bawak kasut hiking bawa balik ke university sebab maybe tak balik dah sampai midsem ni. Yang paling sedih time birthday aku yang ke 20,  tahun lepas aku cam buat impian apa benda yang aku nak capai. And salah satunya Berjaya panjat one of G7 Mountain di Malaysia. Aku paling excited sebab program tu sepatutnya terjadi before birthday aku yang ke 21 so kiranya impian aku tercapailah sebelum masuk 21 . Tapi disebakan Covid-19 ni semua program dibatalkan. Memang patut pun sebab dah nazak dah waktu sekarang. Sepanjang 20 tahun hidup  ni first time keadaan jadi huru - hara.

But Allah knows better and plan better. So meh aku belanja view from Google gambar puncak Gunung Yong Belar.


Tidur pun teringat  sini. Serius serius setiap hari terbayang-bayang. 



Gunung Yong Belar terletak di puncak titiwangsa iaitu sempadan negeri Perak dan Kelantan. Ketinggian 2181 m dari aras laut.


Okay start harini aku akan start post benda yang tak penting disebabkan bosan gila takleh keluar rumah sepanjang RMO nihh. Extend sampai 14 April pulak. Apapun harap rangkaian covid19 akan terputus agar semua orang dapat jalani kehidupan seperti sediakala. Hmm aku rindu nak iron tudung. 



Sincerely,
-nhb- 
                                                                                                                                                27-03-2020