meta name="viewport" content="width=device-width, initial-scale=1” BLOG GADIS TINGGI LAMPAI: Ogos 2019

Ahad, 25 Ogos 2019

BOBA FRESHMILK HOMEMADE VERSI MASYA MASYITAH

Assalamualaikum w.b.t.

Hai uolllsssss sis cuti lama sangat sampai tak larat nak cuti dah aihhhh. Ni yang tak habis dok merapu kat blog. Kiranya macam tulis diari sebab sekarang aku dah tak dak diari tulisan tangan dah. Diari tulisan tangan penah ada time form 4 and aku akan tulis setiap hari jadi apa pada hari tu. Huwaaaa sejenis yang suka menulis katakan. Sebab kadang-kadang kalau cerita problem kat orang pun bukan boleh selesai. I REPEAT KADANG-KADANG .


Sebenarnya dah lama gila teringin nak buat sendiri pearl sendiri tapi biasalah malas nak gentel bulat bulat kecik tu. Pastu petang Ahad haritu kak aku cakap "WEH TENGOK NI MASYA MASYITAH BUAT BOBA SENDIRI" Aku macam aihh takleh jadi nihhh kena buat jugak nihhh. Dalam hati " Ishhh apalah artis pun rajin dok gentel-gentel pearl tu yang aku dok saja boleh pulak malas. Time tu jugak cakap kat adik and kakak weh jom buat share duit beli barang . Pastu kak aku cakap "Nuh pi amik RM10 dlam purse aku. Alhamdulillah selamat duit aku. Terus bersiap pakai tudung start moto pi beli fresh milk dan tepung ubi kayu.


MENGGUNAKAN BAHAN-BAHAN YANG CUKUP MUDAH TETAPI MEMERLUKAN KERAJINAN YANG JITU.

BAHAN UNTUK BOBA
  • 200g tepung ubi kayu
  • 80g brown sugar 
  • 130ml air 
  • 200g brown sugar (step ke-8 )
1) Didihkan air pastu masukkan brown sugar then masukkan tepung sedikit demi sedikit.
2) gaul sampai jadi macam doh 
3) keluarkan dan sejukkan sebentar pastu uli macam uli doh.
4) Then boleh gentel-gentel bulat-bulat.
5 )dah siap gentel semua gaulkan dengan sedikt tepung supaya tak melekat .
6) Rebus boba selama setengah jam. 
7) Pastu keluarkan dan rendam dalam air sejuk sebentar.
8) Pastu boleh masak dengan 200g brown sugar sampai likat. 
9) Setelah disejukkan masukkan dalam cawan dan tuangkan freshmilk.



*KALAU  NAK TENGOK DETAIL BOLEH PERGI TENGOK DEKAT YOUTUBE CHANNEL MASYA MASYITAH 




                                                               Nah setelah dibalun 



Boba homemade dapat dalam satu periuk kecil cukup untuk satu family.


Done takde la lawa macam kedai tapi satu family dapat sorang satu.


MODAL BUAT BOBA BAWAH RM10 TAPI SATU FAMILY DAPAT RASA

MODAL
-tepung ubi kayu RM1.70
-Susu kotak fresh milk RM5.40 
-sebenarnya aku ingatkan brown sugar tu sama dengan gula melaka aku pun pi bantai guna gula melaka memang manis melecas wehhh


TOTAL RM7.10


Pastu baru-baru ni aku pi beli boba tepi jalan #bobakangaq yang perisa coklat punya . Sedap tapi bekas dia kecik sangat tak puas. RM5 ja la … 





Warga Perlis boleh pi try dekat tapak pasar tani sebelah roundabout Kangar. 



Sincerely,
-nhb-
                                                                                                                                             27-08-19






Khamis, 15 Ogos 2019

15 Barang yang Wajib Bawak Untuk Newbie yang Akan Daftar Masuk Universiti.




Assalamualaikum w.b.t.

First of all, entri ini ditulis sebab ada permintaan dari BFF aku yang akan daftar masuk universiti bulan 9 ni.  TAHNIAHHHH UOLSS yang dapat melanjutkan pelajaran ke Menara gading. First sekali kena bersyukur sebab masih ada ramai yang tak dapat permohonan ke universiti tapi hangpa dapat.


Minat tak minat belakang cerita sebab sebenarnya pelajar Malaysia ramai ja yang dapat sambung kos yang depa tak minat langsung atau dapat kos yang minat sikit-sikit .


Nak terima permohonan atau tak tu hangpa sendiri decide sebab aku takmau pandai-pandai tentukan hidup orang. Hanya boleh bangi nasihat ja jika diminta.

Okay berbalik kepada tajuk diatas ya rakan-rakan. Okay benda aku nak highlightkan adalah benda yang perlu beli untuk di hostel.  Terutama orang tak pernah duduk asrama dan tak pernah berjauhan dari family . Okay yang pernah dok hostel boleh skip entri ni.

1 ) Bakul / Raga pakaian  & Baldi

-  Bakul pakaian paling penting sebab nak letak baju yang dah pakai. Ye la takkan nak campak camtu je after pakai . Dah share bilik dengan orang lain. The most important that need to prioritise  are cleanliness and hygienic. 

- Baldi pulak untuk nak rendam baju atau anything yang kita nak basuh tangan. Maybe kadang- kadang guna tapi still penting sebab takkan everything and everytime nak pinjam roommate and housemate mestilah segan kan ???Nanti mesti roommate engkau tu kata dalam hati. Ehh dia ni tak reti nak beli ke asyik meminjam ja.  Pastu nanti mesti akan menimbulkan rasa tak selesa bila dapat roommate yang asyik meminjam ja. Boleh ja hidup saling berkongsi tapi tak semua benda boleh kongsi. INGATTTT.

2) Sabun basuh kain

- Kalau macam aku sabun basuh kain aku beli 2 jenis serbuk and cecair (DETERGENT) sebab kalau guna washing machine mesti pakai detergent sebab kalau pakai serbuk confirm confirm berketul-ketul sabun bila dah habis basuh. So tak bersih and terpaksa cuci balik satu satu. Harap Maklum washing machine di hostel bukan macam di rumah. Ada pulak yan kadang-kadang rosak kadang-kadang bertakung. Nak basuh baju pun stress aku haihhh.

- Untuk sabun serbuk tu beli yang paket yang paling kecik  spare untuk basuh sport shoe  atau telekung atau apa-apa jelah.  Jangan lupa berus kecik.


3) Pakaian yang sesuai dan secukupnya

- SESUAI refer kepada bersesuaian dengan aktiviti dan SECUKUPNYA refer kepada banyak.

- Untuk yang tak gemar pakai baju kurung bawa je la dua tiga helai untuk satu sem tu. Sebab penting juga if ada apa-apa event kan ??? Sebab dekat universiti bukan satu dua event.

- Untuk yang banyak baju kurung dan lebih selesa pakai baju kurung ke kelas boleh bawa banyak-banyak banyak banyak  sebab kalau tinggal kat rumah takda sapa nak pakai. Kalau balik pun belum tentu pakai.

-If ada yang selesa pakai baju t-shirt je bawak ja sebanyak mungkin jangan sampai engkau bawak sekali rumah kau sudah.

-And for attire sebenarnya ikut universiti jugak, as for me uni aku tak pernah tetapkan pakaian just kena sopan dan bersesuaian. Tak kisah nak pakai macam mana pun. Even kasut pun tak kisah pakai selipar ke kelas .  Nak berfesyen ke nak selekeh ke. Ikut suka engkau janji datang kelas pun dah cukup baik. Tapi untuk UITM ada kawan aku cakap ada hari hari tertentu diwajibkan pakai baju kurung so beware. Tapi aku tak tahu the truth.  So kena buat research dulu or tanya senior. Terutamanya yang akan sambung belajar di universiti yang jauh dari rumah dan yang akan balik time cuti sem je.

4) CADAR

- Kalau ada bawak dua set senang nak tukar tukar. Jangan lupa bawak bantal sendiri dan segala bantal busuk and teddy bear sendiri. (tajaan sendiri)

5) TELEKUNG

-Bawak dua set jugak senang nak basuh untuk ganti-ganti.

6) PAD LOCK

- Benda ni yang aku tak ingat everytime masuk asrama . Selalunya dah masuk  baru ya Allah aku tak beli. Pastu baru kelam kabut cari kedai. Untuk security locker. Mesti ada bawak barang berharga so jaga-jaga sebab tak semua bole percaya. And jangan pernah percaya orang 100% sebaik mana pun dia depan kita. RAMBUT SAMA HITAM TAPI HATI LAIN LAIN. Termasuklah rambut jingga, rambut karat dan juga  rambut putih. Kadang yang lama kenal pun boleh tipu kita inikan pulak yang baru kenal.


7) BAKUL KECIL TOILETRIES

- Untuk letak barang mandian so senang nak mandi angkat satu bakul tu bawak masuk bilik mandi. Dan juga untuk mengelakkan barang-barang kecil misplaced.


8) PAD ( GIRL ONLY)

-Untuk perempuan sahaja untuk lelaki engkau tak payah sibuk nak beli jugak. Beli banyak terus untuk buat bekalan. Dalam 60 pcs pun dah okay.

9)BAG

-Beg yang bersesuaian. Contoh if ada kelas sikit je boleh bawak beg kecil and untuk hari yang pack bole bawak beg galas belakang. Depend kat hangpa selesa macam mana. Ada yang taknak tukar tukar beg sebab nanti ada misplaced barang. Benda simple tapi bila dah sampai sana baru macam ya Allah aku tak bawak beg untuk nak pergi kelas . Jangan jadi macam aku. 


10) KASUT

-Sport shoe / Sandal / Kasut jamban / Kasut flat or casual / Sneakers yang bersesuaian ye. 

11) CLOTHES RACK

-Macam penyidai baju kecil untuk dalam bilik.  So far setahun aku kat uni memang sidai baju dalam bilik je sebab dapat direct cahaya matahari. . Sebab tempat sidai baju kat hostel aku tak kena cahaya matahari dan kadang-kadang tu 2 hari pun belum tentu kering kalau pakaian tebal. Hujan pun tak effect sebab tak kena hujan. Depend dekat hostel masing-masing macam mana tempat penyidai dia buat. 

So if hostel hangpa ada penyidai yang dapat direct cahaya matahari pun bila hujan mesti tak boleh sidai. Tambah-tambah pulak bila musim hujan memanjang.  So bila ada clothes rack ni hangpa boleh sidai dalam bilik tak kira panas ka hujan ka. Tapi depend la kepada saiz bilik. So better masuk dulu tengok keadaan kat sana dulu then kalau rasa tak cukup baru beli. Sebab lain uni lain dia punya keluasan bilik.

- First clothes rack beli dekat MYDIN je dalam RM20 +++ tapi tahan dalam 3 @4  bulan camtu ja.

-lepas patah tu terus aku order online clothes rack dari IKEA tak sampai RM40. (pasang sendiri DIY). 

Banyak jenis clothes rack dekat IKEA tapi IKEA MULIG Clothes Rack (white) paling recommended .  (macam gambar kat bawah  )                                                                                                                         
 *sekali lagi jadi duta tak berbayar IKEA.

Image result for mulig ikea rack clothes

12) ALAT TULIS

-bawak la alat tulis yang penting and buku nota kecil sebagai persediaan. And bawak newspaper sikit untuk nak lapik kat mana2. 

13) PRINTER

-Tak bawak pun takpa tapi kalau ada and nak senang baik bawak sebab tak yah susah gi beratur Panjang- Panjang nak print apa2 . Tambah lagi if nak print something tgh2 malam.

14) TORCHLIGHT

-if ada emergency blackout kalau malas guna lampu fon je.

15) MAKANAN

-paling paling penting especially time minggu orientasi memang takde makna sempat pergi beli makanan dengan tak tahu tempat tambah-tambah universiti yang besar.

-Bekalkan air kotak/ roti/ biskut / jajan . Letakkan dalam beg siap2 sebab once dah keluar bili lepas subuh belum tentu Maghrib sampai bilik ke belum kalau time time  minggu orientasi. 

- Beli makanan lebih untuk dijadikan stok dibilik.

So far ni jelah yang aku ingat nanti kalau ada tambahan aku update. But ada a few yang tak yah beli pun before masuk. List out apa yang hangpa rasa perlu dan susun ikut bajet yang termampu. Kalau rasa tak cukup bajet bawak je yang mana ada dulu. Yang lain nanti boleh beli . Biasalah waktu mula-mula banyak nak guna duit. 


Thanks for this visit . See again . 




-GOOD LUCK FOR YOUR ANOTHER FIRST STEP IN DEGREE LIFE AND MAY SUCCESS BELONG TO ALL OF YOU AND ME -

Sincerely, 
-nhb-                                        
                                                                                                                             16-08-19

Isnin, 5 Ogos 2019

LARKIN SENTRAL , JOHOR

Assalamualaikum w.b.t

Sebab aku goyang kaki ja kat rumah dua bulan cuti sem ni so banyak benda boleh post. Benda boleh share buat apa simpan sorang-sorang.


Ni stesen bas namanya Larkin Sentral.
Bagi aku sistem stesen bas di Larkin agak sistematik sebab dia lebih kurang TBS (Terminal Bersepadu Selatan ). Cumanya dia dia kecil daripada TBS. 


Image result for larkin sentral
 NI aku curi gambar google ( Ni dekat luar gate.macam-macam ada)
 McD, Dunkin Donut , kedai-kedai kecil dll. Bahagian atas ada kedai tudung-tudung dan baju tapi senja haritu aku pi dah tutup.


First dia sistematik sebab semua orang akan tukar tiket yang sama. Sebab nak masuk gate kena ada barcode untuk scan di pintu masuk gate. Second, Setiap bas yang sampai dan akan berlepas dia akan announce dan bagitahu bas kita ada di platform mana.  Ingatkan TBS je ada sistem ni. Tapi TBS sangat besar so kalau terlambat sampai atau sampai 10 minit sebelum bas bertolak confirm confirm kena tinggal sebab nak turun gate saja dah kena beratur bukan main panjang pastu dia punya gate besar dari gate Airport Penang.



Untuk balik aku balik Perlis aku naik bas.And aku pilih bas MAYANG SARI. NI first time jugak aku naik bas mayang sari ( Larkin-Kangar). Aku pilih bas ni sebab dia agak famous dan manjadi pilihan ramai so takde la risau sangat untuk perjalanan. Dan aku sangat recommend sangat bas ni sebab seat dia besar dan selesa.


Seat dia besar gedabak. Aku terpaksa ambik seat double sebab single seat habis tapi sebelah aku takde orang. Maka berhuhulah aku. Perjalanan aku ambil masa 12 jam dari Larkin ke Perlis.Tapi sebab ambik bas malam so cam tekde hal sebab malam memang bas aku tidur pastu aku jenis tidur mati. Lagipun perjalanan 12 jam ni macam celah gigi aku je sebab dah selalu berjalan jauh. 8-9 jam dah biasa sebab selalu berjalan jauh. Tapi 12 jam ni pernah cuma jarang. Disebabkan bas malam maka aku pun tidur tak sedar diri diatas bas. Sedar-sedar aku dekat Penang dah.


Tiket bas RM85.00  mahal dari tiket flight aku. 



Point utama nak share dalam post ni adalah kalau dari selatan ke utara aku recommend bas MAYANG SARI.
Untuk utara ke zon tengah (KL) aku recommend bas Cosmic express (ni paling suka sebab aku selalu ambik bas ni kalau nak balik asrama dulu) . Selain Cosmic Express boleh jugak try Pancaran Matahari, dan Intercity. Semua bas ni tiptop dia punya servis.
Untuk utara ke pantai timur ( Kelantan) je try bas Perdana dan Mutiara. Dua bas ni memang route dia ke pantai timur dan very recommended. Kakak aku waktu zaman study dulu kalau balik Kelantan mesti naik dua bas ni je. Kalau tak silap bas ni ada WI-Fi.

#donepromotebas. Lepas ni dah boleh jadi duta bas express Malaysia. 


Alhamdulillah Semenanjung dah habis jalan. Terima kasih jugak kepada abah aku sebab bawa aku dan family pergi merata. Lepas ni boleh la pergi Sabah Sarawak . Hikss 


Sincerely,
-nhb-
                                                                                                                                            05-08--19






Jumaat, 2 Ogos 2019

RESEPI CHEESEKUT MELELEH CENGGINI

Assalamualaikum w.b.t.


Actually waktu awal cuti sem dah buat tapi baru sekarang sempat share. Resepi yang sangat mudah semudah 1,2,3.. Dok rumah goyang-goyang kaki pun boleh buat. Menggunakan bahan yang sangat - sangat sedikit.


Bahan-bahan

  • 250g CREAM CHEESE ( brand Tartura) brand lain pun takpa tapi ni paling famous
  • 1 PAKET BISKUT DELUXE CRACKER HUP SENG 
  • 1/2 TIN SUSU PEKAT
  • 1 KOTAK FRESH MILK ( tak kisah brand apa Dutch Lady , Marigold, Nestle
  • SERBUK MILO, NESTUM, PARUTAN CHEESE(ikut suka)
Steps
1. Aku guna mixer untuk kembangkan creamcheese tu. Guna semua 250g boleh dapat cheesekut lebih kurang dua buah bekas makanan bersaiz sederhana. Mix sampai kembang taw.

2. Masukkan  1/2 tin susu pekat mix kan sekali. Ikut lah nak tahap kemanisan macam mana. Usually orang guna 3/4 tin tapi aku guna half ja. Tu pun manis dah. Pastu masukkan sekali sedikit fresh milk untuk nak cairkan adunan. Jangan terlalu hanya dalam 5-8 sudu shaja. Pandai-pandai lah adjust.

3. Susun biskut dalam bekas makanan atau dalam bekas yang makcik2 panggil tupperware. 

4. Letakkan adunan atas susunan biskut pastu susun balik biskut. Buat banyak-banyak layer. 

5. Layer atas sekali taburlah nestum atau serbuk milo atau parutan cheese ikut suka hangpa la. 


DONE !!!!



SORRY sebab my presentation was so bad sebab tersilap guna biskut sepatutnya ambik yang deluxe yang kecik-kecik tu tapi terambik yang biasa so kena patahkan sedikit untuk bagi muat dalam tupperware. TAk kisah boleh guna yang deluxe yang kecik kecik tu ataupun yang biskut empat segi besar tu.





TOTAL BAJET: (untuk yang teringin nak cuba)

- CREAM CHEESE TARTURA 250g (RM 8.50)
- BISKUT DELUXE CRACKER HUP SENG / CREAM CRACKER(RM4.00)
-SUSU PEKAT ( RM2.50)
-SUSU FRESH MILK (RM4.50)

Total = RM RM19.50.


Jangan lupa try. For another resepi boleh sini RESEPI KEK BATIK.

For puding karamel tanpa telur boleh tengok kat youtube channel aku.
PUDING KARAMEL TANPA TELUR


- HAVE A TRY PEEPS-


Sincerely,
-nhb-

                                                                                                                                                  02-08-19