meta name="viewport" content="width=device-width, initial-scale=1” BLOG GADIS TINGGI LAMPAI: Julai 2019

Ahad, 21 Julai 2019

Nice word and good prayers from Neelofa .

Assalamualaikum w.b.t

Wehh boring gila cuti sem ni. Dua bulan pulak tu dan aku macam tak tahu nak  buat apa. Setiap hari rutin yang sama serious rasa diri tak maju. Tu pasal la aku rajin meng"update" blog ni.

Tadi aku belek belek ig and ter"stalk" Neelofa sebab ada orang repost ig story dia. Pastu mula la acara meng"stalk" Neelofa. She"s not the one that I idolised but sometimes her words and actions really inspired me.

Apa yang yang paling best jadi Neelofa adalah dia berulang kali pi buat umrah dan ada khabar yang mengatakan dia bakal menunaikan Haji buat kali kedua. Bestnyaaaaaa. Ulang alik pi Tanah Suci macam rumah kedua. InshaAllah one fine day.

Pastu ada terjumpa doa yang Neelofa selalu amalkan.

YA ALLAH,
YANG MAHA PEMURAH, YANG MAHA MERANCANG,
BERIKAN AKU REZEKI SELUAS LANGITMU, 
REZEKI YANG BERKAT,
REZEKI YANG TIDAK PERNAH PUTUS SEPERTI AIR ZAM ZAM,
REZEKI YANG BERTEBARAN DISELURUH PELUSUK DUNIA SEPERTIMANA AIR ZAMZAM MU YANG BERTEBARAN DI SELURUH DUNIA,
REZEKI YANG TAK PERNAH PUTUS,
REZEKI YANG MEMBAWA KEBAIKAN,
REZEKI YANG MEMBAWAKU KE SYURGAMU,
REZEKI YANG MENGJANGKAU AKAL FIKIRANKU, 
REZEKI YANG MEMBANTU AKU MENDAKWAH DI NEGARA ISLAM DAN EMBANTU MEMBAWA PENDAKWAH-PENDAKWAH KE SELURUH DUNIA UNTUK MEREKA BERDAKWAH,
REZEKI YANG BOLEH MEMBAWA AKU, IBU BAPA, KELUARGA, SAHABAT, GURU-GURU, DN KENALANKU KE SYURGAMU YA ALLAH.

Ya Allah that really nice word that come from her deep heart. SubhanAllah.

#pijashare

-SESUNGGUHNYA CIPTAAN ALLAH ITU CANTIK DAN PERANCANGAN ALLAH ADALAH YANG TERBAIK-

Sincerely,
-nhb-
                                                                                                                                                 21-07-19






Isnin, 15 Julai 2019

Jalan-jalan Johor Day 2

Assalamualaikum w.b.t

Second day.

Cer teka kemanakah kami second day.???


Agak-agak kalau lalu jambatan Kota Tinggi nak pi mana?? 



Yay dah sampai Pantai Desaru. Aku penah la jugak dengar nama pantai ni sebab agak famous tapi Desaru bukanlah pantai yang ada dalam wishlist aku. Pantai @ Pulau yang aku teringin gila nak pegi ialah Pulau Perhentian, Pulau Kapas dengan Pulau Mabul. InshaAllah one fine day.


This is call beach therapy. Tak masalah asal Mira masukkan selipar jamban purple aku sekali. Memalukan betul.



For the first time being here pantai Desaru ni bagi aku wow sebab bersih dan air biru-biru hijau. Ombak dia pun okay okay. Dan disebabkan kami datang weekdays so memang tak ramai orang. Sebelum terlupa fee parking untuk kereta RM6 per entrywhich is agak mahal jugak la tapi once dah masuk enjoy ja supaya tak rasa rugi. Tempat ni nama dia Desaru Public Beach. Dekat Desaru ni banyak resort-resort.  Desaru ni antara tempat yang bagus untuk tenangkan fikiran sebab dia ada pantai yang best bagi aku dan jauh dari bandar, Kiranya kawasan dia tenang kereta tak banyak sangat. 

Tapi dekat Desaru sekarang dah ada Desaru Coast Adventure Waterpark adalah taman tema terbesar di Malaysia sekarang dan boleh tampung 12,000 orang ( ni aku gigih google taw).


Mai Desaru jauh jauh boleh mai dok panjat pokok pulak. Okay semata-mata untuk candid.


hmmm rindu .


This is definitely after incident dengan monyet makan sambal tu. 
Both of them are my closed friend in SESERI.

Depa dua ni antara orang yang paling rapat dengan aku dekat SESERi dulu. Zai bedmate aku sebab katil Zai dan aku bergabung time baru-baru masuk dulu which is waktu Form 4. Dan Mira pulak katil sebelah Zai. Kiranya kami tiga dormmates. Zai dan Mira dua-dua orang Johor so that why I came here. Dan bila Form 5 katil semua sorang satu sebab susunan dorm berubah but Zai still sebelah aku dan Mira still di sebelah Zai. Aku sangat rapat dengan depa  dua first sekali sebab kami tiga semua orang jauh so kiranya macam saling faham lah perasan masing-masing. Tapi akulah yang paling jauh. So bila homesick sama-sama teriak , ada waktu aku homesick both of them akan pujuk and comfort aku. Masalahnya waktu form 4 aku tak rasa  pastu bila Form 5 dok buat homesick teruk. Second sebab Mira ni dia satu kepala rebel dengan aku. Zai macam ikut peraturan sikit. Third, bila pulang bermalam yang 3 hari 2 malam aku mesti akan naik KTM balik Klang rumah mak teh aku pastu Mira akan balik rumah abang dia dekat Shah Alam.


Truth to be told, banyak aku belajar bila sama-sama membesar dengan depa dua. Kehidupan asrama yang bukan biasa-biasa dan being 500 kilometres away from family. And paling penting macam mana aku survive di Kuala Lumpur by the early age of 16. Banyak sangat  benda aku explore time ni.
Bersyukur sangat jumpa orang macam depa dua. Tambah-tambah sepanjang 2 tahun di sekolah tu aku banyak kali jatuh sakit dan Zai antara orang yang paling berjasa dan jaga aku macam mana mak aku jaga aku waktu aku sakit. Even time minggu SPM aku sakit dia still jenguk aku kat katil, check suhu badan aku, buat makanan, ambil itu ini, letakkan tuala basah atas dahi. Walaupun waktu SPM ramai orang kalut study tapi depa dua ada masa jaga aku. Dan paling penting pergi outing Mid Valley Megamall mesti bawak luggage untuk beli stok di asrama. maklumlah outing sebulan sekali. Masing-masing tukar-tukar heret luggage masuk KTM, masuk mall. Aduhhh nasib baik dekat KL benda tu benda biasa.

Tapi aku rindu jugak kat sorang lagi dormmate aku. Nama dia Alia Melin. Dia ni baik gilaaaaaa. Selalu bagi makanan. Pastu kalau weekend mama dia datang mesti bawak makanan. Alia cravingnya carrot cake Secret Recipe. Tapi dia tak dapat join trip ni. Aku rapat gila dengan dia sebab dia dormmates dan merangkap deskmate aku paling setia time form 5. So nilah antara muka pegi kelas jumpa dia balik bilik pun jumpa dia, mandi pun toilet sebelah-sebelah . Tapi kat kelas dia ,dia ada musim dia mengantuk je sepanjang masa iaitu bila dia selsema. Jadi bertambahlah kerja aku iaitu kerja kejutkan dia Aku kira macam jam loceng.. Hihihi.. Function sangat



haaa kan dah keluar habis cerita time sekolah dulu.



Kasi chance satu kali.
 InshaAllah Desaru nanti aku datang lagi. 



Actually banyak tempat aku teringin nak pergi di JOHOR tapi tak tercapai. Antaranya
  •  Tasik Biru Kangkar Pulai
  • Gunung Pulai (hiking)
  • Tanjung Piai (penghujung selatan Malaysia)
  • Kulim Eco Trail Retreat


Thank you Zai for staying dan kerajinan mak Zai prepare makanan breakfast, lunch apa semua. And Mira thanks sanggup turun dari Batu Pahat. Pastu kalut balik sebab dah kena mula kerja besok tu.

-BILA NAK SESUATU DOA PADA ALLAH INSHAALLAH ALLAH DENGAR-


Sincerely,
-nhb-
                                                                                                                                                16-07-19








Rabu, 10 Julai 2019

Jalan-jalan Johor Day 1

Assalamualaikum w.b.t

Procrastination after procrastination finally tulis jugak post ni, Short vacay aku ke Johor baru-baru boleh dianggap percutian bajet jugaklah. Sebab tak sampai RM350 habis termasuklah transport dari Perlis ke Johor.


Time aku booked flight Penang- Johor Bahru dapat dalam RM70++ sahaja. 3 bulan awal aku booked engko. Time tu tak rancang pun itineriari untuk jalan-jalan di Johor. Just booked dulu sebab bila dah booked flight confirm confirm kita akan bagi jadi jugak trip tu.



Sampai tengah hari di Senai International Airport pastu Zai dan mama dia datang ambik aku. And directly ambik Mira di Larkin Sentral. So actually di Johor aku tidur di rumah Zai di Pasir Gudang so memang save banyak dari segi accomodation.

Malam tu baru betul-betul plan sekali nak pegi untuk first day. So kami decided untuk pusing-puing JB. So fisrt aktiviti ialah ice skating di Paradigm Mall. Sebab nak pernah try so memang kena try. Rasanya fees dia affordable sebab RM25 untuk sekali masuk. Tak kisah nak main berapa lama dalam tu.Tapi kalau tak bawak glove kena tambah RM5.





Ingatkan senang je weh. Tapi ya Allah tak tahulah pulak  sesusah ini main ice skating. Time masuk kat pintu depan tu pun dah tergolek lebih teruk daripada ayam golek. Tapi aku gagahkan juga diri ni untuk terus berjalan. Aduh takkan bayar mahal-mahal jatuh sekali dah nak keluar. Not sure berapa pusingan aku buat tapi aku still usaha untuk improve padahal tangan dan kaki dah skit teruk.2  jam jugak dalam tu.



Then directly lunch dekat Kfry Urban Korean Holiday Villa Johor Bahru berdekatan KSL City. Kami order 3 jenis je share 4 orang.


Total ni and fries about RM98. Overall okay la tapi ayam tu agak muak sebab cheese terlampau banyak. 3 ketul pum gagah aku habiskan. So far aku lagi suka ayam 4Fingers .






Tumpang lalu nak acah jap.





Then gi pusing-pusing dalam KSL CIty cari Tiger Sugar. Not sure flavour apa but overall sedap tapi rasa brown sugar tu agak kuat. Harga RM12.90. 



Memandangkan dah petang so meneruskan misi mencari Pisang Goreng Mawar. Tak tahu sebab apa famous sangat Pisang Goreng Mawar dekat JB ni tapi ramai sangat suggest so meh kita try. Kedai dia tepi jalan bertentangan dengan Stadium pasukan JDT training . 

Apa yang aku boleh komen pisang tu rasa biasa ja takdelah besar mana dan harga pun boleh tahan sekeping 50 sen. Ingatkan macam sedap gila sebab 50 sen sekeping tapi rasa cam pisang goreng biasa ja. Cuma dia ada bekalkan sambal kicap. Maybe sebab tu kot orang kata sedap. But for me beshe beshe je. 


Lepas tu kengkawan aku pun bawak aku pergi dataran JB yang ada menara jam tu sebagai tanda aku sudah jejak negeri Johor. Actually, menara jam ni sebelah stadium JDT training. Kalau boleh masuk stadium tu memang dah lama aku masuk sebab dari luar memang dah nampak woww.

Alhamdulillah 20 tahun hidup dah dapat jejak kaki ke semua negeri di Semenanjung Malaysia. And Johor jadi negeri last aku jejak kaki. Ye lahh aku dari hujung utara (Perlis) ke hujung selatan (Johor). 800++ km away hokays.

After SPM dulu penah jejak kaki ke Johor Darul Takzim tapi kawasan Muar, lagipun yang tu kejap je sebab dari Melaka tapi pegi cari makanan di Muar. Tapi cam tak feel ahh berapa jam je jejak kaki kat Johor.







Gambar kat atas actually di Laman Mahkota Bukit Serene iaitu memang betul-betul di hadapan istana Bukit Serene dan tepi highway. Dan merupakan salah satu mercu tanda Johor Bahru.


Next destination is Masjid Sultan Abu Bakar Johor


Sebenarnya aku yang request untuk pegi masjid ni sebab ni masjid ikon di Johor kiranya macam masjid besar kat sini.


Dia punya art building lawa kat mata aku tapi  tak tahu nak desribe macam mana. 


Lantai masjid lantai marble termasuklah sekali dengan tandas-tandas dia lantai marble.
Usually kalau pergi jalan-jalan selalu singgah masjid dan tengaok dia punya structure dalam dan luar.
Sebab setiap negeri dia punya reka bentuk sangat-sangat lain.


Dia punya tandas lagi lawa dari tandas di Mall.


After Maghrib bergerak balik but singgah Danga Bay kejap.




-WILL BE CONTINUE FOR DAY 2-

Sincerely,
-nhb-
                                                                                                                                            11-07-19




Isnin, 8 Julai 2019

HOPE : Share The Smile (VOLUNTEERISM)

Assalamualaikum w.b.t

Akhirnya post jugak after pending dekat 6 bulan dalam draft. Just nak share Program Hope Share The Smile aku aku join bulan 1 lepas. Program ini under Sekretariat Sukarelawan USM.  Actually program ni Program bagi bantuan persekolahan pada murid yang lahir daripada keluarga yang kurang pendapatan. Sebenarnya , program ni nak  buat before murid-murid mula persekolah tapi sebab ada kekangan masa kami busy nak final exam so tangguh buat hujung bulan 1. Benda boleh tangguh buat apa nak  buat awal. Ehh takdelah gurau ja.




 First day tu perjalanan dari USM Induk Penang ke Usm Kubang Kerian Kelantan sebab kami stay sana dua malam .  First time taw naik van untuk perjalanan jauh. Melompat-lompat aku driver ni bawak laju . And before sampai tu berhenti dekat area Bukit Bunga makan tengah hari . Aku try nasi air dingin sebab selalu mai Kelantan makan mee celup . Rupanya nasi air dingin tu moi sup orang utagha panggil. 



Ni nasi air dinginnya. 


Desasiswa Universiti Sains Malaysia , Kubang Kerian , Kelantan.

So esoknya terus bertolak ke SK Berangan 1, Tumpat, Kelantan. Untuk bagi barangan persekolahan dekat murid-murid sekolah tu. Dalam 50 orang murid bertuah  yang dapat bantuan. Malam sebelum datang kami dah pergi beli barang- barang dekat Mydin Kubang Kerian . 



Selain bagi bantuan, pihak sekolah ada minta buatkan mural di dinding sekolah . So yeahh berhempas pulaslah kami menyiapkan mural sehari suntuk dengan kudrat yang ada sebab esok nak pi berjalan, Waktu sampai pagi tu hujan lebat. Risau gak takut tak sempat habis. Tapi dalam 10.30 pagi tu dalam panas balik. Thank you matahari.



Tadaa... hasil kerja 10.30 pagi - 9 malam .. Waktu ni macam nak terlucut segala sendi. Tapi impress dengan seorang cikgu sekolah tu tunggu kami buat sampai habis. Kalau aku memang habis waktu kerja dah cabut balik. Kerja-kerja sukarelawan yang nampak remeh je tapi bila engkau sendiri yang buat benda tu rasa macam wow. Benda orang nampak simple tadi disebalik tu ada orang tak tahu berapa banyak orang terlibat, berapa banyak masa orang korbankan untuk  buat sesuatu benda tuh.. Done membebel.


Sincerely, 
-nhb-

                                                                                                                                             09-07-2019.