meta name="viewport" content="width=device-width, initial-scale=1” BLOG GADIS TINGGI LAMPAI: IMPIANKU UNTUK PANJAT GUNUNG YONG BELAR TAK KESAMPAIAN

Jumaat, 27 Mac 2020

IMPIANKU UNTUK PANJAT GUNUNG YONG BELAR TAK KESAMPAIAN

Assalamualaikum w.b.t

Alang-alang dok kat rumah goyang kaki kelas online pun batal so akhirnya aku pun menulis di blog balik di blog ini walaupun takde idea yang menarik. Blog ni kira macam diari. Sukahati nak tulis apa.Memandangkan sekarang aku takdak diari sendiri.

Cerita dia macam ni aku nak join satu kelab universiti pergi Panjat Gunung Yong Belar  (Mount Yong Belar) di Perak cuti midsem awal bulan April ni. Aku macam excited gila nak join. Minggu lepas balik rumah dan bawak kasut hiking bawa balik ke university sebab maybe tak balik dah sampai midsem ni. Yang paling sedih time birthday aku yang ke 20,  tahun lepas aku cam buat impian apa benda yang aku nak capai. And salah satunya Berjaya panjat one of G7 Mountain di Malaysia. Aku paling excited sebab program tu sepatutnya terjadi before birthday aku yang ke 21 so kiranya impian aku tercapailah sebelum masuk 21 . Tapi disebakan Covid-19 ni semua program dibatalkan. Memang patut pun sebab dah nazak dah waktu sekarang. Sepanjang 20 tahun hidup  ni first time keadaan jadi huru - hara.

But Allah knows better and plan better. So meh aku belanja view from Google gambar puncak Gunung Yong Belar.


Tidur pun teringat  sini. Serius serius setiap hari terbayang-bayang. 



Gunung Yong Belar terletak di puncak titiwangsa iaitu sempadan negeri Perak dan Kelantan. Ketinggian 2181 m dari aras laut.


Okay start harini aku akan start post benda yang tak penting disebabkan bosan gila takleh keluar rumah sepanjang RMO nihh. Extend sampai 14 April pulak. Apapun harap rangkaian covid19 akan terputus agar semua orang dapat jalani kehidupan seperti sediakala. Hmm aku rindu nak iron tudung. 



Sincerely,
-nhb- 
                                                                                                                                                27-03-2020

Tiada ulasan:

Catat Ulasan