Weh lama gila aku tak menulis . Sebelum tu aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.
Walaupun tak boleh raya macam biasa sebab dalam PKP ni tapi yang penting enjoy je jangan stress stress. So sebelum start busy balik besok class online dah start so meh nak share resepi Puding Karamel Tanpa Telur yang aku buat kemarin. Memang senang sangat - sangat. Dah berpuluh kali dah buat.
BAHAN- BAHAN
10 gram agar agar kering / serbuk agar- agar
4 cawan air
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
3 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan gula
CARA-CARA
1. First boleh buat topping dulu. Cairkan gula dalam loyang bagi dapat satu layer. Hanguskan gula putih atas api. Jangan sampai rentung pulak .
2. Didihkan agar agar dengan 4 cawan air.
3. Sementara tunggu mixkan tepung kastard dengan susu cair.
4. Bila agar- agar dah masak masukkan mixture tadi.
5. Masukkan 1/2 tin susu pekat. Dan 1/2 cawan gula. Tunggu seminit dan tutup api.
6. Tuangkan atas layer kat kita buat time first step tadi.
7. Sejukkan kat luar dan masukkan dalam peti sejuk
8. Tadaaa lepas 3-4 jam dah boleh makan.
Sincerely,
-nhb-
31-05-2020

Tiada ulasan:
Catat Ulasan