meta name="viewport" content="width=device-width, initial-scale=1” BLOG GADIS TINGGI LAMPAI

Sabtu, 14 Oktober 2023

3 HARI 2 MALAM DIY TRIP HATYAI

 Assalaumualaikum. 

Finally selepas setahun tak menulis ye. So sharing kalini kita straight forward cerita pasal trip DIY Hatyai. Of course aku lah yang kena plan itinerari since aku orang Perlis dan biasa ke sana. Awalnya 4 orang sahaja termasuk aku pastu tetiba sorang ex-dormmmate aku nak ikut so jadi 5 orang. 

Semua dah settle iaitu tiket bas TBS-Perlis-TBS dan duit hotel 3 hari 2 malam. Memang plan untuk pergi 31hb Ogos since semua orang cuti hari Merdeka. Aku memang confirm cuti sebab baru resign hahahaha. 

Kami try untuk ambik ETS dari KL Sentral ke Padang Besar tapi tiket habis pastu bas direct TBS-Hatyai-TBS pun habis. Tiket memang selalu sold out walaupun kita dah stand by awal so ini adalah pilihan terakhir. So tiket TBS-kangar-TBS total RM115. Naik bas malam time Subuh sampai Perlis.


Day 1 Hatyai 

 Abah aku datang pickup di Stesen bas Kangar, pastu berhenti solat di masjid then trus hantar ke KTM Arau. Dari KTM Arau ambik train ke KTM Padang Besar. Disinilah kami akan naik train ke Hatyai. So KTM Arau-Pdg Besar RM3.20 rasanya. 

    Dari TBS

Pagi tu, mak aku memang dah bekalkan bihun goreng so tak perlu susah cari breakfast. Tunggu pukul 9 baru kaunter train ke Hatyai akan buka. Seorang RM8 @ 50 bath. Train dijadualkan 9.55 pagi tpi time kami pergi pukul 12 baru jalan and time kawan aku pergi pun memang 12 tgh hari baru jalan . Perjalanan ambik masa selama 1 jam sahaja. Nak settle urusan immigration agak lama jugak sebab ramai sangat sangat time tu cuti Merdeka . Pukul 11 lebih baru dapat masuk train. Kaunter tiket still tutup awal walaupun train tak berjalan lagi. Sehari hanya 2 train sahaja akan ke Hatyai iaitu 9.55 pagi dan 4.55 ptg . So kalau let say tertinggal train ke apa just naik van sahaja masuk ke Hatyai seorang RM30 still sejam perjalanan. Van akan berhenti di area Lee Garden. 


Di kawasan kaunter beli tiket train memang ada banyak peniaga jual simkad dan agensi untuk sesiapa nak naik van masuk ke Hatyai. Aku ambik simkad RM28 untuk 7 hari walaupun hanya pergi 3 hari sebab itu pakej paling murah yang ada . RM28 unlimited data boleh share hotspot juga unlimited. Kalau tak silap brand DTAC. Orang kedai tu memang pasang siap siap dan terus boleh guna line Thai di KTM Padang Besar tu jugak . Since kami semua 5 orang jadi kami beli 2 incase nak berpisah bila cari barang . So RM56/5 =RM11

After sejam dah sampai di Hatyai railway Station kami terus berjalan ke Kaitod Decha . Malas ambil grab or tuktuk sebab macam nak spend on benda lain so berjalanlah 800 m tengah hangat rembang dan bergalas beg. Sampai di Kaitod Decha orang memang ramai ahh so kena ambik no tunggu giliran nak masuk. So kawan aku beli buah di depan kedai kaitod decha dulu. 

            Kedai buah depan Kaitod Decha

Selepas sejam macamtu la baru dapat masuk dan order. Tak berapa lama tunggu makanan rasanya dalam 20-40 minit. Kami tak order banyak since nanti tempat lain memang nak makan lagi sebab hatyai ni memang datang nak makan je la. 

Total 777 bath dalam RM103 since time aku tukar tu rate 7.52 . Kami order thai tea yang berbuih 2, green tea 1, sup 1, tomyam 1, nasi khao mok 1, pulut ayam 1 , nasi putih 1 dan  satu set ayam 5 ketul 1. 2-3 ketul bawak balik hotel ayam tu sebab kenyang sangat. Sorang dalam RM 20 . 

Makanan review : nasi khao mok (nasi terlalu manis), pulut ayam ( pulut keras sikit) yang lain just nice. Next kami ambil grab tuktuk since kami 5 orang so dalam 200 bath since hotel kami luar dari pekan. Kami terpilih hotel yang jauh dari city which is 6 km macamtu dari pekan so memang nak balik hotel kena naik grab/maxim. So peringatan untuk yang datang hatyai guna train better ambik di kawasan pekan contohnya area lee garden.  

Tapi kami okay sahaja sebab aku puas hati dengan service dan hotel kami pilih. Hotel agak baru, murah dan puas hati la. Kebanyakan yang stay situ yang masuk Hatyai dengan kereta. Untuk family sangat recommended sebab parking luas dan kawasan jauh sikit dari pekan. Ada kawasan swimming pool jugak untuk adults and kids. 2 malam RM360 so sorang hanya bayar RM72. Kami ambil dua bilik. Dah sampai hotel semua berehat dan solat semua dulu since semua memang barai balik kerja Rabu petang terus rushing pergi TBS hahahaha. Pukul 4.30 petang Thailand macamtu keluar balik.

 Thailand lambat sejam sahaja dari Malaysia so rasa macam masa panjang lagi la. Every time nak book transport better check both grab and maxim untuk compare harga .  Then kami ambil maxim ke Central Festival Mall kena dalam 200 bath jugak. Pergi situ sebab kawan aku nak cari skincare dekat Boots and makeup dekat Beautirium. Ronda jugak area food court di bawah tu tpi beli sikit sahaja since memang nak pergi makan di Asean Night Market. Pukul 7.50 malam macam tu kami berjalan keluar ke Asean Night Market. Kat sini memang banyak spend  untuk makanan. Kami beli and makan share sama sama pastu balik balik hotel buat kira-kira bahagi sama rata. Rasanya total dalam RM150 jugak untuk 5 orang. So sorang dalam RM30. Yang sempat rasa ialah nutella pancake ( this one famous di Thailand terutamanya tapi maybe sebab tak terus makan time panas panas so liat dan keras dah), pad thai ( first time aku nak try pad thai tapi bagi aku meh), Udang besar 100 bath ( buat ghaso ghaso), kerabu maggi ( yang ni cukup rasa beb mantap), maggi sup ( ni marvellous jugak), pulut mangga ( aku tak makan ), dan air. 


                   

Then , jalan jalan area bawah tu dan terus ke Greenway Night Market. Dekat Greenway Night Market tu banyak jual baju, jean mostly pakaianlah. Macam pakaian bundle pun banyak kat sini.  Dekat situ pun ada foodcourt rasanya lagi teratur tapi aku suggest dekat depa suruh makan banyak dekat Asean Night Market since ramai kata price disitu paling murah. Tak overprice la. So memang tak masuk Greenway punya food court sebab situ ada sistem kena beli kad untuk beli makanan. So malas dan memang dah kenyang sangat .  

Selepas selesai order Maxim sekali van toyota HIACE sampai memang rasa macam nak pergi rombongan weh hahahhaa. Dalam 200 bath juga untuk balik ke hotel. Dalam pukul 10 malam kami bertolak balik ke hotel.


Day 2 Hatyai 

Aku dah book siap siap dari Malaysia dengan pak cik Tuktuk sebab malas nak cari dekat sana since hotel kami luar pekan. So decide ambik je la pakcik ni since dia fasih bahasa Melayu. Book pak cik ni tapi tak perlu bayar apa apa lagi sampai habis trip. Pak Cik tu bagi rate 1800 bath dalam RM239 untuk 12 jam. Aku tak nego pun sebab nak demand hantar pi mana mana senang hahahaha. Orang dalam Tiktok kata boleh nego lagi tu sampai 1400-1500 bath . Okay next time aku try nego. Tapi alhamdulillah pak cik ni Islam dan fasih melayu so senang sangat sangat . Aku anggap rezeki kami dapat pak cik ni. 

Deal dengan pak cik tu ambil depan hotel kami 8.30 pagi. 8.15 dia sampai dah. So harini hari yang panjang la kiranya keluar pagi balik malam. Since dah book tuktuk so boleh mintak dia bawak pi mana mana saja. Since aku book utk cover area Hatyai and Songkhla so memang kena guna semaksimanya. 

Terus gerak ke Kimyong Market since plan untuk breakfast nasi khao mok Kaitod Meena yang Khairul Aming pi. Tapi kami sampai awai pukul 9 so masuk dulu pasar Kimyong untuk kawan aku beli kacang kacang dan pes tomyam situ. Total 5 orang beli barang habis RM900++ . As aku compare dengan harga di Padang Waremart Padang Besar Malaysia most of barang dekat Malaysia murah lagi. Tapi aku bagi je la kawan aku beli situ since aku tak masukkan dalam plan untuk bawa depa pi Padang Besar.

Kaitod Meena tu buka pukul 10 pagi so after dah habis membeli baru pergi Kaitod Meena ya Allah panjang betul barisan and kami dapat no giliran 74. Since macam lama lagi kami call pak cik tu suruh hantar ke Lee Garden area . Walaupun dekat ja tapi sebab dah bayar so tiberr malas jalan kaki. Pastu memang kebetulan sangat pak cik tu drop kami dekat outlet Toro Fries yang baru buka. Rezeki sangat weh buy 1 free 1 sebab nak launch outlet baru. Sebab semalam macam nak beli di Central Festival Mall tapi panjang gilosss beratur so cancel. Tapi bagi aku memang sedap makan panas panas fuh. Terliur teringat yang flavour wasabi. Satu kalau tak silap 139 bath. 

Area Lee Garden dan green tea Kaitod Meena. Green tea dia kaw sedapppp

Kami jalan jalan area lee garden, ada 7E , money changer , kedai jual cenderamata so beli siap siap lahh untuk adik adik aku. Pukul 11.50 pagi terus call pak cik tuktuk suruh ambik kami bawak pergi semula ke Kaitod Meena. Time sampai tu baru no 45 so memang no kita kena cancel plan kita. Nasib ada makanan 7E kami beli boleh la breakfast atas tuktuk tu. Terus ke Masjid Central Songkhla tempat orang Malaysia selalu mai menikah di Siam. Dulu aku pernah mai tapi time tu tak siap sepenuhnya lagi. Kebetulan orang solat Jumaat so kami bergambar gambar dulu sementara tunggu pak cik tu gi solat Jumaat. 

Songkhla Central Mosque

Pukul 1.30 tengah hari macam tu terus ke Samila Beach Songkhla. Rasanya macam ada sport day songkhla minggu tu ramai orang dan ada event dekat tepi pantai memang meriah la. Sebelum naik van ke lokasi seterusnya kami beli makanan untuk isi perut dulu. Bagi aku tak banyak berubah Samila Beach sangat macm aku mai 2019 dulu. Lama sangat weh aku tak masuk sana. 

  

Lepas tu pergi ke Songkhla Old Town dia macam ala ala Street Art Penang macm tu . Bagi aku cantik dan ni first time aku datang. And I wish I can spend more time kat sini. Tak sempat jalan banyak sebab nak pergi ke floating Market pulak lepas tu. Kami pula tak makan yang heavy lagi so memang kena cepat cepat sebab semua dah kebulur. 

Sebelum tu suruh pacik tu berhenti dekat mana mana ada cafe Amazon . Pak cik tu berhenti dekat stesen minyak yang ada 7 E jugak so yang coffee dekat cafe amazon tak beli pun semua pergi serbu 7E. Harga cafe amazon sangat sangat murah berbanding Starbuck dan outlet dia pun merata rata di Thailand. 

Plannya nak solat di floating market tapi ramai bebenor . So take note better elakkan tempatpelancongan kalau nak solat. So decide untuk beli makanan pastu suruh pak cik tu bawak ke masjid or surau berdekatan. Dekat sini aku tak ingat beli makanan apa sebab kali ni semua beli sendiri sendiri pastu pakat pakat rasa. Bagi aku disini makanan dia takdak la sedap mana buat ghaso ghaso je la. Aku bawak je la kawan aku kesini since depa tak pernah sampai. 

Since next destination adalah Bingsu Nom6 yang baru viral di tiktok so pak cik tu bagitau situ ada surau jadi terus ke situ lahhh. Agak lama juga menunggu dekat sejam. Kami hanya order satu sahaja since semua pakat kenyang lagi. Harga dalam 139 bath kami ambik thai tea punya flavour. Mantap beb. Harga dalam 139 bath . 


Pak cik tu ada singgah 7E kebetulan kawan aku nak borong burger banyak banyak. Terlalu banyak dah 7E kami masuk mostly burger tak banyak tapi dekat sini banyak stok weh . Rezeki.  


Burger CP dan pelam yang vendor Malaysia jual RM10 kat sana baru RM3+. Tak dilupakan air Meiji. 


Since dah dekat pukul 8 malam kami suruh pak cik hantar balik hotel terus. Memang barai semua. 
Kami tak pergi ke Chang Puak Camp sebab tak berminat dan Chabura Dimsum since ada kata biasa sahaja. 


Tengok lah depa borong yang pada mulanya takmau apa sangat. 

Day 3 Hatyai

Breakfast di bilik sahaja but decide untuk lunch awal sebab nak terus gerak ke Hatyai Railway Station. Train ke Padang Besar Malaysia hanya pada pukul 7 pagi dan 2 petang Thailand. Mula tu nak pergi Rusdee Boat Noodle tapi sebab dia akan makan kos transport so kami decide makan di depan hotel sahaja. Kebetulan sangat pernah nampak influencer pernah singgah kedai ni pastu dia betul betul depan hotel so jalan kaki sahaja lah. Kalau tidak tak tahu pun kewujudan kedai ni sebab kedai ni tak famous dalam kalangan rakyat Malaysia. Maybe sebab luar pekan. 

Kedai dia nama Por Prateep Ayutthaya lebih kurang macamtu la. Tak crowded, sedap dan murah . Mantap. Kami allocatekan total makan tak boleh lebih dari 600 bath since semua dah kehabisan cash. 


Lepas tu naik hotel terus gerak ke Hatyai Railway Station also 200 bath jugak. Disebabkan sampai awal dan sudah beli tiket. Jalan jalan dulu dekat Robinson Mall berdekatan Hatyai Railway Station tu untuk menghabiskan masa. Train sampai awal sharp 2 petang terus jalan. Mantap. 

Itu sahaja 3 hari 2 malam kami disana.