meta name="viewport" content="width=device-width, initial-scale=1” BLOG GADIS TINGGI LAMPAI: Oktober 2019

Khamis, 10 Oktober 2019

AKHIRNYA SABTU PAGI DI HIKING TRAIL BUKIT JAMBUL

Assalamualaikum w.b.t

So yeahhh aku tulis petang ni sebab free tak tahu nak buat apa tapi petang ni malas nak turun jogging. So aku termereput di katil bersama lappyku.

Ayat pertama aku chat Jiah ialah Assalamualaikum Jiah free dak sabtu pagi ?? Minat hiking dak? Kalau minat nak ajak pi hiking kat Bukit Jambul. Pastu dia blas kata  kalau kat KL selalu ja hiking. Pastu dia onzzzz. Aku tak sangka akhirnya jumpa gak kawan yang minat hiking. Bukan senang nak cari kawan yang minat hiking. Gila tak best sebab aku teringin nak hiking kat situ dari sem lepas lagi.


Aku ni sejenis yang mai redah ja. Walaupun tak tahu track gedik nak pegi gak. Sebab aku yakin mesti jumpa punya orang yang tahu jalan. Ikut je la orang apa susahnya. And disebabkan Hiking Trail entrance tu 2.7km ja dari tempat aku lagi aku tergedik nak pegi. Sumpah dekat. Satu lagi sebab Hiking trail Bukit Jambul tak tinggi sangat pun. Dalam 241m saja dari aras laut. 


Pastu bila dah start naik bukit kena ada jalan masuk ke hutan. PAstu dua dua cam nak ikut yang mana. Tetiba haaa ada sekumpulan geng hiking mak cik dan pak cik tu ajak ikut depa. Kami pun ikut ja la sebab tak tau track. Pastu akan jumpa 2 cabang trek 300m dan 500m. Aku dah cam bapak penat.  Pastu boleh pulak depa pilih nak ikut 500m. Mula-mula tu nak ikut 300m tapi Aku cam papepun takpa janji aku tak sesat. OMG pak cik mak cik tu memang jalan laju nak mampus sebab depa memang kaki hiking. Aku yang muda yang tercungap cungap. Cam tak caya mak cik umur 50 lebih hiking lagi laju daripada aku.



Lebih kurang 1 jam lebih sampai la puncak. Kan aku cakap tak tinggi sangat tapi semput gak dekat 2 bulan tak hiking. Ovrall view dia tak de la lawa gila. Tapi okay la untuk melepaskan penat dan stress. 



View kat atas akan nampak bahagian Pulau dan Jambatan Pulau Pinang. Nice gak ahhh. Contoh kalau petang petang stress pastu hiking sampai sini memang ONZZ sangat.
Tapi katanya ambil gambar petang baru lawa dari atas nihh


Aku pergi berdua ja dengan Jiah. Aku sebenarnya baru ja kenal Jiah ni and berapa kali ja having conversation dengan dia tapi macam mana tah aku rasa selesa berkawan dengan dia. Sebab tu aku ajak dia.  Dia dah baik dan sopan-sopan  gitchu. Aku ni jenis yang tak berapa nak sopan. Aku dan dia sebenaranya jarang jumpa dekat kampus pastu chat pun jarang. 


Kat atas tu kami borak dekat sejam lebih gak pastu kul 10 lebih kami pun turun. Track turun ni sumpah dekat gila . Yang naik tu ya Allah cam bila nak sampai nihhh. 


-NEED MORE TIME TO BLENDING WITH NATURE-

Sincerely,
nhb                                                                                                                                         10.10.19