Assalamualaikum w.b.t
Wehhhhhhhhhhh lama gila dah menulis. Haritu stop kejap sebab final exam and sekarang cuti sem 2 bulan. Allahuakbar aku nak mereput buat apa 2 bulan oii.
So back to the main topic atau tajuk entri kali ini, cerita dia macam ni. 25hb Jun haritu last day final so aku ngan kengkawan memang dah plan nak keluar jenjalan Penang before balik rumah besok pagi tu. And aku pun mengajak la kengkawan aku ni pegi Penang Avatar Secret Garden sebab sejak duduk Penang nak dekat setahun ni baru tahu kewujudan tempat ini. Dan tempat ni tersenarai antara tempat top kat Penang. So here we go. Aku pun teringin la nak pergi sini sebab tengok orang lain pegi tangkap gambar sini lawa ja. Cepat betul terpengaruh . Astaghfirullahalazim...
So malam tu kami sampai before 11 malam sebab gigih benor drive dari Ikea Batu Kawan alang-alang sewa kereta malam tu. Kat bawah ni aku sertakan sekali alamat dia.
Address::: 336, Jalan Tokong Thai Pak Koong, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang.
Time waze cakap nak sampai dah tu rasa macam awat pelik sangat tempat ni. Macam belakang perumahan Cina dan banyak gak anjing-anjing berkeliaran. Tapi Si tasnim ni drive masuk jugak sampai tempat pintu gerbang unttempat tu sebab kami tak tahu apa-apa sama ada kena parking luar atau dalam. Hang taw aku nampak apa sebaik sahaja memasuki pintu gerbang itu?????????.
Aku nampak tokong besar gila dekat tempat parking kereta tu weh. Waktu ini kami semua cuak gila dengan terkejut tempat apa sebenarnya kami masuk. Sebab setahu kami Avatar Secret Garden ni tempat lampu lampu warna warni. Ni pasepa ada tokong punya main besar nyala .Mengucap panjang oii. Pastu uncle yang dok jaga parking tu nak mai mintak duit parking. Dah parking saja RM5. Sikit punya mahai. Time tu sumpahaku nak balik waktu tu jugak. Pastu sebelum keluar tu kami bincang nak keluar ke dak sebab tempat tu aneh siap tulis temple la apa bagai. Tapi last last kami decide nak turun gak sebab jauh-jauh mai ada dalam 50 minit dari Ikea.
And before turun tanya sekali lagi betoi ka ini Avatar Secret Garden tu. Uncle tu cakap ya ya betul. Jalan masuk kat satu lorong tu. Weh dah la gelap gelita. Sumpah scary. Si Tasnim siap cakap weh awat aku rasa macam kita jalan macam nak pi jumpa bomoh ja. Slow slow. Anjing pulak muncul kat tepi tu. Tekanan darah aku naik turun naik turun weh time tu. Rasa nak balik sungguh sungguh tak tipu. Aku pun jalan takut-takut masuk tempat tu sebab macam seram gila dengan genggam tangan sapa entah.
Aku mula menguatkan semangat dengan memandang hadapan . Angkat-angkat muka tu aku nampak dua patung atau tokong sangat besar betul betul depan aku. Means bukan dia berdiri depan aku tapi tokong tu berdiri lebih kurang dalam 100@ 200 meter dari aku. Lepas tu aku tak taw nak cerita macam mana perasan aku tu . Rasa lemah, rasa nak rebah, rasa mood hilang, rasa nak pengsan. Kawan-kawan aku terkejut jugak tapi depa takdak la rasa macam aku nak pengsan la apa. Dah la time tu 11 setengah lebih. tempat gelap-gelap , ada tokong-tokong, dan bunyi air laut yang menghempap batu tepi-tepi pantai. Ya Allah taktaw nak gambarkan perasaan dia macam mana.
Malam tu semua benda aku nampak scary. Termasuk lampu-lampu ni dan pokok-pokok besar sekeliling tepat tu.
Lepas nampak patung dok berdiri tegak macam askar Jepun kami pun decide taknak teruskan perjalanan ke depan tu which is kat kawasan bawah. So kami daki la anak-anak tangga . Kat atas tu ada jugak la lampu-lampu ni.
Nampak la lawa jugak bila balik belek-belek gambar balik tapi in real tak selawa dalam gambar.Ini antara gambar yang kawan aku tangkapkan sebab aku dah lembut lutut dah waktu tu xdak mood utuk menangkap gambar dan xdak mood untuk bergambar.
Maybe bagi orang lain dia tak takut pun pegi tempat-tempat macam ni. Tapi bagi aku aku boleh sampai tahap trauma terbayang-bayang dan balik tu memang aku termimipi-mimpi kejadian ni. Sebab memang aku tak terbiasa dan tak dibesarkan dengan sekeliling macam ni. Mak aku pun tak bagi tengok tokong ataupun bergambar dengan replika-replika patung yang besar termasuklah replika ikan duyung di Samila Beach Songkhla Thailand. Even waktu pergi Thailand dulu ada lalu kat kawasan yang banyak tokong sepanjang jalan and mak aku siap pesan semua jangan toleh kiri. Kalau ternampak istighfar banyak-banyak sebab tokong boleh merendahkan memori kita kalau tengok lama-lama. Aku pun tak tahu kesahihannya tapi sebagai orang Islam memang aku tak selesa + takut dengan tokong apa segala benda ni.
Memang sumpah tak pegi dah Penang Avatar Secret Garden ni. Ingatkan nama tempat i ja kat Tanjung Tokong rupanya memang betul kat sini banyak tokong. Manalah nak tahu kita bukan orang Penang. Okay after ths memang kena google betul-betul before nak pergi sesuatu tempat.
Kami pun pulang dengan kekecewaan pada malam tu. So my recommendation if you orang Islam tak sesuai la pergi tempat macam tu bersepah lagi tempat lawa kat Penang hangpa pilih la nak pi mana. Tak payah susahkan diri pi tempat camni.
Sincerely,
-nhb-
30-6-19