meta name="viewport" content="width=device-width, initial-scale=1” BLOG GADIS TINGGI LAMPAI: Mei 2019

Jumaat, 31 Mei 2019

Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) dalam kenangan.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ramadhan Al Mubarak

Salam 27 Ramadhan.

Saja terdetik buat post ini sebab  dah hampir dua tahun berlalu sejak first day aku jejak kaki ke bumi  Kolej Matrikulasi Perlis. Sebab dulu first day kat matrik bulan posa. Aceyy acah jauh sangat padahal tak sampai 6 kilometer ja dari rumah aku. Bulan bulan posa ni teringat la time bukak posa kat matrik dulu bilik 409 bilik jiran aku. Berkampung kat situ macam buat kenduri. Bila time berbukak mesti bising and Shaz selalu la gi borong ais kiub dekat kafe petang-petang. Tapi aku sangat bersyukur sebab dipertemukan dengan dak-dak  sekolah Syed Alwi. Dalam semua tu aku sorang ja orang luar tapi how they approach aku buat aku selesa dengan depa. Time waktu first day tu aku senyap je, aku usha je depa dok sembang merapu. DAh lama kenal , sekali dengan aku naik hantu. Pastu waktu bulan posa every weekend boleh pulang bermalam. Memang semua cabut balik la dah semua orang Perlis. Pastu hari Ahad pakat bawak makanan masing-masing. Tapi Shaz la paling banyak bawak makanan sebab nenek dia selalu masak banyak-banyak. Dan semestinya aku tukang habiskan makanan dia tu lepas tarawih atau dipaksa untuk habiskan. Dia memang nak bagi terburai perut aku ke cemana ???



Dah cuba godek gambar ngan geng jiran sebelah tapi tak jumpa. But one with Shaz pun okay kan ??


And bila compare kat duduk di universiti sekarang ohh no the environment was really different. IT WAS TOTALLY DIFFERENT BEB. First day bukak posa aku makan menghadap dinding weh. Rasa cam takdak life . Serius waktu tu tak taw nak menangis ke gembira sebab walaupun bukak posa sorang tapi alhamdulillah ada makanan juga untuk berbuka dibandingkan dengan orang di Syria nuh. Syahdu gila first day buka. So disebabkan itu aku memilih untuk berbuka di masjid USM mostly everyday. At least takde la menghadap dinding, ada jugak orang depan mata dan yang paling penting rasa la jugak suasana berbuka dan suasana Ramadhan. Bila dok jauh dengan family time berbuka dan sahur paling syahdu .



Ni suasana berbuka di masjid USM. Nampak kemain panjang orang beratur . Makanan free kan ??


Tapi time duduk SESERI dulu syahdu lagi takleh bawak bincang sampaikan duduk elok2 dalam dewan makan nak berbuka tetiba air mata keluar automatik . Sahur pun makan sambil nangis. Ko ngase ?? (Okay taknak cite benda lama)

And lastly nak share satu doa ini, Elok dibaca pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan.


Ya Allah, Engkau Maha Pemaaf dan Engkau mencintai orang yang meminta maaf, karenanya maafkanlah aku (HR Ibnu Majah, Tirmidzi)



- SEMOGA AMAL IBADAT KITA DI BULAN PUASA TAHUN INI DITERIMA ALLAH S.W.T-

Sincerely,
-nhb-
                                                                                                                                           31-05-19





Isnin, 20 Mei 2019

Trip to Hatyai With Family

Assalmualaikum w.b.t.

Haloo see you again this time. Harap tak bosan baca pasal penulisan aku  yang bosan + merapu kekadang . This time just nak share stay my 2 days 2 nights in Hatyai December 2018. This actually my second time there. First trip was in 2016 so it about 2 years ago jugak. Before ni ada jugak masuk Thailand pi Satun and Park Bara . Kekadang our trip just untuk isi weekend , pegi makan-makan atau pi beli barang.


Ini namanya beruntung jadi rakyat jelata dan anak kelahiran Perlis nak pergi Thailand tak perlu passport bagai. Just pergi buat boardpass dekat imigresen settle kalau tak ramai dalam 10 minit siap. Family aku esok pagi tu nak pergi , malam sebelum pegi tu baru pi buat boardpass. Harga pun RM10 sahaja seorang. Untuk anak-anak bawah 12 tahun kiranya masuk sekali dalam boardpass mak dia .Kiranya satu buku ja. Jimatkan ? No need passpoert meh .Dua orang bayar RM10 sahaja.. Bukan kata sebulan sekali boleh keluar masuk Thailand, seminggu sekali pun boleh. Tapi  certain region jela macam Satun, Hatyai, Pathalung dan beberapa kawasan lain. #perlisissosmall. Ko ingat aku kesah. Apa ja yang Perlis yang takdak ?? Jalan tak jammed, makanan murah, tempat semua dekat - dekat, sebelah Thailand balik hari pun takpa.


Sebenarnya rancangan asalnya nak pergi  Johor this year tapi tak jadi sebab tiba-tiba abah malas nak drive Perlis- Johor . So terus tukar pergi Hatyai dekat sikit. (Perlis-Johor = 10 jam and boleh jadi 12 jam kalau pergi dengan family). bukan taktaw nak terkencing la, apa la . (Perlis-Hatyai = 1jam setengah - 2 jam ). See dekat je kan. Penang- Perlis pun 3 jam taw. Ditambah pula dengan kakak aku dah start kerja waktu tu dan aku pun cuti study week waktu tu. Study week ka dak gigih pi waktu ja before sekolah start. Sebab every year family aku memang akan ada official holiday bulan 12 selalu sebab waktu ni ja adik-adik cuti sekolah panjang. Adik-adik okay sebab lebih dari sorang . Padahal adik dua orang ja pun. Aku yang study week pun rancak join. Mana pernah tak join.

Disebabkan abah salah booking hotel dekat agoda sebab excited sangat nak bawak anak jenjalan so kami pun decide pegi ja dulu nanti pegi je la cari hotel mana- mana. nak pegi 23-24hb Disember tapi pegi book 23-24 Januari . And malam before pergi baru perasan. Hampeh betul.


Sawadikap


Okay adik-beradik kami taksah kalau tak tangkap gambar . Tengah-tengah panas pun ONZZ. 


Sementara tunggu abah settlekan insurans kereta.

 Bukan main panjang beratur sebab nak dekat Kristmas. Dulu penah kena beratur 2 jam lenguh habis kaki sis taw. Tapi tak serik jugak tu. Waktu tu memang pi betul- betul sehari before Kristmas. 


Selesai selesai cop boardpass apa semua singgah breakfast luhh. Koteow sup siam tapi yang ni tak berapa power sangat. Kedai yang mak abah selalu pegi tu tutup pulak haritu. 

Pastu terus teruskan perjalanan ke Hatyai . Cari hotel pastu macam okay terus book . Book 2 bilik .Kalau kat Thailand tak payah risau hotel bukan setakat banyak tapi berlonggok -longgok + murah. Serius serius. Tapi tak ingat nama hotel tapi dapat rate dalam sebilik RM100 semalam dalam 700-800bath waktu ni. Pastu check in rehat- rehat luh . Solat siap-siap . 

Pastu keluar pergi Hatyai Plaza.


First things first mestilah misi mencari makan. Perut dah laparuddin dah 


Sayur GOING Canpur. Hahaha. Tempat makan kami pi ni tingkat atas bazaar ni. Lebih kurang macam Pasar Siti Khadijah tingkat atas ada kedai makan.


Rambang mata aihh macam nak semua. 



Dah settle beli barang yang nak beli  terus pegi Klonghae Floating Market .
Sampai-sampai tu memang sesak. Dengan beratus buah kereta dan berpuluh-puluh bas. Aku tak pernah tengok lagi la selama aku hidup berpuluh- puluh bas banyak sampai macam ni. Orang memang pack gila. 




Waktu aku baru-baru sampai tu aku ternampak Dr.Yeoh dia ajar aku Organic Chem sem 1 memang terkejut wehh. 




Dia punya ramai sampai makanan yang jual pun boleh habis. 70% Malaysian boleh dikatakan. 


Tah minah mana termasuk dalam gambar aku. 


Macam biasa green tea . Hiks . Tak beli ni taksah. Satu lagi cucur ikan. Kalau takdak dua boleh sedih sampai balik rumah. Kalau air kelapa dia letak dalam buluh pastu letak bunga kat atas tu .Cute je . Yang ni 30 bath sekali dengan labu sayong .


Adik aku gambar dia tak penuh gallery aku taksah .


Dah habis makan and jalan bolehlah pergi atas Jambatan . Ambik-ambik gambar. Peniaga-peniaga ada yang menjual atas air dan and ada juga yang atas darat. 


Dah nak dekat Maghrib baru kalut nak balik hotel.




Sebelah malam keluar lagi pergi Asean Night Market. Sama sebijik sejibik ramai sungguh rakyat Malaysia. 


Pergi naik tuk-tuk je. Dapat dalam 150 bath sehala daripada hotel-> Asean Night Market. 


Dah balik ke hotel singgah tesco jap sebelah. 




Menyempat je kakak aku malam-malam. Ni tempat tidur kami. Dia bukan hotel tapi rumah sebiji-biji.



Keesokan harinya semua gigih tiru running Man.



On the way ke Songkhla kami singgah sini.
Lupa nama apa tempat ni tapi macam Pusat Islam dekat Hatyai. Baru je bina.



Betul- betul depan ni ada air serupa macam depan Taj mahal.





Ni bukan masjid taw.


Selepas sampailah kami ke Samila Beach . It my second time here. Dulu datang macam lain tapi sekarang lebih cantik


Tenang sangat pantai dia .


Acah jap. Padahal panas nak mampuih. 


Kalau aku tangkap memang perfect. 




Adik paling kecik tapi dia paling suka belanja. Sejenis yang tak sayang duit.


Jangan risau sebab kat sini ada banyak pokok. Siap ada kawasan untuk picnic dengan family. Cuma kena bawak tikar kecil atau boleh sewa.


Yay sorang satu takpayah share. Satu 35 bath ja satu . 


Dulu mai takdak lagi ...


Lepas tu kami meneruskan perjalanan ke Armana Resort. 


Armada Resort ni jauh dari pekan atau bandar. Tapi tepi pantai.


Okay sempat pi rembat moto minah Siam mana tak tahu la. 

 Tengok kami sampai mana pulak ???


Eiffel Tower Thailand.


Izinkan patik beradu seketika... 


Tempat ni hanyalah untuk tempat photoshoot tepi pantai. . Ada juga tempat penginapan.
Banyak lagi background cantik-cantik tapi malas nak upload banyak-banyak.

Lepas tu terus balik . Pukul 8.30  lebih baru sampai pintu sempadan. Nasib tak kena tahan.

CURRENT CURRENCY
RM100 = 774 Bath 
korang doakan sama nilai matawang Malaysia meningkat.

Until here my writing for this time. See ya next time.


Sincerely,
-nhb-
                                                                                                                                          20-05-2019













Sabtu, 11 Mei 2019

Keputusan UPU 2019 lepasan SPM

Assalamualaikum w.b.t

Nak story mory sikit sebab skrg budak SPM kecoh dengan result UPU yang baru keluar beberapa hari lepas. So keputusan UPU yang baru keluar ni untuk pelajar lepasan SPM . Result yang keluar maybe buatkan adik-adik ni tertanya where I can go and where I should go ? right ? Ini adalah antara salah satu  masa korang akan  rasa serabut tak taw nak sambung mana dan  yang mana perlu pilih, yang mana perlu tolak. Maybe ada orang yang dapat dua  tiga tawaran sekaligus, And maybe ada dapat satu ja tawaran so no other choices. And mesti jugak ada yang tak dapat tawaran mana-mana. So yang dapat satu ja tawaran kena bersyukur sebab ada orang yang tak dapat peluang langsung.


Bila keluar keputusan  mesti ada yang terkejut, mesti ada yang gembira , and mesti ada yang tak rasa apa-apa. Tempat mana pun yang korang dapat bagi aku dia ibaratkan satu peluang baru atau jalan baru so once dah ada pelunag/jalan baru you need to create the way again. Tak kisah sambung form 6 , matrikulasi, asasi, kolej komuniti , kolej kemahiran ataupun diploma sekalipun jangan rasa terlalu hebat atau terlalu rendah diri. Well kita manusia biasa ja , semua sama takdak beza sikit pun. So live your life bro. Your SPM
result is just like entrance ticket to enter new place. Masing-masing ada jalan cerita masing-masing, kepenatan masing-masing, kebahagiaan masing-masing dan kejayaan masing-masing. For those yang tak dapat apa yang korang nak it's okay just think positive maybe sebab Allah nak bagi yang lebih baik atau maybe you are meant to be someone else. Who knows right ?


Once in studies , takkan ada istilah senang tak kisah kos apa pun , universiti apa sekali pun, semua perlukan pengorbanan, semua perlukan kesungguhan, and etc. Jadi takkan timbul isu belajar ni susah belajar ni senang. Engkau tahu tak betapa peritnya nak habiskan satu sem.

Untuk adik-adik yang still dalam keraguan nak pilih tawaran yang mana satu, boleh buat istikharah minta pada Allah tunjukkan yang terbaik, tamabah-tambah bulan Ramadhan ni  ,minta Allah  gerakkan hati untuk pilih yang mana satu . InshaAllah perancangan Allah tak akan pernah salah.

If you tak dapat apa yang you dream selama ni, apa yang you nak achieve , apa yang you nak sangat dalam hidup , jangan risau just yakin dengan perancangan Allah sebab Dia lebih tahu. Banyak lagi cabang lain, banyak lagi pilihan lain yang korang boleh cuba .



Untuk yang dapat matrikulasi dan akan sambung matrikulasi just enjoy je study kat matrik sebab korang menang takkan jumpa moment yang ada kat matrik. Enjoy enjoy jugak tapi kena  study smart jugak . Once dah masuk universiti it totally change..I SAY IT TOTALLY CHANGE BEB. Yang tak jumpa minat lagi boleh cari minat di sini. Ada banyak lecturer yang akan tolong korang . For those yang dapat Kolej Matrikulasi Perlis korang perlu bersyukur sebab walaupun dia terperuk dekat utara Malaysia tapi sampai aku sendiri belum move on dengan moment di situ. S



Nah gambar sebab takleh move on . 


"LIFE HAS MANY CHOICES SO YOU NEED TO CHOOSE WHICH ONE YOU WANT BUT ONCE YOU CHOOSE THAT ONE JUST GO WITH THAT CHOICE"

Salam 7 Ramadhan 


Sincerely,
-nhb-                                                                                                                        12-05-2019



Ahad, 5 Mei 2019

Salam Ramadhan al - Mubarak 1440

Assalamualaikum w.b.t

It just a short write up this time because need time to settle down all the  homeworks delayed because of I'm going back home this weekend. Salam Ramadhan al- Mubarak 1440 . Thank you Allah  still giving us breathing and living in this Ramadhan .



This is the benefit of Ramadhan .
 (3 peringkat Ramadhan -- rahmat, maghfirah, hindar dari seksa neraka--)


  • 10 hari terawal adalah rahmat. Jadi untuk 10 hari terawal mintalah pada Allah agar kita sentiasa dalam rahmatNya. 
  • 10 pertengahan Ramadhan adalah magfirah iaitu keampunan. Jadi kita perlulah memperbanyakkan amalan dan memohon ampun daripada Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun.
  • 10 hari terakhir adalah penghindaran dari seksaan api neraka. Jadi pada 10 malam terakhir banyakkan memohon dari Allah agar diselamatkan  dan dijauhkan daripada seksaan api neraka kelak.
* that also a gentle reminder to myself and other Muslimin and Muslimat. 

-HAPPY FASTING GUYS_



Sincerely,
-nhb-

                                                                                                                                           05-05-2019