Procrastination after procrastination finally tulis jugak post ni, Short vacay aku ke Johor baru-baru boleh dianggap percutian bajet jugaklah. Sebab tak sampai RM350 habis termasuklah transport dari Perlis ke Johor.
Time aku booked flight Penang- Johor Bahru dapat dalam RM70++ sahaja. 3 bulan awal aku booked engko. Time tu tak rancang pun itineriari untuk jalan-jalan di Johor. Just booked dulu sebab bila dah booked flight confirm confirm kita akan bagi jadi jugak trip tu.
Sampai tengah hari di Senai International Airport pastu Zai dan mama dia datang ambik aku. And directly ambik Mira di Larkin Sentral. So actually di Johor aku tidur di rumah Zai di Pasir Gudang so memang save banyak dari segi accomodation.
Malam tu baru betul-betul plan sekali nak pegi untuk first day. So kami decided untuk pusing-puing JB. So fisrt aktiviti ialah ice skating di Paradigm Mall. Sebab nak pernah try so memang kena try. Rasanya fees dia affordable sebab RM25 untuk sekali masuk. Tak kisah nak main berapa lama dalam tu.Tapi kalau tak bawak glove kena tambah RM5.
Ingatkan senang je weh. Tapi ya Allah tak tahulah pulak sesusah ini main ice skating. Time masuk kat pintu depan tu pun dah tergolek lebih teruk daripada ayam golek. Tapi aku gagahkan juga diri ni untuk terus berjalan. Aduh takkan bayar mahal-mahal jatuh sekali dah nak keluar. Not sure berapa pusingan aku buat tapi aku still usaha untuk improve padahal tangan dan kaki dah skit teruk.2 jam jugak dalam tu.
Then directly lunch dekat Kfry Urban Korean Holiday Villa Johor Bahru berdekatan KSL City. Kami order 3 jenis je share 4 orang.
Total ni and fries about RM98. Overall okay la tapi ayam tu agak muak sebab cheese terlampau banyak. 3 ketul pum gagah aku habiskan. So far aku lagi suka ayam 4Fingers .
Tumpang lalu nak acah jap.
Then gi pusing-pusing dalam KSL CIty cari Tiger Sugar. Not sure flavour apa but overall sedap tapi rasa brown sugar tu agak kuat. Harga RM12.90.
Memandangkan dah petang so meneruskan misi mencari Pisang Goreng Mawar. Tak tahu sebab apa famous sangat Pisang Goreng Mawar dekat JB ni tapi ramai sangat suggest so meh kita try. Kedai dia tepi jalan bertentangan dengan Stadium pasukan JDT training .
Apa yang aku boleh komen pisang tu rasa biasa ja takdelah besar mana dan harga pun boleh tahan sekeping 50 sen. Ingatkan macam sedap gila sebab 50 sen sekeping tapi rasa cam pisang goreng biasa ja. Cuma dia ada bekalkan sambal kicap. Maybe sebab tu kot orang kata sedap. But for me beshe beshe je.
Lepas tu kengkawan aku pun bawak aku pergi dataran JB yang ada menara jam tu sebagai tanda aku sudah jejak negeri Johor. Actually, menara jam ni sebelah stadium JDT training. Kalau boleh masuk stadium tu memang dah lama aku masuk sebab dari luar memang dah nampak woww.
Alhamdulillah 20 tahun hidup dah dapat jejak kaki ke semua negeri di Semenanjung Malaysia. And Johor jadi negeri last aku jejak kaki. Ye lahh aku dari hujung utara (Perlis) ke hujung selatan (Johor). 800++ km away hokays.
After SPM dulu penah jejak kaki ke Johor Darul Takzim tapi kawasan Muar, lagipun yang tu kejap je sebab dari Melaka tapi pegi cari makanan di Muar. Tapi cam tak feel ahh berapa jam je jejak kaki kat Johor.
Gambar kat atas actually di Laman Mahkota Bukit Serene iaitu memang betul-betul di hadapan istana Bukit Serene dan tepi highway. Dan merupakan salah satu mercu tanda Johor Bahru.
Next destination is Masjid Sultan Abu Bakar Johor
Sebenarnya aku yang request untuk pegi masjid ni sebab ni masjid ikon di Johor kiranya macam masjid besar kat sini.
Dia punya art building lawa kat mata aku tapi tak tahu nak desribe macam mana.
Lantai masjid lantai marble termasuklah sekali dengan tandas-tandas dia lantai marble.
Usually kalau pergi jalan-jalan selalu singgah masjid dan tengaok dia punya structure dalam dan luar.
Sebab setiap negeri dia punya reka bentuk sangat-sangat lain.
Dia punya tandas lagi lawa dari tandas di Mall.
After Maghrib bergerak balik but singgah Danga Bay kejap.
-WILL BE CONTINUE FOR DAY 2-
Sincerely,
-nhb-
11-07-19
Tiada ulasan:
Catat Ulasan