Haloo see you again this time. Harap tak bosan baca pasal penulisan aku yang bosan + merapu kekadang . This time just nak share stay my 2 days 2 nights in Hatyai December 2018. This actually my second time there. First trip was in 2016 so it about 2 years ago jugak. Before ni ada jugak masuk Thailand pi Satun and Park Bara . Kekadang our trip just untuk isi weekend , pegi makan-makan atau pi beli barang.
Ini namanya beruntung jadi rakyat jelata dan anak kelahiran Perlis nak pergi Thailand tak perlu passport bagai. Just pergi buat boardpass dekat imigresen settle kalau tak ramai dalam 10 minit siap. Family aku esok pagi tu nak pergi , malam sebelum pegi tu baru pi buat boardpass. Harga pun RM10 sahaja seorang. Untuk anak-anak bawah 12 tahun kiranya masuk sekali dalam boardpass mak dia .Kiranya satu buku ja. Jimatkan ? No need passpoert meh .Dua orang bayar RM10 sahaja.. Bukan kata sebulan sekali boleh keluar masuk Thailand, seminggu sekali pun boleh. Tapi certain region jela macam Satun, Hatyai, Pathalung dan beberapa kawasan lain. #perlisissosmall. Ko ingat aku kesah. Apa ja yang Perlis yang takdak ?? Jalan tak jammed, makanan murah, tempat semua dekat - dekat, sebelah Thailand balik hari pun takpa.
Sebenarnya rancangan asalnya nak pergi Johor this year tapi tak jadi sebab tiba-tiba abah malas nak drive Perlis- Johor . So terus tukar pergi Hatyai dekat sikit. (Perlis-Johor = 10 jam and boleh jadi 12 jam kalau pergi dengan family). bukan taktaw nak terkencing la, apa la . (Perlis-Hatyai = 1jam setengah - 2 jam ). See dekat je kan. Penang- Perlis pun 3 jam taw. Ditambah pula dengan kakak aku dah start kerja waktu tu dan aku pun cuti study week waktu tu. Study week ka dak gigih pi waktu ja before sekolah start. Sebab every year family aku memang akan ada official holiday bulan 12 selalu sebab waktu ni ja adik-adik cuti sekolah panjang. Adik-adik okay sebab lebih dari sorang . Padahal adik dua orang ja pun. Aku yang study week pun rancak join. Mana pernah tak join.
Disebabkan abah salah booking hotel dekat agoda sebab excited sangat nak bawak anak jenjalan so kami pun decide pegi ja dulu nanti pegi je la cari hotel mana- mana. nak pegi 23-24hb Disember tapi pegi book 23-24 Januari . And malam before pergi baru perasan. Hampeh betul.
Sawadikap
Okay adik-beradik kami taksah kalau tak tangkap gambar . Tengah-tengah panas pun ONZZ.
Sementara tunggu abah settlekan insurans kereta.
Bukan main panjang beratur sebab nak dekat Kristmas. Dulu penah kena beratur 2 jam lenguh habis kaki sis taw. Tapi tak serik jugak tu. Waktu tu memang pi betul- betul sehari before Kristmas.
Selesai selesai cop boardpass apa semua singgah breakfast luhh. Koteow sup siam tapi yang ni tak berapa power sangat. Kedai yang mak abah selalu pegi tu tutup pulak haritu.
Pastu terus teruskan perjalanan ke Hatyai . Cari hotel pastu macam okay terus book . Book 2 bilik .Kalau kat Thailand tak payah risau hotel bukan setakat banyak tapi berlonggok -longgok + murah. Serius serius. Tapi tak ingat nama hotel tapi dapat rate dalam sebilik RM100 semalam dalam 700-800bath waktu ni. Pastu check in rehat- rehat luh . Solat siap-siap .
Pastu keluar pergi Hatyai Plaza.
First things first mestilah misi mencari makan. Perut dah laparuddin dah
Sayur GOING Canpur. Hahaha. Tempat makan kami pi ni tingkat atas bazaar ni. Lebih kurang macam Pasar Siti Khadijah tingkat atas ada kedai makan.
Rambang mata aihh macam nak semua.
Dah settle beli barang yang nak beli terus pegi Klonghae Floating Market .
Sampai-sampai tu memang sesak. Dengan beratus buah kereta dan berpuluh-puluh bas. Aku tak pernah tengok lagi la selama aku hidup berpuluh- puluh bas banyak sampai macam ni. Orang memang pack gila.
Waktu aku baru-baru sampai tu aku ternampak Dr.Yeoh dia ajar aku Organic Chem sem 1 memang terkejut wehh.
Dia punya ramai sampai makanan yang jual pun boleh habis. 70% Malaysian boleh dikatakan.
Tah minah mana termasuk dalam gambar aku.
Macam biasa green tea . Hiks . Tak beli ni taksah. Satu lagi cucur ikan. Kalau takdak dua boleh sedih sampai balik rumah. Kalau air kelapa dia letak dalam buluh pastu letak bunga kat atas tu .Cute je . Yang ni 30 bath sekali dengan labu sayong .
Adik aku gambar dia tak penuh gallery aku taksah .
Dah habis makan and jalan bolehlah pergi atas Jambatan . Ambik-ambik gambar. Peniaga-peniaga ada yang menjual atas air dan and ada juga yang atas darat.
Dah nak dekat Maghrib baru kalut nak balik hotel.
Sebelah malam keluar lagi pergi Asean Night Market. Sama sebijik sejibik ramai sungguh rakyat Malaysia.
Pergi naik tuk-tuk je. Dapat dalam 150 bath sehala daripada hotel-> Asean Night Market.
Dah balik ke hotel singgah tesco jap sebelah.
Menyempat je kakak aku malam-malam. Ni tempat tidur kami. Dia bukan hotel tapi rumah sebiji-biji.
Keesokan harinya semua gigih tiru running Man.
On the way ke Songkhla kami singgah sini.
Lupa nama apa tempat ni tapi macam Pusat Islam dekat Hatyai. Baru je bina.
Betul- betul depan ni ada air serupa macam depan Taj mahal.
Ni bukan masjid taw.
Selepas sampailah kami ke Samila Beach . It my second time here. Dulu datang macam lain tapi sekarang lebih cantik
Tenang sangat pantai dia .
Acah jap. Padahal panas nak mampuih.
Kalau aku tangkap memang perfect.
Adik paling kecik tapi dia paling suka belanja. Sejenis yang tak sayang duit.
Jangan risau sebab kat sini ada banyak pokok. Siap ada kawasan untuk picnic dengan family. Cuma kena bawak tikar kecil atau boleh sewa.
Yay sorang satu takpayah share. Satu 35 bath ja satu .
Dulu mai takdak lagi ...
Lepas tu kami meneruskan perjalanan ke Armana Resort.
Armada Resort ni jauh dari pekan atau bandar. Tapi tepi pantai.
Okay sempat pi rembat moto minah Siam mana tak tahu la.
Tengok kami sampai mana pulak ???
Eiffel Tower Thailand.
Izinkan patik beradu seketika...
Tempat ni hanyalah untuk tempat photoshoot tepi pantai. . Ada juga tempat penginapan.
Banyak lagi background cantik-cantik tapi malas nak upload banyak-banyak.
Lepas tu terus balik . Pukul 8.30 lebih baru sampai pintu sempadan. Nasib tak kena tahan.
CURRENT CURRENCY
RM100 = 774 Bath
korang doakan sama nilai matawang Malaysia meningkat.
Until here my writing for this time. See ya next time.
Sincerely,
-nhb-
20-05-2019
Tiada ulasan:
Catat Ulasan