Second day.
Cer teka kemanakah kami second day.???
Agak-agak kalau lalu jambatan Kota Tinggi nak pi mana??
Yay dah sampai Pantai Desaru. Aku penah la jugak dengar nama pantai ni sebab agak famous tapi Desaru bukanlah pantai yang ada dalam wishlist aku. Pantai @ Pulau yang aku teringin gila nak pegi ialah Pulau Perhentian, Pulau Kapas dengan Pulau Mabul. InshaAllah one fine day.
This is call beach therapy. Tak masalah asal Mira masukkan selipar jamban purple aku sekali. Memalukan betul.
For the first time being here pantai Desaru ni bagi aku wow sebab bersih dan air biru-biru hijau. Ombak dia pun okay okay. Dan disebabkan kami datang weekdays so memang tak ramai orang. Sebelum terlupa fee parking untuk kereta RM6 per entrywhich is agak mahal jugak la tapi once dah masuk enjoy ja supaya tak rasa rugi. Tempat ni nama dia Desaru Public Beach. Dekat Desaru ni banyak resort-resort. Desaru ni antara tempat yang bagus untuk tenangkan fikiran sebab dia ada pantai yang best bagi aku dan jauh dari bandar, Kiranya kawasan dia tenang kereta tak banyak sangat.
Tapi dekat Desaru sekarang dah ada Desaru Coast Adventure Waterpark adalah taman tema terbesar di Malaysia sekarang dan boleh tampung 12,000 orang ( ni aku gigih google taw).
Mai Desaru jauh jauh boleh mai dok panjat pokok pulak. Okay semata-mata untuk candid.
hmmm rindu .
This is definitely after incident dengan monyet makan sambal tu.
Both of them are my closed friend in SESERI.
Depa dua ni antara orang yang paling rapat dengan aku dekat SESERi dulu. Zai bedmate aku sebab katil Zai dan aku bergabung time baru-baru masuk dulu which is waktu Form 4. Dan Mira pulak katil sebelah Zai. Kiranya kami tiga dormmates. Zai dan Mira dua-dua orang Johor so that why I came here. Dan bila Form 5 katil semua sorang satu sebab susunan dorm berubah but Zai still sebelah aku dan Mira still di sebelah Zai. Aku sangat rapat dengan depa dua first sekali sebab kami tiga semua orang jauh so kiranya macam saling faham lah perasan masing-masing. Tapi akulah yang paling jauh. So bila homesick sama-sama teriak , ada waktu aku homesick both of them akan pujuk and comfort aku. Masalahnya waktu form 4 aku tak rasa pastu bila Form 5 dok buat homesick teruk. Second sebab Mira ni dia satu kepala rebel dengan aku. Zai macam ikut peraturan sikit. Third, bila pulang bermalam yang 3 hari 2 malam aku mesti akan naik KTM balik Klang rumah mak teh aku pastu Mira akan balik rumah abang dia dekat Shah Alam.
Truth to be told, banyak aku belajar bila sama-sama membesar dengan depa dua. Kehidupan asrama yang bukan biasa-biasa dan being 500 kilometres away from family. And paling penting macam mana aku survive di Kuala Lumpur by the early age of 16. Banyak sangat benda aku explore time ni.
Bersyukur sangat jumpa orang macam depa dua. Tambah-tambah sepanjang 2 tahun di sekolah tu aku banyak kali jatuh sakit dan Zai antara orang yang paling berjasa dan jaga aku macam mana mak aku jaga aku waktu aku sakit. Even time minggu SPM aku sakit dia still jenguk aku kat katil, check suhu badan aku, buat makanan, ambil itu ini, letakkan tuala basah atas dahi. Walaupun waktu SPM ramai orang kalut study tapi depa dua ada masa jaga aku. Dan paling penting pergi outing Mid Valley Megamall mesti bawak luggage untuk beli stok di asrama. maklumlah outing sebulan sekali. Masing-masing tukar-tukar heret luggage masuk KTM, masuk mall. Aduhhh nasib baik dekat KL benda tu benda biasa.
Tapi aku rindu jugak kat sorang lagi dormmate aku. Nama dia Alia Melin. Dia ni baik gilaaaaaa. Selalu bagi makanan. Pastu kalau weekend mama dia datang mesti bawak makanan. Alia cravingnya carrot cake Secret Recipe. Tapi dia tak dapat join trip ni. Aku rapat gila dengan dia sebab dia dormmates dan merangkap deskmate aku paling setia time form 5. So nilah antara muka pegi kelas jumpa dia balik bilik pun jumpa dia, mandi pun toilet sebelah-sebelah . Tapi kat kelas dia ,dia ada musim dia mengantuk je sepanjang masa iaitu bila dia selsema. Jadi bertambahlah kerja aku iaitu kerja kejutkan dia Aku kira macam jam loceng.. Hihihi.. Function sangat
haaa kan dah keluar habis cerita time sekolah dulu.
Kasi chance satu kali.
InshaAllah Desaru nanti aku datang lagi.
Actually banyak tempat aku teringin nak pergi di JOHOR tapi tak tercapai. Antaranya
- Tasik Biru Kangkar Pulai
- Gunung Pulai (hiking)
- Tanjung Piai (penghujung selatan Malaysia)
- Kulim Eco Trail Retreat
Thank you Zai for staying dan kerajinan mak Zai prepare makanan breakfast, lunch apa semua. And Mira thanks sanggup turun dari Batu Pahat. Pastu kalut balik sebab dah kena mula kerja besok tu.
-BILA NAK SESUATU DOA PADA ALLAH INSHAALLAH ALLAH DENGAR-
Sincerely,
-nhb-
16-07-19
Tiada ulasan:
Catat Ulasan