meta name="viewport" content="width=device-width, initial-scale=1” BLOG GADIS TINGGI LAMPAI: BERKAYAK DI TIMAH TASOH, PERLIS SELEPAS PKP YANG TAK HABIS HABIS

Jumaat, 10 Disember 2021

BERKAYAK DI TIMAH TASOH, PERLIS SELEPAS PKP YANG TAK HABIS HABIS

Assalamulaikum w.b.t 

Wuuuuuuuuu lama gila weh aku tak menulis terhenti semua sebab PKP kan tak gi mana pun so cam tak tahu nak share apa. Dia punya lama berehat macam dah tak mau start balik. 

Setahun gak berehat sakan aku. Okay straight tu the point. Haritu ada la pergi berkayak dekat Timah Tasoh after kes dekat Perlis ni macam reda sikit dalam awal bulan 10 haritu. Actually tempat berkayak ni baru diusahakan selepas PKP first tahun lepas 2020. Sebelum ni mana penah ada berkayak kat Perlis. So after PKP first tahun lepas tu lahhh baru Perlis macam membangun sikit dia punya tourism dekat bahagian Timah Tasoh tu sebab sebelum ni kawasan Timah Tasoh tempat orang pegi memancing ja dan ada satu resort situ tapi tak lahhh jadi tumpuan sangat.

So aku ajak je lahh Farhani dan Zue pastu depa terus onz walaupun depa dah pernah try. Aku sangat teruja lahh sebab memang dah lama teringin nak berkayak. Anything boleh check dekat
 ig: fourdude.sport.  So bagi aku sangat berpatutan harga dia. Satu kayak RM10 tak kisah la naik sorg atau berdua sebab dia kira per kayak. Ada jugak paddle boat yang macam surfing tu. InshaAllah next time nak try yang tu pulak. Tempat ni cuti hari Isnin kalau tak silap. Untuk kayak dan paddle boat pagi weekdays kena booking dulu. Petang baru walk in. Kalau weekend boleh walk in terus. 

Untuk orang luar Perlis highly recommended untuk pergi situ sebab ada tempat untuk bercamping jugak. Boleh sewa tapak sahaja atau sewa sekali khemah. Tempat mandi apa semua ada disediakan. 
Dekat situ boleh jugak naik boat pusing tasik RM50 satu boat maximum 6 orang. Berbaloi la bagi aku.
Kalau nak pergi sini boleh search Pusat Ikan Santuari Timah Tasoh. 

Tada itu ja post untuk kali ini setelah setahun lamanya aku berehat. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan